WorksheetsCTU152 - Tauhid Asas Utama Peradaban Islam
Total questions: 13
Worksheet time: 6mins
Apakah yang dimaksudkan dengan Tauhid?
Mengesakan Allah.
Mengesakan Rasulullah.
Menyembah Allah.
Menyekutukan Allah.
Yang manakah susunan Rukun Iman yang betul?
Allah - Malaikat - Rasul - Kitab - Qada' & Qadar - Akhirat
Allah - Rasul - Malaikat - Kitab - Akhirat - Qada & Qadar
Allah - Malaikat - Kitab - Rasul - Akhirat - Qada' & Qadar
Allah - Malaikat - Rasul - Kitab - Akhirat - Qada' & Qadar
Akidah Islam merupakan satu-satunya ajaran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia sejak daripada Nabi Adam AS.
Betul
Salah
Sekiranya seorang Muslim tidak mengisi hatinya dengan ________, maka _______ akan memenuhi ruang hatinya.
Allah, dunia.
Islam, syaitan.
hiburan, kekosongan
fikir, kelalaian
Dalam sejarah, Tamadun Islam bermula di semenanjung tanah arab setelah kedatangan Islam. Ini menunjukkan bahawa...
Islam memberikan ganjaran kepada penganutnya dengan tamadun yang hebat.
Islam menjadi pemangkin utama kepada pembangunan peradaban dan tamadun.
Masyarakat Arab sememangnya pintar dan hebat.
Ini adalah takdir Allah. Kesemuanya sudah ditentukan oleh-Nya.
Akidah merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Apakah kesan sekiranya akidah seseorang Muslim rosak?
Beliau bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang sekatan hukum dan undang-undang.
Beliau akan menjadi semakin baik dan berakhlak mulia.
Segala amalan baik yang dilakukan olehnya tidak akan diterima.
Kehidupannya di dunia tidak akan berlandaskan hakikat kehidupan yang sebenar.
Mengapakah akidah sangat penting dalam peradaban Islam?
Tanpanya umat Islam akan membangunkan dunia menurut hawa nafsu dan kepentingan kebendaan
Tanpanya manusia mempunyai panduan dan pedoman dalam mentadbir alam.
Menerusinya umat Islam mempunyai semangat dan keyakinan yang teguh dalam menjalani kehidupan
Menerusinya manusia akan terumbang ambing dan tidak lagi mampu membezakan yang baik dan yang buruk.
Apabila aspek ketuhanan dan tauhid begitu menebal dalam diri umat Islam, maka
Mereka tidak lagi risau tentang rezeki kerana keyakinan yang kuat terhadap Allah Yang Maha Pemberi Rezeki.
Apa sahaja yang dilakukan oleh mereka adalah untuk mendapatkan redha Allah, bukan pengiktirafan manusia.
Mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam semua aspek kehidupan kerana yakin ada nilai pahala.
Mereka tidak melakukan kerosakan dan kemungkaran kerana takut dengan azab seksaan Allah.
Perkara di bawah tidak lagi menjadi fokus umat Islam apabila akidah yang teguh menguasai diri, melainkan
Maksiat & kemungkaran.
Tahyul, khurafat & syirik.
Ilmu pengetahuan.
Hiburan & keseronokan.
Apakah slogan yang paling sesuai untuk dihayati oleh umat Islam agar mereka mampu membangunkan peradaban Islam?
Biar tahu, jangan keliru.
Islam is the way of life.
Jangan hampiri zina.
Agi idup agi ngelaban
Tamadun Barat banyak menghasilkan ilmu dan budaya yang hebat. Namun, tamadun Barat tidak sepatutnya diangkat oleh orang Islam kerana...
Tamadun Barat musuh Islam
Tamadun Barat mengutamakan nafsu
Tamadun Barat membuang agama
Tamadun Barat mengagungkan kebebasan
Bagi seorang Muslim, mereka meyakini bahawa Malaikat memainkan peranan dan tugasan yang penting dalam fenomena alam.
Betul
Salah
Mengapakah pembangunan Peradaban Islam merupakan suatu perkara yang amat penting bagi setiap umat Islam?
Agar umat Islam dapat menjadi pemimpin dunia
Agar tuntutan manusia sebagai seorang khalifah dipenuhi
Supaya umat Islam mampu menjajah semua negara di dunia
Supaya kekayaan dunia dapat dieksploitasi oleh umat Islam
