Font size
WorksheetsBab 9 Perkembangan di Eropah
Total questions: 30
Worksheet time: 16mins
SPM 2016
Antara yang berikut yang manakah ciri zaman gelap di Eropah?
Sistem feudal runtuh
Kerajaan pusat lemah
Ilmu pengetahuan terhad
Institusi agama merosot
SPM 2007
Zaman X :
-Kemerosotan pengetahuan
-Kemerosotan perdagangan
-Kemerosotan kehidupan perbandaran
Rajah di atas menerangkan keadaan di Eropah selepas kejatuhan tamadun Rom.
Apakah Zaman X?
Zaman Renaissance
Zaman Pertengahan
Zaman Peralihan
Zaman Gelap
SPM 2017
Apakah peranan golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah ?
Melindungi para petani
Mentadbir wilayah takluk
Mengetuai aktiviti gereja
Menaungi para seniman
SPM 2011
Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.
Apakah persamaan tersebut?
Golongan agama menerajui pentadbiran
Rakyat berhak memilih pemerintah
Raja pemilik tanah secara mutlak
Petani berpeluang meningkatkan status sosial
SPM 2014
Mengapakah Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada Zaman Gelap?
Berhak mengutip cukai
Mendapat sokongan petani
Bergiat dalam perdagangan
Memiliki banyak tanah
SPM 2017
Pada Zaman Pertengahan di Eropah, gereja dianggap mengongkong kehidupan masyarakat.
Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja ?
Mengamalkan sistem perhambaan
Mementingkan keperluan akhirat
Mengenakan cukai yang tinggi
Mendukung sistem monarki
SPM 2008
Apakah aspek yang ditekankan oleh gereja Katolik pada Zaman Pertengahan di Eropah?
Penguasaan kemahiran teknologi
Pengukuhan institusi keluarga
Penerokaan wilayah baru
Pembelajaran ilmu akhirat
SPM 2012
Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman Kemuncak Pertengahan.
*Artisan
*Pedagang
*Ahli Perbankan
Apakah faktor kemunculan golongan tersebut?
Kehadiran orang Gasar
Kelahiran golongan Baron
Pengukuhan institusi parlimen
Pembukaan bandar-bandar besar
SPMU 2016
Zaman Renaissance di Eropah berlaku dari tahun 1350 hingga tahun 1600.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan zaman tersebut ?
Pengukuhan sistem feudal
Penghargaan terhadap seni
Peningkatan kuasa gereja
Peluasan tanah jajahan
SPMU 2015
Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.
Apakah peranan golongan tersebut?
Menyebarkan agama
Menjelajah ke kawasan luar
Menganggotai pasukan tentera
Menaungi golongan pelukis
SPM 2011
Pada abad ke-16, gerakan Reformation berlaku di Eropah Barat.
Apakah bidang yang berkaitan dengan gerakan tersebut?
Politik
Agama
Kewangan
Pendidikan
SPM 2016
Pada zaman Reformation di Eropah, pemimpin gereja sering dikritik oleh masyarakat.
Mengapakah kritikan tersebut berlaku?
Perpecahan sesama penganut
Peningkatan kadar cukai
Kepincangan amalan
Perbezaan mazhab
SPM 2004
Mengapakah masyarakat di Eropah mengkritik gereja Katolik semasa Gerakan reformation?
Kefahaman agama bercanggah
Perpecahan di kalangan pengikut
Pembaharuan ditentang penganutnya
Kepincangan amalan penguasa gereja
SPM 2019
Gerakan Reformation berlaku di Eropah Barat pada abad ke-16.
Mengapakah gerakan tersebut berlaku?
Penyelewengan pemimpin gereja
Persaingan memperluaskan jajahan
Taraf hidup masyarakat merosot
Kemunculan pelbagai mazhab
SPM 2008
Abad ke-16:
Kemunculan golongan yang mengendalikan Counter Reformation
Apakah peranan golongan tersebut?
