NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Tatabahasa)
Total questions: 50
Worksheet time: 2hrs 40mins
“ _________________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba !” titah Tuanku Muadzam dengan murka.
Beta
Saya
Patik
Baginda
Kassim ___________________ bola dengan kuat hingga terkena pasu bunga neneknya.
menolak
menyepak
menggelecek
memegang
Beberapa ekor burung murai __________________ di atas dahan pokok di belakang rumah Amran.
berdesir
berkokok
berkicau
bersiul
Mereka ________________ sambil minum petang di anjung rumah.
bertitah
berfikir
bergurau
berbual
Pak Samad ____________________ basikalnya ketika menuruni bukit yang agak curam itu.
menonton
mengheret
memegang
menuntun
Kereta yang dipandu oleh ibu bergerak dengan _______________ kerana jalan sesak.
lancar
perlahan
lajak
cermat
Pak Abu menggunakan ________________ gergaji untuk memotong buluh bagi membuat tabung yang diminta anak saudaranya.
sepucuk
sebilah
sebatang
selaras
Kamil dan rakannya sedang mengait beberapa __________________ buah rambutan dengan sebatang galah.
ikat
gugus
cekak
tangkai
Tulisan Zaim seperti _________________ dan selalu ditegur oleh guru kelasnya.
kaki ayam
cakar ayam
ayam tambatan
ibu ayam
Mak Cik Esah ________________ melihat barang permainan yang berselerak di ruang tamu itu.
sakit mata
sengkang mata
main mata
putih mata
Puan Salwa bersetuju _______________ harga beg tangan yang ditawarkan oleh peniaga itu.
dengan
kepada
untuk
daripada
Nahas helikopter itu telah ______________________ juruterbang dan penumpang yang dipercayai berpunca daripada kerosakan enjinnya.
mengorbankan
mematikan
memusnahkan
menguburkan
Ayah telah ______________ sebentuk cincin kepada ibu pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.
di hadiahi
di hadiahkan
menghadiahi
menghadiahkan
I Cuaca buruk menyebabkan permainan ini terpaksa dibatalkan.
II Rumah yang buruk itu kelihatan baharu setelah dicat semula.
III Menjual besi buruk juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.
IV Salman tidak mempunyai banyak kawan kerana sikunya buruk.
I dan III
III dan IV
I, II dan III
I, II, III dan IV
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah kamu gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam ?
Saya gemar mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan.
Saya lebih tenang mengulang kaji pelajaran pada waktu itu.
Saya lebih suka mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
Saya mengulang kaji semua mata pelajaran penting pada masa itu.
I Pihak polis telah berjaya menahan penjenayah yang kejam itu.
II Kamilah berjalan tergesa-gesa lalu menahan sebuah teksi.
III Bekalan makanan untuk mangsa banjir itu menahan untuk seminggu.
IV Ayah menahan pagar yang condong itu dengan sebatang kayu.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
“Tuan Puteri Kesuma Dewi sedang bersantap bersama-sama keluarga ____________,” kata dayang kepada Bendahara.
beta
patik
tuanku
baginda
Nakhoda kapal itu mengarahkan anak-anak kapalnya agar ___________ sauh untuk membolehkan mereka naik ke darat.
meletakkan
melabuhkan
menjatuhkan
mencampakkan
Wajah ibu bapanya yang amat dikasihi sering ____________ dalam ingatan Jian Ling sepanjang penerbangannya ke tanah air.
meniti
merindui
menjelma
melingkar
Anak kecil itu ____________ dari pangkuan ibunya kerana hendak bermain-main.
berlungsur
melungsur
melungsuri
melungsurkan
Mak Limah duduk di bawah rumah sambil ______________ lidi untuk dibuat penyapu.
meraut
melarik
mengikis
menghiris
Pertarungan _______________ antara kedua-dua pasukan bola sepak itu menyebabkan Stadium Bukit Jalil riuh–rendah dengan sorakan penonton.
hebat
sengit
hangat
dasyat
“Dengan menggunakan se____________ kata ini, kamu dikehendaki menulis se_____________ ayat,” kata Cikgu Linda kepada murid-muridnya.
patah ...baris
buah ...buah
cebis ...deret
kerat ...perenggan
Beberapa ______________ cendawan tumbuh pada batang pokok getah yang reput itu.
kaki
kuntum
tangkai
kelopak
Peniaga itu seorang yang ___________ kerana tidak pernah menghulurkan derma untuk kerja kebajikan.
hati batu
makan suap
kepala angin
tangkai jering
Oleh sebab tidak tahan oleh leteran ibunya, dia terus ___________ dari tempat itu.
angkat kaki
angkat muka
angkat bakul
angkat tangan
Pesta buku yang diadakan di Dewan Tasik Putih itu akan berlangsung _________ hujung bulan ini.
di
pada
untuk
hingga
Kementerian Pelajaran sedang __________ usaha untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis.
mengemaskinikan
menguatkuasakan
melipatgandakan
menambahbaikan
Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Amran ternampak sebatang pokok tumbang _____________ jalan.
melintasi
merentasi
merintangi
menyusuri
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Murid-murid prasekolah menyertai acara merebut pundi kacang ke dalam bakul.
