NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA SPM
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
1. Berikan satu peribahasa yang lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah. SOALAN PERCUBAAN NEGERI KEDAH
Musuh dalam selimut
musuh yang tidak diketahui, yang sangat dekat atau berada di sekeliling
musuh yang dekat
musuh di sekeliling
2. Berikan satu peribahasa yang lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah. SOALAN PERCUBAAN NEGERI KEDAH
Air dicencang tiada putus
hubungan keluarga kekal selamanya.
perselisihan antara adik beradik tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
hubungan sahabat kekal erat selamanya
Berikan satu peribahasa yang lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa di bawah. SOALAN PERCUBAAN NEGERI KEDAH
Masuk ke telinga kanan, keluar ke teliga kiri
tidak berminat
mementingkan diri sendiri
nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan.
4. Baca dialog dibawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. SOALAN PERCUBAAN NEGERI PAHANG
Nuriha : Saya sangat bersyukur kerana kamu datang. Kalau kamu tidak datang, tak taulah nasib pasukan kita. Mungkin kita akan kalah teruk dan menanggung malu.
Rozian: Bukan saya seorang sahaja yang penting. Semua pemain mempunyai tanggungjawab masing-masing.
ayam tambatan
anak emas
anak angkat
5. Baca dialog dibawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. SOALAN PERCUBAAN NEGERI PAHANG
“Kamu ini bukan sahaja pandai membuat hantaran bola, tetapi sangat laju apabila berlari mengejar bola sehinggakan pihak lawan tidak mampu mengejar kamu.”
petir menyambar
pecut ligat
lipas kudung
6. Baca dialog dibawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini. SOALAN PERCUBAAN NEGERI PAHANG
“Janganlah tertalu memuji saya. Saya berpendapat sekiranya kita mempunyai tekad yang tinggi untuk menang, sudah pasti kejayaan menjadi milik kita.”
biar mati anak jangan mati adat
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
rajin berusaha pasti berjaya
7. Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. SOALAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG
"Cikgu selalu berpesan kepada saya agar sentiasa berwaspada dengan perkara di sekeliling sebelum ditimpa apa-apa kejadian yang tidak diingini."
sediakan payung sebelum hujan
sentiasa berwaspada
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
8. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. SOALAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG
Nek Kiah sering menasihati cucu-cucunya supaya berjimat cermat dan menyimpan wang untuk digunakan pada masa hadapan namun mereka tidak menghiraukannya.
seperti anjing dengan kucing
seperti mencurahkan garam ke laut
seperti anjing dengan bayang-bayang
9. Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. SOALAN PERCUBAAN NEGERI PULAU PINANG
Omar yang baru sahaja disahkan barah usus tahap empat, menerima pula berita bahawa isterinya terlibat dengan kemalangan maut.
sudah gaharu cendana pula
nasi sudah menjadi bubur
sudah jatuh ditimpa tangga
10. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. SOALAN DARIPADA MPP 2020
Pengantin yang bersanding di atas pelamin itu kelihatan sama cantik dan menjadi tumpuan tetamu yang hadir.
bagai cincin dengan permata
bagai mempelai elok rupa
bagai sirih dibelah dua
11. Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. SOALAN DARIPADA MPP 2020
Pak Abu akhirnya berjaya menyiapkan sebuah rumah untuk keluarganya walaupun beliau
hanya berpeluang membina rumah itu pada hujung minggu sahaja atas kesibukan bekerja.
bermandi peluh
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. SOALAN DARIPADA MPP 2020
Setelah sekian lama berhijrah ke luar negara, akhirnya Faim pulang ke kampung halamannya dan membuka sebuah kedai runcit.
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
air yang tenang jangan sangka tiada buaya
bagai belut pulang ke lumpur