Menyekat perkembangan kuasa bangsawan
Memperkukuh kuasa golongan monarki
Memperluas ajaran agama Kristian
Mempertahankan gereja katolik
SPM 2013
Apakah tujuan penjelajahan orang Eropah ke Asia pada abad ke-16?
Mengaut keuntungan
Memperoleh hamba abdi
Menyebarkan ilmu pengetahuan
Memperkenalkan sistem pemerintahan
SPMU 2019
Apakah sumbangan pemerintah berikut terhadap negara mereka?
Ratu Isabella : Sepanyol
Putera Henry : Portugal
Memperkenalkan sistem perladangan
Mewajibkan pendidikan berasaskan agama
Menggalakkan penerokaan ke kawasan luar
Menyekat kemasukan kaum pendatang
SPM 2009
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada
Pengukuhan institusi gereja
Wujud kerjasama ketenteraan
Perkongsian pelabuhan di timur
Pembahagian kawasan penjelajahan
SPM 2007
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani pada tahun 1494.
Apakah kesan perjanjian tersebut?
Kemunculan negara baru
Pembahagian kawasan pengaruh
Keruntuhan institusi beraja
Pembayaran pampasan perang
SPMU 2019
Portugal dan Sepanyol bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
Bagaimanakah persaingan tersebut dapat diselesaikan?
Membayar wang pampasan
Mengadakan pungitan suara
Penetapan sempadan pengaruh
Penggunaan kekuatan tentera
SPMU 2018
Mengapakah Parlimen Britain meluluskan Akta Pemagaran pada abad ke-18 ?
Memajukan kegiatan pertanian
Memperluas kawasan perindustrian
Menggalakkan penggunaan mesin
Menjamin hak pemilik tanah
SPMU 2017
Revolusi Pertanian berlaku di Eropah pada abad ke-18.
Apakah sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian?
Membekalkan tenaga mahir
Menyediakan kawasan
Membekalkan modal
Menyediakan kemudahan asas
SPM 2004
Apakah sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian di Britain pada abad ke-18?
Menyediakan sumber modal
Menyediakan bahan makanan
Menyediakan keperluan alat ganti
Menyediakan sistem pengangkutan
SPMU 2014
Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke-19. Mengapakah gerakan tersebut muncul?
Menentang penggunaan mesin
Menentang penggunaan buruh wanita
Membantah pengurangan masa bekerja
Membantah penubuhan persatuan pekerja
SPM 2005
Pada tahun 1883, Akta Kilang telah digubal bagi melindungi kepentingan pekerja di Britain.
Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan akta tersebut?
Penggunaan mesin ditegah
Pengambilan buruh mahir ditingkatkan
Melarang wanita bekerja di lombong arang batu
Melarang kanak-kanak bawah sembilan tahun bekerja
SPM 2005
Mengapakah negara di Timur menjadi sasaran orang Eropah pada abad ke-16?
Memasarkan hasil keluaran
Membekalkan tenaga buruh
Memajukan masyarakat tempatan
Mempunyai kekayaan sumber alam
SPM 2019
Mengapakah orang Eropah aktif menjelajah ke Timur pada abad ke-16?
Desakan ekonomi
Kemiskinan hidup
Hubungan diplomatik
Pencarian ilmu
SPM 2004
Mengapakah struktur kegiatan ekonomi peribumi di Tanah Melayu diubah oleh
British?
Menggalakkan pertumbuhan bandar
Memenuhi keperluan industri Britain
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan
Meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
SPM 2018
Revolusi Perindustrian menyebabkan Britain dan kuasa Eropah lain bertindak menguasai negara lain.
Mengapakah Britain dan kuasa Eropah lain bertindak demikian?
Meneroka pasaran baharu
Menghapuskan penindasan
Mengeksport tenaga kerja asing
Memajukan masyarakat peribumi
SPMU 2014
Mengapakah negara berikut menjadi sasaran imperialisme Barat pada abad ke-19?
China
India
Tanah yang subur
Kekayaan bahan mentah
Pasaran keluaran kilang barat
Pelabuhan perdagangan
