wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Ting 3

Total questions: 60

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Gerai - gerai haram di tepi jalan itu akan dirobohkan __________ minggu hadapan.

a)

tentang

b)

pada

c)

kepada

d)

di

2.

Baju kurung yang mahal ini diperbuat ____________ kain sutera.

a)

ke

b)

di

c)

daripada

d)

dari

3.

Ali memotong rumput-rampai di ladang sawitnya __________ pokok kelapa sawit dapat tumbuh subur.

a)

kecuali

b)

supaya

c)

bahawa

d)

selama

4.

Aminah makan nasi _______________ mendengar muzik.

a)

atau

b)

sambil

c)

kerana

d)

lalu

5.

Kamu hendak pergi ke padang ___________ kantin?

a)

manakala

b)

atau

c)

lalu

d)

hingga

6.

Berikan nama pola bagi setiap ayat dasar di bawah ini.


Encik Wong seorang guru matematik.

a)

Frasa Adjektif + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Nama

c)

Frasa Sendi Nama + Frasa Nama

d)

Frasa Nama + Frasa Kerja

7.

Rumah banglo di hujung jalan itu kepunyaan keluarga Aznita.


Nyatakan subjek bagi ayat di atas.

a)

Rumah banglo

b)

Rumah banglo di hujung jalan itu

c)

Hujung jalan itu

d)

Keluarga Aznita

8.

Azlan dan rakan-rakannya suka memancing ikan di kolam itu.


Nyatakan predikat bagi ayat di atas.

a)

suka memancing ikan di kolam itu

b)

ikan di kolam itu

c)

Azlan dan rakan-rakannya

d)

Azlan

9.

Ibu membeli ________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.

a)

secekak

b)

selonggok

c)

seikat

d)

setangkai

10.

Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menghempas

c)

menghenyak

d)

menghimpit

11.

Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.

a)

A Gula-gula yang saya belikan

b)

B Gula-gula yang dibeli oleh saya

c)

C Semua gula-gula yang saya beli

d)

D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.

I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.

III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.

IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

13.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.

Keadaan ini diibaratkan

a)

orang mengantuk disorongkan bantal.

b)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

c)

pucuk dicita ulam mendatang.

d)

pungguk merindukan bulan.

14.

Majlis _______________________ anugerah itu bakal dilaksanakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia.

a)

penyampaian

b)

pengisytiharan

c)

penyerahan

d)

pemberian

15.

Nama guru baharu yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu itu __________?

a)

apa

b)

bila

c)

siapa

d)

berapa

16.

___________ kah jumlah murid yang terdapat di dalam kelas itu?

a)

Apa

b)

Bila

c)

Bagaimana

d)

Berapa

17.

Mulut Azmil __________ ketika dia mencuba menghafaz sajak itu.

a)

kucar-kacir

b)

kemut-kemut

c)

herot-berot

d)

kumat-kamit

18.

Orang ramai tidak lagi __________ ketika hendak membeli tiket apabila diarahkan beratur oleh pegawai polis itu.

a)

berkucar-kacir

b)

berhimpt-himpit

c)

hormat-menghormati

d)

bertolak-tolakan

19.

Kapal terbang itu ______________ di udara sebelum dibenarkan mendarat di lapangan terbang.

a)

ternanti-nanti

b)

berlegar-legar

c)

bergilir-gilir

d)

berpusing-pusing

20.

Penduduk kampung Pulau Manis sedang bergotong-royong _______ kawasan kampung mereka.

a)

melicinkan

b)

membersihkan

c)

menerangkan

d)

meratakan

21.

Anak kecil Puan Salmi ___________ sepanjang hari kerana demam.

a)

mengamuk

b)

membebel

c)

merengek

d)

meronta

22.

Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.

a)

sejak

b)

kerana

c)

dengan

d)

apabila

23.
"Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.
a)
mereka
b)
engkau
c)
kalian
d)
dia
24.

Semua warga sekolah bersedih di atas persaraan Tuan Pengetua itu kerana _________ seorang yang ramah dan baik hati

a)

baginda

b)

kalian

c)

beliau

d)

kami

25.

“ ___________ , cantiknya baju baharu kamu!” kata Suzie kepada Aleeya.

a)

Nah

b)

Wah

c)

Oh

d)

Cis

26.

Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.

a)

hirup-pikuk

b)

gotong-royong

c)

riuh-rendah

d)

lintang-pukang

27.

Puan Rosma menjemput kami makan di rumahnya sebagai menghargai pertolongan kami.

Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

orang berbudi kita bahasa, orang memberi kita merasa

b)

lembu punya susu sapi dapat nama

c)

pahit dahulu manis kemudian

d)

ringan tulang berat perut

28.

Mak Tijah tidak menduga anaknya yang lemah dalam pelajaran dahulu kini bergelar siswazah.

Bidalan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

biar putih tulang jangan putih mata

b)

genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran

d)

belakang parang sekali pun kalau diasah akan tajam juga

29.
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
a)
kecil
b)
tebal
c)
besar
d)
panjang
30.
Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
a)
serak
b)
garau
c)
merdu
d)
nyaring
31.
Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
a)
bengkok
b)
lekuk
c)
bengkak
d)
botak
32.

