wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JOM UJI MINDA

Total questions: 11

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Kehidupan Sazniwati ___________________________ semenjak tinggal bersama keluarga angkatnya yang kaya tetapi tidak membenarkannya keluar seorang diri.

a)

umpama burung di dalam sangkar, mata terlepas, badan terkurung

b)

umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

c)

umpama ayam menetas anak itik, anaknya ke air juga

d)

umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang

2.

Abang Safuan ___________________________ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.

a)

bagai si kudung mendapat cincin

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai kumbang putus tali

3.

Pelakon Maya Karin bagai ______________________ apabila dianugerahkan Pelakon Wanita Terbaik tahun 2007.

a)

melepas anjing tersepit

b)

bulan penuh purnama

c)

haruan makan anak

d)

itik pulang petang

4.

Pasangan Dato Khalid dan Datin Siti Norhasliza sememang sepadan jika disatukan laksana ___________________________

a)

lembu kasi

b)

batik lasam

c)

kunyit dengan kapur

d)

garam dengan asam

5.

Balasenan seperti ____________________________ kerana telah berjaya menjadi pemenang dalam peraduan menulis cerpen sempena Hari Kebangsaan yang lalu.

a)

katak disimbah air

b)

gagak pulang ke benua

c)

melukut di tepi gantang

d)

harimau menyembunyikan kukunya

6.

Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza ____________________________ .

a)

seperti tikus jatuh ke beras

b)

seperti langit dengan bumi

c)

seperti pungguk rindukan bulan

d)

seperti mentimun dengan durian

7.

Zulfa dan Hasnah tercengang-cengang apabila tiba di Bandaraya Kaherah ___________________________________ .

a)

seperti rusa masuk kampung

b)

seperti kerbau dicucuk hidung

c)

seperti kera mendapat bunga

d)

seperti si buta kehilangan tongkat

8.

Segala janji manis wakil insurans itu _________________________ kerana setelah mendapat pelanggan, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menyusu kera di hutan

c)

bagai anjing menyalak bukit

d)

bagai menanam tebu di bibir

9.

Perbuatan Imran menceritakan keburukan keluarganya itu

_____________________________ kepada jiran tetangganya.

a)

seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti menanam tebu di bibir

c)

seperti membuka pekung di dada

d)

seperti musuh dalam selimut

10.

Kehidupan Intan Najwa sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaganya ______________________________

a)

bagai menatang minyak yang penuh

b)

bagai kucing kehilangan anak

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

bagai aur dengan tebing

11.

Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di______________ kerana dia takutkan ombak.

a)

atas pagar

b)

luar pagar

c)

gigi air

d)

bawah angin