wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Wang Tahun 6

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Harga jual yang melebihi harga kos akan membuatkan peniaga _______________.

a)

Untung

b)

Rugi

c)

Diskaun

d)

Rebat

2.

Harga kos ialah harga yang ditawarkan oleh penjual kepada pembeli

a)

Betul

b)

Salah

3.

En Ahmad akan mengalami kerugian sekiranya harga jual barangan di kedainya kurang daripada harga kos

a)

Betul

b)

Salah

4.

Pasaraya Eco Ceria menawarkan ______________ dan ______________ sempena perayaan Tahun baru Cina yang lalu

a)

harga kos, harga jual

b)

untung, rugi

c)

diskaun, rebat

d)

faedah, aset

5.

__________________ ialah harga yang dikenakan kepada pembeli.

a)

Diskaun

b)

Rebat

c)

Harga jual

d)

Invois

6.

Penyata yang diberikan oleh Syarikat Peralatan Sukan Eng Lai kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh yang menunjukkan item dan harga item yang dibeli secara terperinci dikenali sebagai ____________________

a)

Cek

b)

Diskaun

c)

Bil

d)

Invois

7.

Bonus atau dividen ialah nama lain bagi __________________ yang diberikan oleh institusi kewangan

a)

Faedah

b)

Aset

c)

Liabiliti

d)

Diskaun

8.

Aset merupakan apa yang dimiliki seperti wang tunai dan harta benda manakala Liabiliti pula tanggungan kewangan atau hutang

a)

Salah

b)

Betul

c)

Tidak pasti

d)

Mustahil

9.

Harga kos sebuah buku ialah RM 5 manakala harga jualnya ialah RM 7.50.

a)

Untung RM 2.50

b)

Rugi RM 2.50

c)

Untung RM 12.50

d)

Rugi RM12.50

10.

___________________ akan diperoleh oleh pengguna sekiranya pengguna membuat simpanan atau pelaburan di bank.

a)

Aset

b)

Hadiah

c)

Faedah

d)

Keuntungan

11.

Harga kos 25 biji mangga ialah RM380. Jika mangga tersebut dijual dengan kerugian RM1.80 sebiji, berapakah harga jual sebiji mangga itu?

a)

RM17.40

b)

RM15.20

c)

RM16.20

d)

RM13.40

12.

Harga sebuah buku ialah RM28.50. Encik Hassan diberi diskaun sebanyak RM4.80 bagi setiap buku yang dibelinya. Berapakah jumlah harga yang dibayar oleh Encik Hassan untuk membeli 18 buah buku?

a)

RM436.60

b)

RM426.60

c)

RM513.00

d)

RM526.60

13.

Indra membeli 38 biji oren dengan harga RM190. Dia menjual semula oren itu dengan harga RM7 sebiji. Hitung keuntungan atau kerugiannya.

a)

Untung - RM68

b)

Rugi - RM30

c)

Untung - RM76

d)

Rugi - RM45

14.

Harga asal sehelai tuala ialah RM27. Berapakah harga tuala itu selepas diskaun sebanyak 25% diberikan?

a)

RM19.25

b)

RM18.25

c)

RM22.25

d)

RM20.25

15.
Tukarkan kepada sen bagi RM 9.60
a)
960 sen
b)
96 sen
c)
9600 sen
d)
9 sen