wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5 EKONOMI BAB 2 : GLOBALISASI (Part 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan ciri globalisasi

a)

Menggalakkan pengeksportan sumber semulajadi

b)

Menghalang integrasi ekonomi antara negara

c)

Meningkatkan tarif antara ahli dalam blok perdagangan

d)

Menggalakkan penswastaan dan liberalisasi perdagangan

2.

Apakah matlamat utama kerajaan menyediakan barang awam

a)

Menjana hasil kerajaan

b)

Memonopoli pasaran

c)

Menjaga kebajikan masyarakat

d)

Memperoleh keuntungan jualan

3.

1. Senaraikan ciri pasaran monopoli semulajadi.

a)

Lebih daripada satu firma

b)

Keluaran ada pengganti

c)

Penentu harga pasaran

d)

Tiada kebebasan keluar masuk industri

4.

Objektif makroekonomi adalah seperti berikut kecuali


a)

Guna tenaga penuh

b)

Kestabilan harga

c)

Pertumbuhan ekonomi

d)

Memaksimumkan harga

5.

Tingkat harga umum yang meningkat secara berterusan berlaku semasa

a)

Inflasi dan deflasi

b)

Deflasi

c)

Inflasi

d)

Kestabilan ekonomi

6.

Firma menjejaskan kebajikan masyarakat serta mengeksploitasi pengguna.Kerajaan memantau dan mengawal melalui

a)

Peraturan dan undang-undang

b)

Pemberian subsidi

c)

Cukai

d)

Denda

7.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan eksternaliti negatif?

a)

Peningkatan keuntungan firma

b)

Pencemaran udara akibat pelepasan asap kenderaan

c)

Pencemaran air akibat pembuangan sisa industri

d)

Peningkatan masalah sosial

8.

Pemberian subsidi kepada pengeluar minyak masak menyebabkan

a)

Harga kelapa sawit menurun

b)

Penawaran minyak masak menurun

c)

Permintaan minyak masak menurun

d)

Kos pengeluaran minyak masak menurun

9.

Rajah di atas ini menunjukkan penunjuk ekonomi.

Pernyataan manakah yang benar mengenai X?

a)

Pengukur perubahan harga purata bagi sekumpulan barang dan perkhidmatan terpilih

b)

Pengukur pertambahan pengeluaran barang akhir dan perkhimatan

c)

Pengukur jumlah pengangguran dalam kalangan tenaga buruh

d)

Alat yang digunakan untuk mengukur jumlah nilai pasaran barang akhir dan perkhidmatan

10.

Rajah di atas ini menunjukkan salah satu cara kerajaan mengawal selia pengeluar.

Apakah X?

a)

Cukai

b)

Kawalan pertukaran asing

c)

Subsidi

d)

Undang-undang dan peraturan

11.

Inflasi tolakan permintaan berlaku apabila ..

a)

Kos pengeluaran meningkat

b)

Harga barang import dari luar negara meningkat

c)

Jumlah permintaan terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah penawarannya

d)

Jumlah penawaran terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah permintaannya.

12.

Antara berikut, yang manakah benar tentang kesan inflasi?

a)

Pendapatan benar bertambah

b)

Golongan pesara untung

c)

Inflasi yang rendah kadarnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi

d)

Nilai simpanan susut

13.

Manakah yang dapat meningkatkan tenaga buruh dalam ekonomi?

a)

Melanjutkan usia persaraan

b)

Memanjangkan tempoh persekolahan

c)

Mengurangkan kemasukan buruh asing

d)

Mengurangkan pengangguran

14.

Manakah yang betul tentang kesan pengangguran?

a)

Peningkatan pendapatan individu

b)

Peningkatan kualiti hidup

c)

Pengurangan produktiviti

d)

Pengurangan hutang

15.

Apakah penyebab pengangguran geseran?

a)

Kekurangan permintaan agregat

b)

Pengenalan teknologi baharu

c)

Pengguna tempatan lebih membeli barang import

d)

Kekurangan informasi berkaitan kekosongan pekerjaan

16.

Apakah jenis pengangguran yang disebabkan oleh pertukaran kerja?


a)

Geseran

b)

Berstruktur

c)

Kitaran

d)

Geseran dan berstruktur

17.

Pengangguran kitaran berlaku apabila

a)

Keadaan ekonomi adalah lembap

b)

Perubahan struktur ekonomi

c)

Pekerja berhenti kerja

d)

Pekerja mencari pekerjaan baharu

18.

Pendapatan negara boleh digambarkan melalui

a)

Semua faktor pengeluaran

b)

Nilai barang dan perkhidmatan

c)

Faktor pengeluaran milik negara

d)

Keluaran Dalam Negara Kasar

19.

Antara kaedah berikut, manakah yang digunakan oleh negara untuk pengiraan KDNK

a)

Pendekatan keluaran, pendekatan perbelanjaan

b)

Pendekatan keluaran, pendekatan pendapatan

c)

Pendekatan pendapatan, pendekatan perbelanjaan

d)

Pendekatan pendapatan, pendekatan keluaran

20.

Manakah yang berikut menyumbang kepada KDNK Malaysia?

a)

Buruh asing yang bekerja di Selangor

b)

Cawangan Syarikat Ramly melabur di Indonesia

c)

TESCO di Kelantan membeli bahan mentah di Myanmar

d)

Jurutera dari China bekerja di pejabat cawangan Malaysia