wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Jasmani&Kesihatan Tahun 2

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah cara yang BETUL untuk menjaga kebersihan fizikal kita?

a)

Tidak mandi.

b)

Jangan cuci tangan selepas ke tandas.

c)

Pakai pakaian yang kotor.

d)

Potong kuku tangan dan kuku kaki supaya pendek.

2.

Lap badan dengan .......

a)

berus yang kotor.

b)

kertas yang baru.

c)

dawai yang halus.

d)

tuala yang bersih.

3.

Pastikan kamu mengambil ubat yang betul dan mengikut ......

a)

preskripsi doktor.

b)

kata-kata kawan.

c)

sesukahati kita.

d)

fikiran kita.

4.

Kita boleh membeli ubat di .......

a)

sekolah.

b)

kedai runcit.

c)

farmasi.

d)

sekolah.

5.

Apakah kesan alkohol terhadap fizikal manusia dalam jangka masa panjang?

a)

Kebersihan diri terabai.

b)

Mengalami muntah yang berterusan

c)

Bertengkar dan merosakkan barang-barang

d)

Menyebabkan penyakit kronik seperti sakit jantung.

6.

Sampah-sarap boleh menjejaskan persekitaran. Nyamuk Aedes boleh membiak dan menyebabkan penyakit.................................

a)

denggi

b)

cirit-birit

c)

taun

d)

malaria

7.

Memakan makanan yang tidak berkhasiat menyebabkan tubuh kita lesu. Antara berikut yang manakah makanan yang tidak berkhasiat.

a)

Buah pisang

b)

Nasi

c)

Aiskrim

d)

Sandwic

8.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum memulakan aktiviti sukan?

a)

menyejukkan badan

b)

memanaskan badan

c)

terus melakukan aktiviti

d)

merehatkan badan

9.

Apakah aktiviti koodinasi yang melibatkan anggota tangan dan mata?

a)

menendang bola ke sasaran

b)

Melambung dan menyambut pundi kacang

c)

tarik tali

d)

duduk

10.

Antara berikut, yang mana dapat membina daya tahan kardiovaskular?

a)

Berlari ulang-alik 10 m

b)

Berdiri setempat

c)

Melentik ke belakang

d)

Duduk

11.

....................................ialah keupayaan seseorang bergerak dengan pantas sambil bertukar arah seperti permainan bola beracun.

a)

Imbangan

b)

Kelenturan

c)

Pergerakan kreatif

d)

Ketangkasan

12.

Berikut merupakan kepentingan pengambilan sarapan pagi, kecuali

a)

Memberi kecergasan badan.

b)

Menambah berat badan.

c)

Memberi tenaga kepada tubuh.

d)

Meningkatkan kemampuan otak

13.

Firdaus .............................dan .............................untuk menjaga kebersihan diri daripada dijangkiti penyakit.

a)

makan.....minum

b)

membasuh.....mengemas pakaian

c)

menyapu...menyimpan sampah

d)

mengelap...membungkus perabot

14.

Nyatakan perasaan yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah ini

a)

Gembira

b)

Sedih

c)

Marah

d)

Takut

15.

Nyatakan perasaan gadis berbaju kuning apabila melihat kawannya mendapat ganjaran yang lebih banyak daripadanya?

a)

Gembira

b)

Terharu

c)

Cemburu

d)

Marah

16.

Anda telah dimarahi ibu kerana telah memecahkan pasu bunga kesayangannya. Nyatakan perasaan anda?

a)

Marah

b)

Kecewa

c)

Sedih

d)

Bimbang

17.

Abang telah membantu anda menerangkan operasi darab dalam subjek matematik. Bagaimanakah anda menghargai bantuan itu?

a)

Mengucapkan terima kasih

b)

Berdiam diri sahaja

c)

Itu memang tugas seorang abg

d)

Menangis

18.

Pilih salah satu cara adik beradik anda boleh buat untuk mengukir senyuman ibu ayah yang baru pulang dari bekerja.

a)

Membersih dan mengemas rumah

b)

Bergaduh berebut siaran televisyen

c)

Rumah bersepah

d)

Letak pinggan dalam singki tanpa mencucinya

19.

Jenis pergerakan lokomotor

a)

membongkok

b)

mengimbang

c)

meregang

d)

berlari

20.

Pergerakan Bukan Lokomotor

a)

Membongkok

b)

berjalan

c)

melonjak

d)

skip