wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah - Trial SPM Perak (Hulu Perak) 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Jadual berikut merujuk kepada lokasi tamadun awal di dunia ?

Mesopotamia: Lembah sungai Tigris dan Sungai Euphrates

Mesir Purba: Lembah sungai Nil

Indus: Lembah sungai Indus

Mengapakah tamadun tersebut bertumpu di lembah sungai [T4B1M9]

I - Mempunyai tanah yang subur

II - Mengekalkan warisan tradisi

III - Mendapat mandat tuhan

IV - Memudahkan perhubungan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Masyarakat dalam tamadun Indus (2000 sebelum masihi) berjaya membina bandar terancang tertua di dunia.

Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan oleh [T4B1M27]


I - Amalan sikap terbuka

II - Pertembungan dengan budaya lain

III - Perluasan wilayah pemerintahan

IV - Kejayaan kegiatan penjelajahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Pada tahun 509 S.M. Rom mengamalkan sistem pemerintahan republik yang ditadbir oleh dua orang konsul.


Mengapakah dua orang konsul tersebut dilantik? [T4B2M43]

a)

Memudahkan perluasan empayar

b)

Mengukuhkan hubungan luar

c)

Menghalang pemusatan kuasa

d)

Memilih pemimpin berwibawa

4.

Apakah sumbangan Maharaja Justinian kepada tamadun Rom? [T4B2M46]

a)

Menyeragamkan undang-undang negara

b)

Membina birokrasi awam

c)

Membina pusat kajian astronomi

d)

Mengasaskan pemerintahan republik

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Kedah Tua

Srivijaya

Kerajaan tersebut berkembang kerana [T4B3M79]

a)

banyak bekalan hasil pertanian

b)

mendapat perlindungan kuasa asing

c)

terdapat perlabuhan untuk kegiatan perdagangan

d)

terletak di kawasan pedalaman yang subur

6.

Maklumat berikut merujuk kepada candi yang terdapat di Asia Tenggara.

Angkor Wat: Kemboja

Borobudur: Indonesia

Apakah kepentingan candi tersebut terhadap kerajaan awal? [T4B3M88]

a)

Kota pertahanan

b)

Simbol kebudayaan

c)

Sempadan pengaruh

d)

Lambang keagungan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan amalan kehidupan masyarakat arab jahiliah

Sistem kabilah

Semangat assabiah


Apakah kesan amalan tersebut [T4B4M102]

a)

Pengaruh kerajaan kuat

b)

Perdagangan terhad

c)

Perluasan wilayah berlaku

d)

Perpaduan ummah lemah

8.

Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat.


Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut? [T4B4M113]

a)

Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

b)

Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy

c)

Mendapatkan bantuan penduduk Madinah

d)

Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak

9.

Apakah keistimewaan Piagam Madinah? [T4B5M124-125]


I - Berpandukan wahyu

II - Mengutamakan bangsawan

III - Mengekalkan sistem Kabilah

IV - Menyatukan pelbagai bangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Kota Makkah dibuka semula oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 630 Masihi. Mengapakah Kota Makkah berjaya dibuka semula dengan mudah? [T4B5M134]

a)

Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah

b)

Pemulauan keluarga Bani Hashim

c)

Pembebasan golongan hamba

d)

Pertelingkahan antara suku Aus dengan suku Khazraj

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan pembinaan sistem pengairan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

Empangan Abu Musa di Basrah

Terusan Amirul Mukminin di Mesir


Mengapakah sistem pengairan tersebut dibina? [T4B6M147]

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengelak banjir berlaku

c)

Mempertingkat hasil pertanian

d)

Meningkatkan kegiatan perdagangan

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengembara Islam pada abad ke-14.

Ibn Battuta

Hasil tulisan beliau menjadi rujukan sejarawan hingga kini

Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan sehingga kini? [T4B6M168]

a)

Ketepatan fakta

b)

Keunikan ilustrasi

c)

Keindahan bahasa

d)

Kepelbagaian teknik

13.

Jadual menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Pattani: Raja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said

Pasai: Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail


Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah? [T4B7M176]

a)

Mengharapkan anugerah

b)

Menguasai kerajaan

c)

Menarik perhatian rakyat

d)

Menyekat pengaruh agama lain

14.

Pendidikan formal berubah di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam.


