wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am semester 1

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja?

a)

A Jemaah Menteri

b)

B Bahasa Kebangsaan

c)

C Keanggotaan Parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

2.

Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seorang Menteri Besar mengambil tindakan meletakkan jawatan ?

a)

Dilantik sebagai Senator

b)

Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah

c)

Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri

d)

Dewan Undangan Negeri meluluskan undi tidak menyokong kepimpinan beliau

3.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?

a)

Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan Rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertuan Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Rang Undang-undang Perbekalan dikemukakan dan dimulakan di Dewan Rakyat

4.

Yang Manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya ?

a)

Mendengar petisyen pilihan raya

b)

menyemak sempadan pilihan raya

c)

meminda undang-undang pilihan raya

d)

mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya

5.

Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos?

a)

Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi

b)

Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi

c)

Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi

d)

Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

6.

Dasar sesebuah negeri di Semenenjung Malaysia diluluskan oleh

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Jawantakuasa Tindakan Negeri

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

d)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

7.

Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh

a)

Writ pilihan raya dikeluarkan

b)

Keputusan pilihan raya diwartakan

c)

Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan

8.

Yang manakah yang benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya ?

a)

Lantikan oleh Perdana Menteri

b)

Saraannya di bawah peruntukan Parlimen

c)

Pemencatannya dibuat oleh Jemaah Menteri

d)

Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

9.

Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara berdaulat ?

a)

Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi

b)

Negara diiktiraf oleh komuniti antarabaangsa

c)

Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum

d)

Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum

10.

Yang manakah pernyataan yang menepati konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan Perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang becanggah dengan Perlembagaan

11.

Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada Kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan?

a)

Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara

b)

Seseorang yag ditangkap perlu beritahu sebab-sebab ia ditangkap

c)

Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan

d)

Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula.

12.

Yang Dipertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan

a)

Peguam Negara

b)

Perdana Menteri

c)

Ahli Suruhanjaya

d)

Ketua Hakim Negara

13.

Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya?

a)

Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi

b)

Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai

c)

Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

d)

Calon yang menang gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.

14.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang tugas Jemaah Menteri ?

a)

Merancang dasar kewangan dan Belanjawan negara

b)

Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara

c)

Menggubal dasar gaji, elaun dan kemuadahan kakitangan kerajaan

d)

Menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan.

15.

Yang manakah cara pindaan syarat-syarat kewarganegaraan Malaysia dapat dilaksanakan?

a)

Majoriti mudah Majlis Parlimen

b)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

c)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang-Dipertuan Agong

d)

Majoriti 2/3 ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan perkenan Yang-Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

16.

Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah

a)

Khalwat

b)

Mengamalkan ajaran sesat

c)

Tidak berpuasa pada bulan Ramadan

d)

Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian

17.

Undang-undang hanya boleh dikuatkuasakan oleh badan eksekutif setelah

a)

diluluskan oleh Majlis Parlimen

b)

disahkan oleh Badan Kehakiman

c)

Diwartakan sebagai Warta Kerajaan

d)

Diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong

18.

Yang manakah tertakluk kepada bidang kuasa negeri

a)

Penerbitan majalah keagamaan

b)

Pembukaan pusat pemulihan akhlak

c)

Permohonan permit melombong pasir

d)

Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam

19.

Kebebasan badan kehakiman dipelihara untuk

a)

membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

b)

Membina keyakinan terhadap sistem keadilan negara

c)

Mempercepat perbicaraan kes-kes jenayah

d)

Mengawal kualiti badan guaman negara

20.

Seorang pakar perubatan dari Britain yang telah bekerja di Malaysia selama 11 tahun boleh menjadi warganegara Malaysia setelah memenuhi beberapa syarat secara

a)

Pendaftaran

b)

Naturalisasi

c)

Percantuman wilayah

d)

Kuatkuasa undang-undang