WorksheetsMembentuk Jawapan
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Pernahkah kamu bercuti di Pulau Tioman?
Ya, saya pernah bercuti di Pulau Tioman
Ya, inilah kali pertama saya bercuti di Pulau Tioman
Sudah semestinya, tetapi Pulau Tioman sangat indah
Kakak saya mengusahakan calet di Pulau Tioman
Benarkah kamu akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu?
Saya memang gemar mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
Ya, kalau tiada halangan saya akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
Sudah dua kali saya mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
Saya akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu minggu depan.
Sudah berapa lamakah sepupu kamu menjalankan perusahaan membuat batik?
Sepupu saya mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan.
Saya turut membantu sepupu saya menjalankan perusahaan membuat batik.
Kalau saya tidak silap hampir lapan tahun sepupu saya menjalankan perusahaan membuat batik itu
Ya, sepupu saya sepupu saya yang menjalankan perusahaan membuat batik itu.
Mengapakah kawasan perkelahan itu tidak dikunjungi orang ramai lagi?
Kawasan perkelahan itu terletak tidak jauh dari bandar.
Kawasan perkelahan itu diurus oleh jabatan perhutanan.
Kawasan perkelahan itu sangat terkenal di kalangan pencita alam.
Kawasan perkelahan itu sedang diubahsuaikan oleh pihak berkuasa.
Bilakah Ekspres Wau dari Tumpat akan tiba?
Ekspres Wau masih dalam perjalanan lagi.
Ekspres Wau itu belum tiba lagi.
Ekspres Wau itu belum bertolak lagi.
Ekspres Wau itu akan tiba sebentar lagi.
Bilakah kejadian itu berlaku?
Kejadian itu berlaku semalam.
Kejadian itu berlaku di simpang tiga itu.
Adik saya telah terkorban dalam kemalangan itu.
Kejadian itu berpunca daripada kecuaian orang
Bagaimanakah keadaan datuk kamu?
Datuk saya tinggal di kampung.
Datuk saya masih bertenaga.
Datuk saya bernama Hashim.
Datuk saya seorang guru silat.
Yang bertudung biru itu siapa?
Cikgu Ani memakai tudung biru ke sekolah.
Guru saya memakai tudung biru.
Gadis yang bertudung biru itu sangat cantik
Itu kakak saya.
Di manakah kamu membeli pasu antik ini?
Pasu antik ini banyak terdapat di negara China.
Saya membeli pasu antik ini di negeri China.
Orang-orang Cina pandai membuat pasu antik.
Pasu antik ini ialah hadiah daripada kawan saya.
Berapakah harga sekilo anggur ini?
Angur ini sangat manis.
Harga sekilo anggur ini ialah RM10.00.
Ini anggur budak sekolah.
Harga anggur ini sangat murah.
Mengapakah pemandu dilarang memandu kereta ketika mabuk?
Untuk mengelakkan kerosakan kepada kereta
Untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.
Untuk menyedarkan pemandu berkenaan.
Mengapakah kita dilarang membuang sampah-sarap ke dalam sungai?
Untuk mewujudkan kawasan pelancongan di sungai.
Untuk menjayakan kempen kebersihan sungai.
Untuk mengelakkan sungai daripada kotor.
Untuk mengelakkan berlakunya pencemaran air.
Mengapakah mereka yang disyaki menghidap demam denggi berdarah perlu mendapat rawatan segera?
Mereka yang menghidap demam denggi akan dipulaukan oleh masyarakat.
Jika dibiarkan, demam denggi berdarah boleh membawa maut.
Mereka yang disyaki menghidap demam denggi berdarah boleh mendapat rawatan di klinik.
Penduduk di bandar memang mudah dijangkiti demam denggi berdarah.
Di manakah borang penyertaan pentandingan melukis poster antidadah dapat diperoleh?
Pertandingan melukis poster antidadah ini terbuka kepada murid Tahap Dua.
Tarikh akhir menghantar borang penyertaan penyertaan ini adalah pada 12 Jun 2004.
Kamu dapat memperoleh boirang itu daripada guru penasihat Persatuan Seni dan Budaya.
Banyak hadiah menarik menunggu murid-murid yang berminat.
Bagaimanakah pemenang ditentukan dalam permainan congkak?
Pemain yang berjaya mengumpul buah yang terbanyak dalam suatu permainan dikira sebagai pemenang.
Congkak merupakan salah satu permainan tradisional yang popular pada masa dahulu.
Permainan congkak dipercayai berasal dari negara Parsi.
Permainan congkak sebenarnya memerlukan daya ingatan yang kuat.
Mengapakah kita memerlukan badan yang sihat?
Dapatkan rawatan doktor jika badan tidak sihat.
Badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas.
Dengan bersukan badan kita menjadi sihat.
Makanan yang sihat akan menyembuhkan penyakit.
Siapakah yang melaporkan perkara itu kepada pihak polis?
Melaporkan perkara itu kepada pihak polis ialah ketua kampung.
Perkara itu dilaporkan oleh pihak polis kepada ketua kampung itu.
Ketua kampung yang melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
Pihak polis yang melaporkan perkara itu kepada ketua kampung.
Mengapakah kawasan itu selalu ditenggelami air?
Kawasan itu selalu ditenggelami air kerana sistem perparitan yang tidak betul.
Banjir kilat selalu berlaku di kawasan itu kerana sistem perparitan yang tidak betul.
Kawasan itu mempunyai kawasan perumahan yang baru.
Ya, kawasan itu selalu ditenggelami air.
Mengapakah Kamal dan Azrin tidak dibenarkan bermain bola sepak?
Mereka tidak berpuas hati dengan corak latihan.
Mereka dilarang bermain bola sepak oleh Cikgu Shafie.
Larangan yang dikenakan terhadap mereka bermula sejak minggu lalu.
Mereka dilarang bermain bola sepak kerana belum pulih daripada kecederaan.
Bilakah tarikh luput makanan dalam tin itu?
Makanan dalam tin itu sudah luput tarikhnya.
Makanan dalam tin itu tahan lama.
Tarikh luput makanan dalam tin itu dua bulan lagi.
Makanan dalam tin itu akan diluputkan tarikhnya.