II Dia gagal merebut undi terbanyak bagi pemilihan pengerusi belia di kampungnya.
III Penulis itu berjaya merebut hati pembaca dengan gaya bahasa yang indah.
IV Ali ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang pernah dimenanginya dahulu.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
I Jambatan itu sudah siap bina.
II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.
III Nina mengikuti kursus seni bina di universiti.
IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.
I dan II
II dan III
I dan III
III dan IV
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menambahbaikan kelazatan masakan ikan patin?
Selain ikan patin, ikan sungai juga sangat lazat untuk dimakan.
Rempah ratus yang cukup dan ikan patin segar menjadikan masakan itu lazat.
Masakan ikan patin akan menjadi lazat sekiranya ikan itu tidak hanyir.
Masakan asam pedas memang menambahkan kelazatan ikan patin.
“Beta ingin __________ sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda.
beradu
bertitah
bersiram
berangkat
Puan Jastin sedang sibuk __________ juadah makan tengah hari untuk keluarganya yang akan pulang tidak lama lagi.
menyudipkan
mencedokkan
menyusunkan
menghidangkan
Tapak tangan emak saya __________ selepas mencangkul tanah untuk membuat batas di kebun sayurnya petang tadi.
melecet
meretak
merekah
menggerutu
Opah __________ adunan tepung itu bulat-bulat lalu dimasukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
menguli
menebar
mencanai
mengelek
Aliran air sungai itu menjadi semakin perlahan apabila sampai di kawasan ________ sungai yang dipenuhi sampah sarap.
hulu
kuala
tebing
pinggir
Sebelum majlis bermula, keadaan di luar dewan agak ________ dengan paluan kompang sebagai persediaan menyambut tetamu kehormat.
huru-hara
kacau-bilau
kucar-kacir
hiruk-pikuk
Pasukan tentera laut terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah se __________ lanun yang cuba menggugat keselamatan nelayan Malaysia di perairan Selat Melaka.
kawan
kumpulan
angkatan
gerombolan
Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______pisang emas pula ialah lapan ringgit.
sebiji ... sesisir
sebutir ... sesikat
sesisir ... setandan
sebutir ... setandan
Semasa bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah, janganlah pula ada yang mengambil kesempatan untuk __________.
mandi peluh
langkah kiri
akal kancil
curi tulang
Para penonton tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan pengadil pertandingan bola sepak itu _________________ .
berat sebelah
berat tangan
berat tulang
berat otak
Drama “Hati Tersakiti” mula ditayangkan di TV3 ________ minggu lepas.
dari
pada
kepada
selama
Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu ________ rumah banglo Datin Zawiyah.
di pagari
memagari
di pagarkan
memagarkan
Baru-baru ini Persatuan Bahasa Melayu SK Kampong Endah telah berjaya ________ lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur yang ________ oleh empat puluh orang murid.
diadakan ... disertai
keadaan ... disertakan
mengadakan ... disertai
pengadaan ... disertakan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Pertanyaan wartawan hiburan itu sulit untuk dijawab.
II Opah Leha menyimpan barang kemasnya di tempat sulit.
III Abdul Rahman sulit wang selepas dia diberhentikan kerja.
IV Maklumat sulit itu tidak boleh dihebohkan kepada orang ramai.
I dan III
II dan IV
I, II dan IV
I, III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul
I Sejak akhir-akhir ini cuaca pada waktu senja sangat cerah
II Pakaian berwarna cerah yang dikenakan amat sesuai dengan kulitnya itu.
III Berikan penerangan itu dengan cerah supaya mudah difahami oleh murid-murid.
IV Masa hadapannya cerah apabila berjaya mendapat ijazah dalam bidang perubatan.
I dan III
II dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai.
Setiap hari Isnin murid-murid akan
menyanyikan lagu “Malaysia Berjaya” di Ujana Minda.
Bilakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?
Di manakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?
Bila dan di manakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?
Bila dan mengapakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-16 __________ mencemar duli untuk hadir ke majlis penyerahan kunci kediaman di Program Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur.
berkenan
bersetuju
berkehendak
berkemampuan
Mak Teh __________ kedua-dua pasangan pengantin itu dengan air mawar.
menyembur
menyiram
merenjis
memercik
