Font size
WorksheetsKUIZ ULANGKAJI GEOGRAFI TINGKATAN 2
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Skala peta membolehkan seseorang menentukan
A. arah sesuatu tempat dalam peta
B. jarak sebenar antara dua tempat
C. kepadatan penduduk sesuatu kawasan
D. ketinggian sesuatu kawasan dalam peta
Skala yang manakah menunjukkan jarak dalam jadual di bawah?
Kawasan berlorek dalam rajah di bawah dapat dikaitkan dengan
A skala lurus
B jarak relatif
C jarak mutlak
D skala penyata
Kedudukan sesuatu tempat dalam peta topografi boleh ditentukan dengan merujuk
A rujukan grid
B rujukan peta
C rujukan angka
D rujukan kedudukan
Maklumat yang berikut dapat dikaikan dengan kedudukan bumi di
A I
B II
C III
D IV
Apakah ciri iklim yang membolehkan kegiatan manusia dijalankan sepanjang tahun di Malaysia?
A Hujan lebat turun sekali sekala
B Musim panas yang panas dan panjang
C Musim sejuk yang sederhana dan singkat
D Suhu tinggi dan hujan lebat sepanjang tahun
Bagaimanakah pernyataan di bawah mempengaruhi iklim di Malaysia?
A Salji turun pada akhir tahun
B Satu musim kering yang panjang
C Mengalami empat musim yang nyata
D Menerima cahaya matahari sepanjang tahun
Namakan sistem angin yang ditunjukkan dalam peta di bawah.
A Angin Sumatera
B Angin Monsun Tenggara
C Angin Monsun Barat Daya
D Angin Monsun Timur Laut
Berdasarkan Rajah 2, pernyataan manakah benar?
I Jarumnya menunjuk ke arah utara
II Alat ini perlu digunakan bersama magnet
III Alat ini juga dikenal sebagai anemometer
IV Lazimnya digunakan oleh tentera di dalam hutan
A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I dan IV sahaja
Apakah pandang darat budaya yang dapat diwujudkan daripada pandang darat fizikal tanah tinggi?
Pertanian -Tanaman teh dan sayuran hawa sederhana
Perikanan - Petempatan nelayan,Pelabuhan
Sumber air - Paip saluran air
Kuasa Hidroelektrik - Empangan
Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri bagi sebuah peta lakar?
A. Bentuk
B. Warna
C. Petunjuk
D. Tulisan
Antara yang berikut, faktor yang manakah mempengaruhi pembinaan jaringan pengangkutan di sesuatu kawasan di Malaysia?
I Rendah dan rata
II Penduduk yang kurang
III Bebas daripada bencana alam
IV Kegiatan ekonomi yang pesat
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan arah…
A. hala tuju sesuatu tempat dari suatu tempat yang lain
B. bumi berputar pada paksinya
C. kedudukan dari satu tempat dalam kawasanya
D. garisan latitud dan longitud
Garisan yang membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan ialah
A. Garisan Artik
B. Garisan Jadi
C. Garisan Khatulistiwa
D. Garisan Sartan
Diantara berikut yang manakah benar tentang pernyataan di atas
A. Langkah – langkah menentukan arah mata angin
B. Langkah – langkah mengukur bearing sudutan
C. Terbit dan terbenam matahari
D. Mengukur jarak
Negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah
A. Johor
B. Kedah
C. Melaka
D. Terengganu
Mengapakan penggunaan teknologi terkini dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik di Malaysia?
A. Mewujudkan kesedaran kepada orang ramai
B. Meningkatan kos penyelanggaraan
C. Mengurangkan pencemaran bau
D. Meningkatkan kesan terhadap alam sekitar
Apakah lebuhraya yang terpanjang di Malaysia?
Lebuhraya Karak
Lebuhraya Persekutuan
Lebuhraya Timur-Barat
Lebuhraya Utara - Selatan
Peredaran bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya mengikut ________
arah pusingan jam
arah lawan pusingan jam
Jenis-jenis hujan di Malaysia ialah hujan bukit dan......
Hujan perenggan
Hujan kimia
Hujan ribut petir
Hujan perolakan
Pada musim tengkujuh, nelayan di pantai timur semenanjung Malaysia tidak dapat turun ke laut kerana
keadaan Laut China Selatan yang bergelora
Selat Melaka yang dilanda hujan ribut
hidupan laut seperti ikan makin berkurangan
tidak mendapat keizinan kerajaan
Apakah yang dimaksudkan dengan proses pemeluwapan.
Awan bertukar menjadi hujan
Keadaan di mana awan stratus bertukar kepada awan kumolonimbus
Wap air daripada permukaan bumi naik ke udara dan berkumpul membentuk debu yang akhirnya terjadi awan
Kejadian hujan bukit turun di bahagian laut.
Apakah nama awan yang terbentuk sebelum menurunnya hujan perolakan?
awan cirrus
awan stratus
awan nimbus
awan kumolonimbus
Hujan bukit turun di kawasan..
Pinggir laut
Tanah pamah
Tanah tinggi
Tanah tinggi yang menghadap udara lembap
Angin Monsun Timur Laut bermula daripada kawasan mana?
Benua Australia
Pedalaman Benua Asia
Pedalaman Benua Eropah
Benua Amerika
Bahagian cerun yang terlindung dan menerima hujan yang sedikit dikenali sebagai apa?
Kawasan tadahan hujan
Kawasan lindungan hujan
Kawasan hujan bukit
Kawasan hujan perolakan
Kejadian siang dan malam adalah kesan daripada
Pergerakan bumi
Peredaran bumi
Putaran bumi
