WorksheetsBahasa Melayu (Kata Kerja Pasif 1)
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Seni silat gayung itu __________ oleh Megat dan rakan-rakannya.
dipelajari
dikuasai
"E-mel itu sudah __________ kepada Ariel malam tadi," kata Anas.
saya baca
saya kirim
Adunan kek mentega itu __________ oleh ibu dengan menggunakan tangan sehingga lembut.
dikacau
diuli
Alat permainan yang rosak itu sudah __________ oleh Encik Aqil dan rakan-rakannya.
dibaiki
dirawat
Bakul rotan ini __________ oleh Pak Cik Fatih dengan teliti sekali.
dianyam
disulam
"Penjenayah itu sudah __________ oleh pihak polis malam tadi," kata Fahim kepada Ashraaf.
diberkas
dikawal
"Tidak dapat __________ kata-katanya itu kerana dia tidak bersikap jujur," kata Fariz dalam hatinya.
kuteliti
kupercayai
Kain songket yang cantik ini __________ oleh para pekerja di kilang songket ibu saya.
ditenun
dijahit
Poster Gaya Hidup Sihat itu __________ oleh Qaireen pada papan kenyataan di belakang kelas.
diletak
ditampal
"Jangan __________ hati ibumu lagi kerana perbuatan itu tidak baik," pesan ayah kepada Islah.
kau sakiti
kau sayangi
"Air bandung yang enak ini __________ oleh kakak saya," kata Bunga kepada Zara.
dikacau
dibancuh
Pakaian yang sudah kering itu __________ oleh Khyra lalu diletakkan di dalam alamari pakaian dengan rapi.
dilipat
disidai
