wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B6T2

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Di manakah pusat pemerintahan pertama Kesultanan Johor Riau?

a)

Kota Batu

b)

Kota Kara

c)

Kota Tinggi

d)

Kota Sayong

2.

Mengapakah Kota Kara dipilih sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau?

a)

Bentuk fizikal sungainya yang sempit

b)

Bentuk fizikal sungainya yang lebar

c)

Bentuk fizikal sungainya yang berliku

d)

Kedudukannya yang strategik

3.

Mengapakah pusat pemerintahan Johor Riau dibina berhampiran sungai yang lebar?

a)

Memudahkan kapal keluar masuk

b)

Menghalang tiupan angin monsun

c)

Menjadi benteng pertahanan utama

d)

Melambatkan pencerobohan kuasa luar

4.

Apakah kawasan yang menjadi perebutan dalam Perang Tiga Segi di Alam Melayu?

a)

Laut Jawa

b)

Johor Riau

c)

Selat Melaka

d)

Pulau Pinang

5.

Mengapakah berlaku Perang Johor-Jambi yang tercetus dari tahun 1659 hingga 1679?

a)

Jambi tidak membayar ufti

b)

Johor menuntut wilayah Tungkal

c)

Belanda menceroboh perairan Jambi

d)

Portugis menguasai perdagangan Johor

6.

Raja Kechil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau. Bagaimanakah tindakan Raja Sulaiman menghalang pengisytiharan tersebut?

a)

Menyerang kubu pertahanan Raja Kechil

b)

Meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara

c)

Melantik Tun Abdul Jalil sebagai Menteri Besar

d)

Menggalakkan kemasukan kapal perang Portugis

7.

Siapakah yang telah dilantik sebagai Yamtuan Muda Bugis yang pertama di Johor?

a)

Daeng Chelak

b)

Daeng Kemasi

c)

Daeng Parenai

d)

Daeng Merewah

8.

DUA sebab berlaku pemindahan pusat pentadbiran Johor Riau semasa pemerintahan Sultan Ibrahim?

a)

Mengukuhkan kedaulatan kerajaan

b)

Kemajuan sistem perdagangan

c)

Keperluan strategi ketenteraan

d)

Muslihat pertahanan diri

9.

Kesultanan Johor Riau telah menjalinkan persahabatan dengan kuasa Barat iaitu

a)

British

b)

Portugis

c)

Belanda

d)

Perancis

10.

Pada 17 Mei 1606, perjanjian ini telah ditandatangani oleh Johor di atas sebuah kapal bernama Oranje.

a)

Perjanjian Johor-Jambi

b)

Perjanjian Johor-Acheh

c)

Perjanjian Johor-Portugis

d)

Perjanjian Johor-Belanda

11.

DUA bentuk bantuan yang diberikan Johor kepada Belanda semasa berperang dengan Portugis di Melaka.

a)

Menggali parit kubu

b)

Membuat tapak meriam

c)

Memberi sumber kewangan

d)

Menghantar pasukan tentera

12.

Bagaimanakah Johor Riau muncul sebagai pusat perdagangan yang unggul?

a)

Kekuatan ketenteraan

b)

Kerjasama masyarakat

c)

Keadilan undang-undang

d)

Kedudukan yang strategik

13.

Apakah persamaan peranan kawasan berikut terhadap kerajaan Johor?

PANCHOR

BATU SAWAR

JOHOR LAMA

a)

Pusat pelabuhan

b)

Pusat pertahanan

c)

Pusat perdagangan

d)

Pusat pemerintahan

14.

Pedagang yang tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka telah beralih ke pelabuhan Johor.

a)

Pedagang Gujerat

b)

Pedagang China

c)

Pedagang Siam

d)

Pedagang Jawa

15.

Apakah hasil dagangan yang dipasarkan oleh pedagang Siam ke pelabuhan Johor?

a)
b)
c)
d)
16.

Apakah barang dagangan yang dikumpul dari tanah jajahan dan naungan kerajaan Johor Riau?

a)
b)
c)
d)
17.

Apakah persamaan hasil dagangan pedagang Klang, Bernam dan Sungai Ujong di pelabuhan Johor Riau?

a)
b)
c)
d)
18.

Pelabuhan Johor Riau yang menjadi pusat perdagangan dengan kerajaan China.

a)

Pelabuhan Sayong

b)

Pelabuhan Seluyut

c)

Pelabuhan Kota Kara

d)

Pelabuhan Batu Sawar

19.

DUA barang dagangan yang dibawa oleh pedagang Gujerat ke pelabuhan Johor Riau.

a)
b)
c)
d)
20.

Apakah tujuan penyediaan gudang bawah tanah di pelabuhan Johor Riau?

a)

Kebakaran dapat dielakkan

b)

Masalah banjir dapat diatasi

c)

Kos penyewaan lebih murah

d)

Barangan tidak akan rosak

21.

Mata wang emas telah digunakan dalam urus niaga di pelabuhan Johor Riau semasa pemerintahan

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

b)

Sultan Muzaffar Shah II

c)

Sultan Ibrahim Shah

d)

Sultan Abu Bakar

22.

Manakah mata wang yang digunakan dalam urusan perdagangan di Johor Riau?

a)
b)
c)
d)
23.

Pembesar manakah yang menetapkan sistem timbang dan sukat di pelabuhan Johor Riau?

a)

Laksamana

b)

Syahbandar

c)

Temenggung

d)

Pengh8lu Bendahari

24.

Apakah sumbangan Raja Indera Bongsu terhadap pedagang-pedagang di Johor Riau?

a)

Menaungi para pedagang

b)

Mengutip cukai pelabuhan

c)

Menetapkan berat timbangan

d)

Menjaga keselamatan pedagang

25.

DUA peranan Orang Laut terhadap kemajuan pelabuhan Kesultanan Johor Riau.

a)

Pengawal pelabuhan

b)

Penunda kapal dagang

c)

Pengurus sistem jual beli

d)

Penasihat kepada sultan

26.

Gambar menunjukkan replika kapal yang dibina oleh Orang Laut di Johor Riau. Apakah kapal tersebut?

a)

Kapal korek

b)

Kapal balok

c)

Kapal banteng

d)

Kapal pencalang

27.

DUA ciri karya agung persuratan Kesultanan Johor Riau.

a)

Diterjemahkan dari bahasa Yunani

b)

Mencetuskan unsur pemikiran

c)

Ditulis dalam bahasa Melayu

d)

Mengaitkan sejarah dunia

28.

Penulis yang menyusun dan menulis semula karya Sulalatus Salatin.

a)

Raja Abdullah

b)

Tun Seri Lanang

c)

Bukhari al-Jauhari

d)

Tun Ahmad Paduka Raja

29.

Naskah Sulalatus Salatin telah disusun dan ditulis semula oleh Tun Seri Lanang pada tahun1612. Apakah naskah asal karya tersebut?

a)

Tajul Salatin

b)

Hikayat Melayu

c)

Mahkota Raja-Raja

d)

Gurindam Dua Belas

30.

Siapakah penulis karya berikut?

TUHFAT AL-NAFIS

SALASILAH MELAYU DAN BUGIS

a)

Raja Ahmad

b)

Raja Ali Haji

c)

Tun Seri Lanang

d)

Bukhari al-Jauhari