Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 5 - Peribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Cikgu Azimah mudah mengajar Kelas 5 Canggih kerana murid-muridnya ___________________.
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
Cikgu Noor mengarahkan murid-muridnya supaya meluruskan barisan yang bengkang-
bengkok ______________________.
A. seperti ular kena palu
B. seperti kerbau dicucuk hidung
C. seperti ikan dalam belat
D. seperti bumi dengan langit
Menurut Encik Nasarudin, penduduk Taman Sungei Petai Bahagia sangat _________ akan kebun komuniti tersebut.
sambil lewa
berat sebelah
ambil berat
buah tangan
Mereka sentiasa ____________ mengusahakan kebun ini.
buah tangan
lepas tangan
berganding bahu
buah tangan
Encik Nasarudin dan anak-anaknya sangat _______________ apabila melihat para penduduk ____________ mengusahakan kebun itu.
kecil hati
mandi peluh
mandi kambing
besar hati
Encik Zailan ______________ mendermakan buah pinggangnya kepada adiknya.
berbesar hati
berkecil hati
berlebih hati
bermurah hati
Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada along bagai _____________ kerana along tidak ingin menuruti kata-kata ayah.
kacang lupakan kulit
mencurahkan air ke daun keladi
kaca jatuh ke batu
tikus membaiki labu
Kita hendaklah mengamalkan prinsip hidup _________________________ demi mengekalkan keharmonian dan keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
indah khabar dari rupa
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
dimana bumi dipijak, disitu langit di junjung
kacang lupakan kulit
Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.
lapik perut
angkat kaki
buah mulut
angkat tangan
Perniagaannya mengambil masa dua puluh tahun untuk maju seperti sekarang tetapi jika dia tidak berhati-hati, semuanya dapat hancur dalam sekelip mata kerana ada pepatah mengatakan bahawa .......
panas setahun hujan sehari,liput tanjung dengan pulau
orang mengantuk disorongkan bantal
naik seperti semut,turun seperti ribut
nasi sudah menjadi bubur
Cikgu Hayati _______________ dengan sikap anak muridnya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
membuang garam ke laut
makan hati berulam jantung
menangguk di air keruh
hidup segan, mati tak mahu
Amin membuka _______________ apabila dia dikejar oleh anjing gila.
jalan buntu
membawa diri
langkah seribu
angkat kaki
Penduduk Kampung Kalut selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
Apakah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi di atas?
Darah daging
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai aur dengan tebing
Seperti anjing dengan kucing
Duduklah di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Namun, jangan jadi seperti _____________________________ yang tidak mengambil tahu perkembangan semasa .
katak di bawah gelas
katak di bawah cermin
katak di bawah tempurung
kodok di bawah meja
Nopal mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
perut kosong
perut berlapis
alas perut
perut busuk
Wak Kordi ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.
rambang mata
kaki bangku
pekak badak
lepas tangan
Ku Ali sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Ku Ali juga sukar dibaca kerana seperti _________________.
cakar ayam
tanduk kerbau
lintah darat
kuku besi
Oleh kerana perbalahan di antara Shah dan Alif semakin berlanjutan, mereka terpaksa meminta bantuan daripada penghulu kampung yang berperanan sebagai ________________ bagi menyelesaikan masalah tersebut.
akal kancil
kambing hitam
jalan tengah
besar kepala
Laila digelar sebagai ________________ oleh rakan-rakannya kerana sering mengambil semula barang-barang atau pemberian yang telah diberikan kepada orang lain.
tangkai jering
keras kepala
hati batu
buruk siku
