wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 5- HABA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Suhu"?

a)

Unit piawai bagi haba

b)

Tenaga yang menjadikan bahan menjadi panas

c)

Ukuran darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek

d)

Pemindahan tenaga daripada kawasan yang panas ke kawasan yang sejuk

2.

Antara berikut yang manakah unit ukuran bagi suhu?

a)

Darjah Celcius (℃)

b)

Meter (M)

c)

Joule (J)

d)

Liter (L)

3.

Rajah menunjukkan bacaan suhu pada termometer. Apakah bacaan suhu termometer tersebut?

a)

40 Darjah Celsius

b)

43 Darjah Celsius

c)

44 Darjah Celsius

d)

46 Darjah Celsius

4.

Rajah menunjukkan sebatang sudu besi yang diletakkan di dalam segelas air panas. Apakah perubahan yang berlaku pada sudu besi tersebut selepas 1 minit?

a)

Sudu besi menjadi sejuk

b)

Sudu besi menjadi panas

c)

Sudu besi menjadi bengkok

d)

Sudu besi tidak mengalami sebarang perubahan

5.

Rajah menunjukkan semangkuk sup panas yang diletakkan di atas sebuah meja. Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sup panas daripada kehilangan haba dengan lebih cepat?

a)

Kacau sup panas itu dengan sudu

b)

Letakkan ketulan ais ke dalam sup panas itu

c)

Pindahkan sup panas itu ke dalam mangkuk yang lebih besar

d)

Tutup mangkuk yang berisi sup panas itu dengan sebuah piring

6.

Rajah menunjukkan sebuah bikar yang mengandungi air yang bersuhu 50℃ diletakkan di bawah Matahari. Antara berikut, yang manakah berkemungkinan suhu air di dalam bikar tersebut?

a)

60℃

b)

45℃

c)

25℃

d)

15℃

7.

Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Apakah kesimpulan bagi penyiasatan tersebut?

a)

Bebola besi mengecut selepas dipanaskan

b)

Bebola besi akan mengembang apabila menerima haba

c)

Bebola besi mengecut apabila menerima dan kehilangan haba

d)

Bebola besi mengembang apabila kehilangan haba dan mengecut apabila menerima haba

8.

Rajah menunjukkan beberapa landasan kereta api pada dua waktu yang berbeza. Apakah waktu P dan R?

a)

P: 6.00 am, R: 1.00 pm

b)

P: 1.00 pm, R: 6.00 am

c)

P: 2.00 pm, R: 1.00 pm

d)

P: 7.00 pm, R: 5.00 am

9.

Rajah menunjukkan seorang pekerja sedang memasang kabel elektrik di tepi jalan. Mengapakah kabel elektrik ini dipasang secara longgar?

a)

Supaya mudah diperbaiki

b)

Elakkan burung daripada terkena kejutan elektrik

c)

Elakkannya daripada terputus apabila cuaca sejuk

d)

Elakkannya daripada berubah bentuk pada cuaca panas

10.

Antara berikut, yang manakah aplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan bahan dalam kehidupan seharian?

a)

Kabel elektrik dipasang dengan tegang pada hari panas

b)

Ais yang diletakkan di dalam sebuah bekas menjadi cair pada suhu bilik

c)

Bebuli merkuri dalam termometer memberikan bacaan suhu bahan yang tepat

d)

Air di dalam gelas semakin berkurangan apabila diletakkan di bawah Matahari

11.

Apakah nama alat untuk mengukur suhu kepanasan?

a)

Termometer

b)

Termos

c)

Penunu Bunsen

d)

Kelalang Kon

12.

Jika air didih ditambahkan ke dalam bikar berisi air suam, apa yang akan terjadi kepada suhu air dalam bikar itu?

a)

Menaik

b)

Menjadi 100℃

c)

Menurun menjadi 0℃

d)

Tiada perubahan

13.

Pilih 2 yang BETUL.

Objek mengembang apabila:

a)

menyejuk

b)

dipanaskan

c)

terdedah kepada udara

d)

terdedah kepada Matahari

14.

Rajah menunjukkan sebuah botol cuka yang ditutup ketat dengan gabus. Apakah yang boleh dilakukan bagi mengeluarkan gabus dengan mudah tanpa merosakkannya?

a)

Panaskan gabus tersebut

b)

Rendamkan botol itu ke dalam air sejuk

c)

Panaskan dasar botol itu untuk seketika

d)

Letakkan botol bersama gabus ke dalam peti sejuk

15.

Ramalkan suhu air apabila sepuluh (10) kiub ais dimasukkan ke dalam air panas itu.

a)

40'C

b)

65'C

c)

80'C

d)

90'C