wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tayar motosikal abang _________ kerana tercucuk paku di atas jalan.

a)

susut

b)

lembik

c)

kempis

d)

bengkok

2.

Nek Som menanam tiga __________ serai di tepi perigi.

a)

petak

b)

batang

c)

rumpun

d)

longgok

3.

Sekumpulan pegawai alam sekitar sedang membuat _______ di sungai yang tercemar itu.

a)

kajian

b)

intipan

c)

siasatan

d)

andaian

4.

Cempedak goreng yang dibeli ayah di pasar itu sungguh _______________ jika dimakan panas- panas.

a)

enak

b)

manis

c)

harum

d)

rangup

5.

Pak Kassim ________nanas dan mangga yang diambil dari kebunnya.

a)

mengelek

b)

mengandar

c)

menjunjung

d)

menyandang

6.

Pasukan bomba telah berjaya menangkap seekor ular sawa yang telah _____________ seekor kambing di Kampung Tualang.

a)

menggigit

b)

mengunyah

c)

meratah

d)

menelan

7.

Fauzan jatuh ___________ apabila terpijak kayu yang telah reput itu.

a)

tersembam

b)

tersungkur

c)

terjelepok

d)

terperosok

8.

Peserta dari SMK Tanjung Ara telah memenangi acara __________ lembing peringkat negeri Kelantan.

a)

melontar

b)

membaling

c)

merejam

d)

melempar

9.

Pesawat itu dipandu oleh seorang __________ yang berpengalaman.

a)

juruterbang

b)

jururawat

c)

jurutera

d)

juruelektrik

10.

Ketua Kampung Selasih mencari _____________ kepada dermawan yang baru meninggal dunia itu.

a)

penama

b)

pelapis

c)

pengganti

d)

pewaris

11.

Semua _________ tanpa izin diarahkan berkumpul di kedutaan negara masing- masing.

a)

pensyarah

b)

pemborong

c)

penceramah

d)

pendatang

12.

Ibu menggunakan air yang __________ oleh kakak untuk membancuh kopi.

a)

direbus

b)

dimasak

c)

dijerang

d)

dididih

13.

Para penonton mengejek pengadil itu kerana bersikap _________ semasa mengadili perlawanan bola sepak itu.

a)

pilih bulu

b)

pilih kasih

c)

sebelah mata

d)

berat sebelah

14.

Dia ____________ setelah menamatkan larian sejauh 400 meter itu.

a)

tersedak- sedak

b)

tercungap- cungap

c)

terpinga- pinga

d)

bersorak- sorak

15.

Nelayan itu sedang ____________ jaringnya yang koyak di bawah pokok kelapa.

a)

menampal

b)

membubu

c)

menjahit

d)

membaik pulih

16.

Emak membubuh beberapa _____________ daun pandan ke dalam air gula lalu memasaknya.

a)

tangkai

b)

helai

c)

rumpun

d)

jambak

17.

Petani itu ____________ bekerja di tengah sawah setiap hari.

a)

bermandi peluh

b)

bertegang urat

c)

bermandi darah

d)

bermandi kerbau

18.

Pengemis itu ___________ kena langgar oleh bas ketika melintas jalan.

a)

hampir

b)

dekat

c)

nyaris

d)

sipi

19.

Puan Zaleha memetik dua ___________ bunga kemboja dari taman bunganya.

a)

jambak

b)

kuntum

c)

utas

d)

papan

20.

Kami sungguh meminati lagu- lagu nyanyian Allahyarham P.Ramlee kerana suaranya sungguh _____________.

a)

lantang

b)

indah

c)

lazat

d)

merdu