Apakah perubahan tersebut? [T4B7M201]

a)

Terhad di istana

b)

Terhad di peringkat rendah

c)

Dibiayai golongan bangsawan

d)

Melibatkan semua lapisan masyarakat

15.

Rajah berikut menunjukkan undang-undang yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka

Undang-undang bertulis

Hukum Kanun Melaka

Undang-Undang Laut Melaka


Apakah persamaan undang-undang tersebut? [T4B8M200]

a)

Peraturan berkeluarga

b)

Pantang larang anggota masyarakat

c)

Penetapan tugas raja dan pembesar

d)

Penetapan tanggungjawab dan hukuman

16.

Gambar menunjukkan kesibukan pelabuhan Melaka pada abad Ke-15.


Apakah faktor yang menyebabkan kesibukan pelabuhan tersebut? [T4B8M209]

a)

Pentadbiran cekap

b)

Bebas cukai

c)

Banyak galian

d)

Mata wang seragam

17.

Zaman Renaissance di Eropah berlaku dari tahun 1350 hingga tahun 1600.


Pernyataan manakah yang berkaitan dengan zaman tersebut? [T4B9M219]

a)

Pengukuhan sistem feudal

b)

Penghargaan terhadap seni

c)

Peningkatan kuasa gereja

d)

Peluasan tanah jajahan

18.

Pada zaman Revolusi Perindustrian Akta Antipenggabungan melarang penubuhan Kesatuan Sekerja.


Merujuk pernyataan di atas, apakah implikasinya kepada pekerja? [T4B9M236]

a)

Kenaikan gaji disekat

b)

Wanita dilarang bekerja

c)

Pergaulan pekerja disekat

d)

Eksploitasi pekerja dilarang

19.

Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British pada 25 November 1913 memanfaatkan orang Melayu? [T4B10M260]


A

B

C

D

a)

Memperkenalkan sistem perladangan

b)

Mengekalkan hak milik

c)

Mempelbagaikan jenis tanaman

d)

Meneruskan ekonomi tradisional

20.

Jadual berikut menunjukkan pertambahan bilangan kemasukan imigran Cina di Tanah Melayu.

Negeri- Negeri Melayu Bersekutu

1891: 163,000 org

1901: 228,000 org


Negeri-Negeri Selat

1891: 300,000 org

1901: 282,000 org

Apakah kesan daripada pertambahan tersebut? [T4B10M264]


I - Peningkatan penanaman getah

II - Wujud masyarakat majmuk

III - Perkembangan perlombongan bijih timah

IV - Muncul golongan peniaga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.


Mengapakah keadaan tersebut berlaku? [T5B1M16]

a)

Kemunculan ramai golongan intelek

b)

Kewujudan golongan bangsawan

c)

Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

d)

Kemasukan kaum imigran tidak terkawal

22.

Jose Rizal melaksanakan gerakan dakyah untuk memperjuang nasib rakyat tetapi gagal mencapai matlamat.


Apakah tindakan beliau selepas menemui kegagalan tersebut? [T5B1M22]

a)

Menubuhkan Katipunan

b)

Membentuk Liga Filipina

c)

Melancarkan gerakan bersenjata

d)

Menyebarkan pemikiran melalui media cetak

23.

Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20? [T5B2M50]


I - Mengugut pemimpin

II - Menyekat kegiatan dakwah

III - Menghalang kemasukan risalah

IV - Menyekat peluang belajar ke luar negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Maklumat berikut berkaitan dengan jawatan yang diwujudkan oleh British di Tanah Melayu.

Residen

Penasihat British

Mengapakah British mewujudkan jawatan tersebut? [T5B2M30]

a)

Melatih peribumi dalam pentadbiran

b)

Memperbaik taraf hidup penduduk

c)

Mengekalkan kedaulatan negeri

d)

Menguasai sumber ekonomi

25.

Negara berikut muncul selepas keruntuhan empayar Austria-Hungary dan Turki Uthmaniyah akibat Perang Dunia Pertama

Czechoslovakia

Lithuania

Finland


Apakah yang berkaitan dengan negara tersebut [T5B3M68]

a)

Menyokong ideologi komunis

b)

Mengasaskan fahaman fasis

c)

Dikuasai golongan monarki

d)

Dibina berasaskan etnik

26.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.


Apakah buktinya? [T5B3M80]

a)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

Perlembagaan bertulis yang lengkap

c)

Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum

d)

Persamaan dengan hukum Kanun Melaka

27.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946.