"Segala perintah tuanku akan _________ junjung," kata Bendahara Tun Perak.

a)

saya

b)

hamba

c)

patik

d)

kami

33.

" _______________ bertiga dari sekolah yang sama," kata Syahrul, Aswad dan Zulkarnain kepada pegawai sukan olahraga itu.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

34.

Cikgu Chu menampal hasil kerja murid pada ________________ di belakang kelas.

a)

papan tanda

b)

papan pameran

c)

papan lapis

d)

papan kenyataan

35.
Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya.
a)
Selain itu
b)
Oleh sebab itu
c)
Namun demikian
d)
Biarpun demikian
36.

Sekolah saya __________ menganjurkan perkhemahan pasukan beruniform pada bulan hadapan.

a)

akan

b)

telah

c)

pernah

d)

sedang

37.

________orang anak Puan Nabila melanjutkan pelajaran di luar negara.

a)

Kedua

b)

Setengah

c)

Kedua-dua

d)

Sebahagian

38.

Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana dia____________.

a)

kaki ayam

b)

kaki botol

c)

kaki bangku

d)

kaki judi

39.

Kambing peliharaan Pak Samad ada ______________ekor?

a)

beberapa

b)

keempat

c)

separuh

d)

berapa

40.

______________ hadirin dipersilakan menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

a)

Para-para

b)

Setengah

c)

Segala

d)

Para

41.

Stadium Darul Aman penuh sesak dengan ___________ penyokong Pasukan Hijau Kuning.

a)

puluhan

b)

ribuan

c)

setiap

d)

separa

42.

Pilih peribahasa yang paling tepat berdasarkan gambar.

a)

tapak tangan tadah nyiru

b)

kecil tapak tangan,nyiru kami tadahkan

c)

tapak tangan kami tadahkan

d)

seperti tapak tangan dan bekas nyiru

43.

Pilih peribahasa yang paling tepat berdasarkan gambar.

a)

bagaimana kuih begitulah rupanya

b)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

seperti acuan dan kuihnya

d)

seperti bekas kuih dengan kuihnya

44.

Kesusahan hidup mendorong pemuda itu untuk berusaha dengan lebih ___________ lagi.

a)

gigih

b)

cergas

c)

pantas

d)

tepat

45.

" Banyak maklumat yang berguna dapat ________ peroleh daripada Pameran Kesihatan Mental itu", jelas Melanie ketika berbual dengan rakan sekelasnya.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

46.

Proses ____________ terpaksa dilakukan terhadap mayat yang dijumpai telah mati tiga hari lalu di rumah usang itu.

a)

uji kaji

b)

ambil alih

c)

temu ramah

d)

bedah siasat

47.

Ular sawa yang diburu semalam didapati _______kekenyangan di dalam reban ayam.

a)

melingkar

b)

melendut

c)

melintang

d)

melengkung

48.
Sebagai anak yang baik, kita perlu ____________ ibu bapa dengan bercakap dengan baik.
a)
menghormati
b)
mencintai
c)
menyayangi
d)
membantu
49.
“________ telah mengarahkan laksamana dan hulubalang untuk menghapuskan lanun durjana di perairan Selat Melaka,” kata Bendahara kepada baginda sultan.
a)
Beta
b)
Hamba
c)
Patik
d)
Tuanku
50.
Eddie Cheok ________ otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang betul pada ruangan teka silang kata itu.
a)
menerjah
b)
memerah
c)
mengilap
d)
membasuh
51.
Encik Lee tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
a)
dia
b)
kalian
c)
beliau
d)
mereka
52.
Pak Cik Siow menyusun beberapa ________ lidi yang sudah siap beraut untuk dijual . 
a)
berkas
b)
batang
c)
tongkol
d)
bilah
53.
Pilih ayat yang betul.
(i) Ali bermain bola sepak di padang.
(ii) Bola sepak itu dimainkan oleh saya.
(iii) Kalang gemar tertembak burung.
(iv) Harenshen suka membaca.
a)
A) I dan IV
b)
B) II dan III
c)
C) III dan IV
d)
D) I, II , III dan IV
54.
“Jagalah ________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kamu,” pesan Ibu Wong Kai Le kepada anak gadisnya.
a)
tutur nista
b)
tutur bahasa
c)
tutur bicara
d)
tutur kata
55.
Sebuah khemah yang dipasang di ________ padang sekolah itu adalah untuk pegawai sukan yang bertugas.
a)
tengah
b)
hadapan
c)
belakang
d)
atas
56.

Pak Mail membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya .

a)

tandan

b)

buah

c)

ekor

d)

biji

57.

Emak menghadiahkan se______ baju kurung untuk Nadia.

a)

gulung

b)

keping

c)

lembar

d)

pasang

58.

" Ampun __________, patik akan menjunjung titah tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.

a)

beta

b)

patik

c)

tuanku

d)

hamba

59.

_______ waktu lapang, Rahman suka bermain dengan adiknya ___ rumah.

a)

Pada, ke

b)

Ke, pada

c)

Pada, di

d)

Di, pada

60.

Pekerja kedai itu sedang _____ buku dan majalah di rak untuk dijual.

a)

Melihat

b)

Memerhati

c)

Menyusun

d)

Membersih