NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PERIBAHASA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Nureen telah berjanji dengan kawan baiknya, Sofina untuk sentiasa berhubung walaupun di alam maya lalu dia menghantar e-mel kepada Sofina bagi mengotakan janjinya kerana ________________
kita harus memberi dan menerima
muafakat membawa berkat
kata mesti dikota, janji mesti ditepati
hidup ini satu perlumbaan
Ramesh melihat satu kejadian ragut dan berani bertindak melaporkannya kepada polis tanpa bertangguh kerana ___________
kata mesti dikota, janji mesti ditepati
muafakat membawa berkat
bertangguh itu pencuri masa
hidup ini satu perlumbaan
Penduduk Kampung Seri Pinang telah bersepakat untuk mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar kampung kerana bagi mereka _____________
kata mesti dikota, janji mesti ditepati
sebab nila setitik rosak susu sebelanga
masa itu emas
muafakat membawa berkat
Sarah Nadhirah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 kerana dia percaya bahawa __________
melentur buluh biarlah dari rebungnya
usaha tangga kejayaan
masa itu emas
muafakat membawa berkat
Seseorang pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan kerana ____________
biar lambat asalkan selamat
usaha tangga kejayaan
masa itu emas
hidup ini satu perlumbaan
Jika memandu di jalan raya, usahlah terburu-buru kerana sikap sebegitu akan mengundang padah bak kata pepatah _______
biar lambat asalkan selamat
usaha tangga kejayaan
masa itu emas
sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Sebagai seorang murid, kita hendaklah bijak merencanakan antara masa belajar dengan masa senggang kerana ____________
hidup ini satu perlumbaan
usaha tangga kejayaan
masa itu emas
sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Sebagai anngota masyarakat, kita hendaklah saling menolong jiran tetangga dan mereka yang memerlukan bagi mewujudkan suasana harmoni bak kata pepatah __________
kata mesti dikota, janji mesti ditepati
kita harus memberi dan menerima
muafakat membawa berkat
sebab nila setitik rosak susu sebelanga
Amalan menabung hendaklah dididik sedari kecil bak kata pepatah ____________
melentur buluh biarlah dari rebungnya
kita harus memberi dan menerima
bertangguh itu pencuri masa
masa itu emas
Haikal telah ditangkap oleh polis kerana terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah. Oleh sebab itu, seluruh ahli keluarganya dipulaukan oleh penduduk kampung, seperti kata peribahasa ______________
hidup ini satu perlumbaan
kita harus memberi dan menerima
bertangguh itu pencuri masa
sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
