wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 6: Kata Adjektif

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Budak lelaki itu melecur teruk akibat terkena minyak _______________. Dia ditempatkan di wad ICU, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

a)

kelat

b)

terik

c)

tawar

d)

panas

2.

Akibat terlalu lapar, pengemis itu makan dengan begitu­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­ _______________.

a)

cepat

b)

kasar

c)

gopoh

d)

gelojoh

3.

Biskut itu sudah _____________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

a)

lemau

b)

empuk

c)

lembik

d)

kembang

4.

Ketika berusia sembilan bulan, adik saya sudah ____________ bertatih.

a)

baik

b)

bijak

c)

fasih

d)

pandai

5.

Buaya adalah sejenis haiwan berdarah ______________ .

a)

sejuk

b)

manis

c)

panas

d)

masam

6.

Wanita yang memiliki wajah berbentuk _______________ sirih itu ialah mak cik saya.

a)

bujur

b)

tirus

c)

bulat

d)

lonjong

7.

Lukisan abstrak itu telah dilukis oleh seorang pelajar yang cukup ________.

a)

bijak

b)

bagus

c)

kreatif

d)

pandai

8.

Suara abang ____________ kerana terlalu lama bersorak semasa menyaksikan perlawanan bola sepak.

a)

serak

b)

lunak

c)

mersik

d)

nyaring

9.

Kaki nenek terseliuh kerana terjatuh di bilik air yang _________ itu.

a)

licin

b)

kesat

c)

kasah

d)

lembap

10.

Ibu berasa mual ketika menyiang ikan yang berbau ____________ itu.

a)

busuk

b)

hanyir

c)

tengik

d)

hamis

11.

kan keli, sepat dan patin merupakan sejenis ikan air _________________.

a)

tawar

b)

pahit

c)

manis

d)

masin

12.

Pada minggu lepas, kakak saya selamat melahirkan bayi perempuan yang sungguh _______________.

a)

cantik

b)

comel

c)

kacak

d)

manja

13.

Lipan boleh menyelinap dan menyelit ditempat-tempat yang tersembunyi kerana bentuk yang _______________.

a)

tirus

b)

leper

c)

bujur

d)

pipih

14.

Sang Kancil berjaya memperdayakan Sang Buaya kerana Sang Kancil seekor haiwan yang __________________.

a)

baik

b)

rajin

c)

maju

d)

cerdik

15.

Pokok rambutan di belakang rumah saya telah tumbang akibat ditiup angin __________ petang semalam.

a)

laju

b)

cepat

c)

lambat

d)

kencang

16.

Perasaan ______________ menyelubungi keluarga empat beradik yang mati lemas petang semalam tatkala jenazah mereka dikebumikan pagi tadi.

a)

sedih

b)

sayang

c)

terharu

d)

gembira

17.

Rasa buah jambu yang masih muda amat _____________ sekali.

a)

kelat

b)

maung

c)

pahit

d)

masam

18.

“Saya mahu kalian berkumpul di bawah pohon yang_________ itu,” arah Cikgu Mawi kepada murid-muridnya

a)

redup

b)

renek

c)

rendah

d)

rendang

19.

Iskandar tidak suka makan ubat yang ________________ itu.

a)

manis

b)

pahit

c)

tawar

d)

payau

20.

Suara Ziana yang _____________ itu telah membuka peluang kepadanya untuk berkecimpung dalam dunia hiburan.

a)

gurau

b)

kasar

c)

merdu

d)

nyaring