wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B5T2

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah kedudukan Melaka menjadi amat penting kepada para pedagang?

a)

Kedalaman kawasan perairannya

b)

Kedudukannya yang jauh dari pantai

c)

Kedudukannya antara timur dengan barat

d)

Kawasan mempunyai ramai penduduk

2.

Apakah lokasi pengasasan Kesultanan Melayu Melaka semasa pemerintahan Parameswara?

a)

Muara Sungai Melaka

b)

Muara Sungai Johor

c)

Muara Sungai Linggi

d)

Muara Sungai Bertam

3.

Mengapakah Parameswara memilih kawasan yang berbukit-bukau sebagai lokasi pembukaan Melaka?

a)

Mengumpul hasil hutan

b)

Mengatasi masalah banjir

c)

Menjadi panduan kapal dagang

d)

Melindungi tiupan angin monsun

4.

Apakah tujuan pemerintah Melaka dikaitkan dengan susur galur daripada Iskandar Zulkarnain?

a)

Mengekalkan keamanan dan kemakmuran negeri

b)

Meningkatkan taraf kedudukan tinggi kepada sultan

c)

Menjadikan sultan sebagai simbol perpaduan rakyat

d)

Menimbulkan rasa gerun masyarakat terhadap sultan

5.

DUA peranan sultan Melaka dalam sistem pemerintahan.

a)

Menjadi ketua agama Islam

b)

Memungut cukai dan hasil lain

c)

Mengetuai utusan ke negara luar

d)

Menyelaraskan kegiatan ekonomi

6.

Apakah konsep yang dikaitkan dengan pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah?

a)

Tulah

b)

Serah

c)

Kerah

d)

Daulat

7.

Mengapakah adat istiadat pertabalan dijalankan?

a)

Menggantikan pengaruh Hindu Buddha

b)

Memperkaya warisan Melayu

c)

Mengukuhkan kedudukan sultan

d)

Mengelakkan perebutan kuasa

8.

Pemerintahan Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar. Apakah kawasan yang dikurniakan kepada Pembesar Berempat?

a)

Kawasan pegangan

b)

Kawasan pemakanan

c)

Kawasan penghormatan

d)

Kawasan penganugerahan

9.

Ketua Angkatan Laut

Pengawal peribadi raja

Ketua utusan ke negara luar

Jawatan manakah yang merujuk kepada tugas tersebut?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

10.

Apakah persamaan antara undang-undang berikut?

# Hukum Kanun Melaka

# Undang-Undang Laut Melaka

a)

Mengandungi peraturan berkeluarga

b)

Menetapkan tugas raja dan pembesar

c)

Menghuraikan tanggungjawab dan hukuman

d)

Menjelaskan pantang larang dalam masyarakat

11.

Apakah kesan pelaksanaan Hukum Kanun Melaka terhadap Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengurus pewarisan takhta

b)

Mengatasi masalah jenayah

c)

Mengawal peraturan pelayaran

d)

Melancarkan urusan perdagangan

12.

Manakah antara berikut yang akan mewarisi takhta kerajaan mengikut Adat Temenggung?

a)

Anak saudara lelaki

b)

Anak lelaki yang sulung

c)

Anak saudara perempuan

d)

Anak perempuan yang sulung

13.

Apakah kepentingan antara perkahwinan Sultan Melaka dengan Puteri Majapahit?

a)

Meluaskan empayar

b)

Menyebarkan budaya

c)

Memajukan ekonomi

d)

Memantapkan pentadbiran

14.

DUA kerajaan yang bernaung di bawah Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Patani

b)

Kedah

c)

Jambi

d)

Brunei

15.

Kesultanan Melayu Melaka telah menerima pelbagai bentuk hadiah daripada wilayah dan jajahan takluknya. Bagaimanakah bentuk hadiah tersebut?

a)

Hasil pertanian

b)

Sumber makanan

c)

Sumber perikanan

d)

Bantuan ketenteraan

16.

DUA kerajaan Alam Melayu yang paling awal menerima pengaruh Islam.

a)

Perlak

b)

Majapahit

c)

Palembang

d)

Samudera-Pasai

17.

Apakah persamaan peranan yang dimainkan oleh golongan pedagang dan ulama di Alam Melayu?

a)

Memajukan ekonomi

b)

Menjadi penasihat sultan

c)

Menyebarkan agama Islam

d)

Memperkenalkan mata wang

18.

Antara jawatan pembesar berikut, jawatan apakah yang tugasnya setanding dengan jawatan Ketua Polis Negara kini?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Temenggung

d)

Penghulu Bendahari

19.

DUA tugas utama para pembesar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Menjaga keamanan Raja

b)

Mengutip cukai melalui sistem serah

c)

Membekalkan tentera untuk tujuan peperangan

d)

Membawa tenaga buruh dari luar kawasan

20.

DUA kategori kapal besar yang mengunjungi pelabuhan Melaka.

a)

Kapal jong

b)

Kapal payar

c)

Kapal kelulus

d)

Kapal bahtera

21.

Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal perdagangan dan mengawal sistem timbang dan sukat di pelabuhan Melaka?

a)

Bendahara

b)

Laksamana

c)

Syahbandar

d)

Temenggung

22.

Berapakah kadar cukai yang dikenakan terhadap pedagang dari negara China dan Jepun?

a)

2 peratus

b)

3 peratus

c)

4 peratus

d)

5 peratus

23.

Apakah nama mata wang timah yang digunakan dalam urusan jual beli Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Cowrie

b)

Ducats

c)

Kupang

d)

Calains

24.

DUA sumbangan Orang Laut terhadap kemajuan sistem perdagangan di Melaka.

a)

Pedagang yang sangat rajin

b)

Pelayar yang cekap dan berani

c)

Petunjuk arah kepada pedagang

d)

Pembekal makanan kepada pedagang

25.

Apakah kesan hubungan luar antara Kesultanan Melayu Melaka dengan kerajaan Majapahit?

a)

Wilayah Melaka menjadi luas

b)

Keselamatan kerajaan terjamin

c)

Muncul sebagai pusat penyebaran Islam

d)

Tamatnya ancaman daripada Palembang

26.

Apakah hadiah persahabatan yang diberi oleh kerajaan Makasar kepada Sultan Melaka untuk merapatkan hubungan antara mereka?

a)

Budak Raja

b)

Nobat Diraja

c)

Bunga Emas

d)

Tengkolok Emas

27.

Siapakah tokoh yang dihantar oleh Melaka untuk mengetuai utusan ke Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan?

a)

Tun Perak

b)

Tun Telanai

c)

Tun Hamzah

d)

Tun Seri Lanang

28.

TIGA bentuk pengurniaan yang diberikan oleh kerajaan China kepada Sultan Melaka sebagai tanda pengiktirafan.

a)
b)
c)
d)
29.

Kegagalan rundingan telah menyebabkan Portugis melakukan serangan terhadap Melaka pada tahun 1511. Siapakah yang memimpin serangan tersebut?

a)

Vasco Da Gama

b)

Lopez de Sequeira

c)

Jack Sparrow

d)

Alfonso de Albuquerque

30.

TIGA strategi Melaka untuk menghadapi serangan Portugis.

a)

Menggunakan lancaran dan perahu berapi

b)

Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai

c)

Memperkukuhkan armada laut

d)

Menubuhkan tentera bergajah