wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PBD 4.2 : PRODUKTIVITI DAN EKSTERNALITI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada pengeluaran?

a)

Aktiviti firma menggabungkan tenaga kerja di pasaran buruh

b)

Aktiviti isi rumah dan firma bagi memaksimumkan kepuasan

c)

Aktiviti isi rumah bagi menawarkan faktor pengeluaran

d)

Aktiviti firma menggabungkan input-input pengeluaran

2.

Antara kepentingan produktiviti ialah?

a)

Peningkatan kemudahan, peningkatan teknologi & peningkatan ilmu

b)

Peningkatan Produktiviti, Peningkatan output & peningkatan pdapatan negara

c)

Peningkatan tawaran, penurunan buruh & Peningkatan output

d)

Peningkatan taraf hidup, peningkatan input & peningkatan output

3.

Terdapat _____ faktor yang mempengaruhi produktiviti.

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

4.

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi produktiviti?

a)

Faktor masa

b)

Keadaan ekonomi

c)

Taburan penduduk

d)

Suasana tempat kerja

5.

Kemahiran & tahap motivasi tenaga manusia akan mempengaruhi produktiviti. Oleh itu, kemahiran boleh ditingkatkan melalui

a)

latihan atau kursus dalam perkhidmatan.

b)

penambahan buruh

c)

usaha sendiri

d)

ganjaran

6.

Pengkhususan dalam unit masing-masing TIDAK DAPAT meningkatkan produktiviti.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Pemimpin yang berwibawa mampu memimpin & memotivasikan ahli2 organisasi.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Bahan yg berkualiti dpt mengelakkan pbaziran sprti kerosakan.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Apakah maksud kos sosial?

a)

Kos kepada pihak ketiga di mana tidak termasuk dalam harga pasaran

b)

Kos kepada pihak kedua di mana tidak termasuk dalam harga pasaran

c)

Kos berubah yang terlibat dalam proses pengeluaran

d)

Kos berubah dan kos tetap

10.

Pilih kesan eksternaliti negatif hasil daripada aktiviti pengeluaran telur ayam.

a)

Pembebasan bau najis ayam

b)

Wujud peluang pekerjaan

c)

Menjejaskan ekosistem

d)

Perubahan landskap

11.

Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila kerajaan negeri menggalakkan penggunaan lebih banyak basikal di Johor?

a)

Kos pengangkutan yang lebih tinggi

b)

Kadar pengangguran yang rendah

c)

Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah

d)

Kadar pencemaran udara yang lebih tinggi

12.

3.

Gambar menunjukkan aktiviti pengeluaran mi kuning menggunakan mesin

manual.

Pilih kesan eksternaliti yang positif bagi aktiviti pengeluar tersebut.

I Menyebabkan kesesakan lalu lintas

II Tidak membebaskan asap bertoksid ke udara

III Kos pengeluaran yang tinggi

IV Mewujudkan peluang pekerjaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

13.

Gambar menunjukkan aktiviti pengeluaran botol minuman sebuah firma.


Pilih kesan eksternaliti yang negatif daripada aktiviti pengeluaran di atas.


I Pembebasan asap kilang yang bertoksik

II Peluang pekerjaan yang lebih banyak

III Penggunaan teknologi yang moden

IV Kesesakan lalu lintas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang eksternaliti negatif?

I Perbezaan antara kos sosial dengan kos persendirian

II Perkembangan penyelidikan dan pembangunan

III Pertambahan infrastruktur

IV Pencemaran alam sekitar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan eksternaliti negatif kesan daripada aktiviti pengeluaran ?

I Ekosistem yang seimbang

II Pertambahan peluang pekerjaan

III Pelepasan asap dari kilang getah

IV Pembuangan sampah oleh kilang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Apakah kesan subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan?

a)

Meningkatkan kos pengeluaran

b)

Menambahkan tingkat keluaran

c)

Mengurangkan daya saing

d)

Menaikkan harga barang di pasaran

17.

Faedah sosial daripada kempen berkongsi kereta ialah

I Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah

II Kadar penggunaan minyak petrol yang tinggi

III Kos perubatan yang semakin meningkat

IV Kadar pencemaran alam sekitar yang rendah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

18.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan tindakan kerajaan untuk mengawal kesan eksternaliti negatif?

I Mengehadkan pengeluaran lesen

II Menentukan penempatan firma

III Menjalankan pemantauan oleh agensi kerajaan

IV Memberikan subsidi

a)

I II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

19.

Kerajaan boleh meningkatkan faedah sosial dengan memberi subsidi kepada

a)

pengguna kereta persendirian

b)

pengguna kuasa solar

c)

pengguna kenderaan berat

d)

pengguna alat penghawa dingin

20.

Apakah kos sosial yang timbul daripada pembinaan sebuah kilang pembuatan baja kimia di

kawasan perumahan Desa Cemerlang, Pasir Gudang?

a)

Pencemaran udara yang berleluasa

b)

Kadar kesesakan lalu lintas rendah

c)

Pembinaan jalan raya yang lengkap

d)

Peluang pekerjaan bertambah