wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi Tingkatan 1 Bab 9: Petempatan

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenis petempatan yang terdapat di Malaysia? (pilih 2)

a)

Petempatan pinggir laut

b)

Petempatan bandar

c)

Petempatan tanah tinggi

d)

Petempatan luar bandar

2.

Apakah jenis petempatan dalam gambar di atas?

a)

Petempatan berkelompok

b)

Petempatan berpusat

c)

Petempatan bandar

d)

Petempatan berjajar

3.

Apakah jenis pola petempatan dalam gambar di atas?

a)

Petempatan berkelompok

b)

Petempatan berpusat

c)

Petempatan bandar

d)

Petempatan berjajar

4.

Ciri Petempatan Bandar di Malaysia ialah... (pilih 2)

a)

Jumlah penduduk > 10 000 orang

b)

Jumlah penduduk < 10 000 orang

c)

Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai

d)

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian

5.

Ciri Petempatan Luar Bandar di Malaysia ialah... (pilih 2)

a)

Jumlah penduduk > 10 000 orang

b)

Jumlah penduduk < 10 000 orang

c)

Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai

d)

Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian

6.

Bandaraya Miri, Sarawak merupakan bandar raya pertama di Malaysia yang bukan berstatus ibu negeri. Pada 20 Mei 2005, bandar raya ini telah diberi gelaran sebagai....

a)

Bandaraya Peranginan

b)

Bandaraya Perlombongan

c)

Bandaraya Perdagangan

d)

Bandaraya Pelancongan

7.

Kegiatan ekonomi utama melibatkan kawasan petempatan bandar merangkumi sektor..... (pilih 2)

a)

perkhidmatan

b)

perindustrian

c)

pertanian

d)

perladangan

8.

Kegiatan ekonomi utama melibatkan kawasan petempatan luar bandar merangkumi sektor..... (pilih 2)

a)

perkhidmatan

b)

perindustrian

c)

pertanian

d)

perladangan

9.

Berikut adalah ciri pola petempatan.........

1.Rumah atau bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk

2.Terdapat kemudahan yang melibatkan pusat perniagaan, pelabuhan dan rumah ibadat

a)

Berpusat

b)

Berjajar

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

10.

Berikut adalah ciri pola petempatan.........

1.Susun atur rumah adalah secara berkelompok dan terancang di sesuatu kawasan

2.Terdapat juga di kawasan petempatan Rancangan Pembangunan Tanah

a)

Berpusat

b)

Berjajar

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

11.

Berikut adalah ciri pola petempatan.........

1.Rumah atau bangunan dibina di sepanjang jalan raya dan di tepi pantai

2.Kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam

a)

Berpusat

b)

Berjajar

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

12.

Berikut adalah ciri pola petempatan.........

1.Kelihatan bertaburan dan tidak seragam

2.Rumah dan bangunan dibina secara berselerak dan berjauhan antara satu sama lain

a)

Berpusat

b)

Berjajar

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

13.

Berdasarkan gambar di atas, ia adalah pola petempatan....

a)

Berpusat

b)

Berjajar

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

14.

Berdasarkan gambar di atas, ia adalah pola petempatan....

a)

Berpusat

b)

Berjajar

c)

Berselerak

d)

Berkelompok

15.

Berikut adalah Fungsi Petempatan Bandar kecuali...

a)

Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor peniagaan dan sektor pelancongan

b)

Bandar yang melibatkan urusan import dan eksport

c)

Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kegiatan perlombongan dan cari gali

d)

Bandar yang menjalankan kegiatan penternakan lembu, kambing serta penternakan ikan air tawar

16.

Fungsi Petempatan Bandar ialah...(pilih 2)

a)

Bandar yang menjalankan kegiatan perlombongan melibatkan penerokaan sumber mineral

b)

Bandar yang melibatkan urusan import dan eksport

c)

Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kegiatan perlombongan dan cari gali

d)

Bandar yang menjalankan kegiatan penternakan lembu, kambing serta penternakan ikan air tawar

17.

Pilih bandar di raja yang betul.. (3 jawapan)

a)

Bandar Diraja Arau Perlis

b)

Bandar Diraja Pekan Pahang

c)

Bandar Diraja Klang Selangor

d)

Bandar Diraja Kulim Kedah

18.

Pilih bandar pendidkan yang betul...

a)

Bandar Pendidikan Skudai Johor

b)

Bandar Pendidikan Gambang Pahang

c)

Bandar Pendidikan Tanjung Malim Perak

d)

Bandar Pendidikan Shah Alam Selangor

19.

Pilih bandar pentadbiran yang betul...(pilih 2)

a)

Johor Bahru

b)

Petaling Jaya

c)

Kuantan

d)

Nilai

20.

1.Balai Raya

2.Pejabat Penghulu


Berikut adalah fungsi petempatan luar bandar dari segi...

a)

Ekonomi

b)

Politik

c)

Sosial

d)

Governan