Semua rakyat British daripada tanah jajahannya boleh menjadi rakyat Malayan Union.


Apakah kesan pernyataan tersebut? [T5B4M99]

a)

Komposisi penduduk seimbang

b)

Sistem pertahanan negara mantap

c)

Kedudukan kaum peribumi terancam

d)

Pengaruh golongan radikal berkurangan

28.

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British.


Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan? [T5B4M110]

a)

Kemasukan kaum imigran akan berterusan

b)

Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan

c)

Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri dilaksanakan

d)

Hak istimewa penduduk peribumi terjejas

29.

Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) telah ditubuhkan oleh Dato' Onn bin Jaafar untuk merealisasikan perpaduan rakyat.


Bagaimanakah parti tersebut dapat membentuk perpaduan rakyat? [T5B5M121]

a)

Menggabungkan pelbagai pertubuhan politik

b)

Memberikan hak yang sama kepada imigran

c)

Membuka keahlian kepada semua kaum

d)

Mengurangkan kemasukan buruh asing

30.

Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid.

Fungsi Suruhanjaya Reid

Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka


Apakah isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut? [T5B5M126]

a)

Hal kerakyatan

b)

Penetapan sempadan

c)

Hal ehwal imigresen

d)

Peruntukan kewangan

31.

Idea Pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19.


Mengapakah idea tersebut dipersetujui British [T5B6M140]

a)

Mengurangkan kuasa Raja-Raja

b)

Penyatuan pentadbiran tanah jajahan

c)

Menghapuskan pengaruh komunis

d)

Mengehadkan kemasukan imigran

32.

Jadual berikut menerangkan tentang hubungan tegang antara Malaysia dengan Indonesia.

20 Januari 1963

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia

Kempen Ganyang Malaysia

Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut? [T5B6M146]


I - Menceroboh ruang udara

II - Menghantar bantahan rasmi

III - Melancarkan pemberontakan

IV - Menyerang kapal-kapal nelayan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Sejak merdeka, Malaysia telah mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.


Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sistem tersebut? [T5B7M161]

a)

Perlembagaan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong

b)

Badan Kehakiman menggubal undang- undang

c)

Pentadbiran dikuasai monarki berkuasa mutlak

d)

Rakyat terlibat dalam pemerintahan negara

34.

Dialog berikut mungkin berlaku ketika penyerahan borang penamaan calon bagi pilihanraya kecil.

Pegawai Pilihan Raya : Maaf, saya terpaksa menolak borang permohonan encik.

Calon : Kenapa pula?


Mengapakah keadaan tersebut berlaku? [T5B7M179]

a)

Tidak menganggotai parti politik

b)

Belum mendaftar sebagai pemilih

c)

Menjalankan kegiatan perniagaan

d)

Tersenarai dalam individu muflis

35.

Apakah maksud lambang bulan sabit berwarna kuning dalam Jata Negara kita? [T5B7M188]

a)

Kedaulatan raja

b)

Perpaduan kaum

c)

Islam agama rasmi

d)

Hak istimewa Melayu

36.

Pada tahun 1956, nama Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Apakah tujuan penubuhan MARA? [T5B8M201]

a)

Mengenalpasti masalah penduduk

b)

Meningkatkan taraf hidup bumiputera

c)

Menjalankan penyelidikan pertanian

d)

Membangunkan bandar baru

37.

Rajah berikut menunjukkan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

X

Kurangkan beban kewangan kerajaan


Apakah X? [T5B8M207]

a)

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

b)

Dasar Persyarikatan Malaysia

c)

Dasar Pertanian Negara

d)

Dasar Penswastaan

38.

Mengapakah Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914 di Eropah? [T5B9M231]

a)

Serangan Jerman terhadap Poland

b)

Pembunuhan bakal pewaris takhta Austria

c)

Perluasan ideologi komunis

d)

Pembentukan kuasa Paksi

39.

Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.


Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut? [T5B9M244]

a)

Mengatasi masalah pencemaran

b)

Penyelarasan bantuan teknikal

c)

Menyediakan dana pendidikan

d)

Membanteras penyalahgunaan dadah

40.

Telefon --> Internet

Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan perkembangan teknologi tersebut kepada Malaysia? [T5B9M261]


I - Peningkatan kadar celik huruf

II - Perkembangan globalisasi

III - Pembentukan masyarakat berpengetahuan

IV - Penyebaran maklumat dalam masa yang singkat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV