wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEM 1 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (SET 1)

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah penyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

A. Parlimen mengatasi Perlembagaan.

b)

B. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain.

c)

C. Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan

d)

D. Peruntukan dalam perlembagaan tidak boleh dimansuhkan.

2.

Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri?

I Biasiswa

II Perumahan

III Pendidikan

IV Perpustakaan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

3.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

I Tidak boleh dibuat pindaan

II Asas kepada pembentukan kerajaan

III Merupakan undang-undang tertinggi

IV Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

4.

Yang manakah benar tentang peruntukan agama bagi Persekutuan?

I Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam di Malaysia

II Ketua Negeri menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing

III Agama-agama lain bebas diamalkan walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan

IV Majlis Raja-Raja mesti dirujuk untuk membuat keputusan tentang apa-apa amalan dan upacara agama bagi seluruh Persekutuan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

5.

Anak: Dilahirkan di Kampung Delek

Ibu : Warganegara Thailand

Ayah : Seorang pemastautin tetap tetapi belum memperoleh kewarganegaraan.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai taraf kewarganegaraan anak di atas?

a)

A. Bukan warganegara

b)

B. Warganegara secara masukan

c)

C. Warganegara secara pendaftaran

d)

D. Warganegara secara kuatkuasa undang-undang

6.

Yang manakah benar tentang kebebasan diri?

I Seseorang pemastautin tetap boleh menyertai pilihan raya di Malaysia

II Semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas wajib mengundi

III Semua orang adalah sama di sisi undang-undang tanpa mengira keturunan, warna kulit atau agama

IV Semua orang yang ditangkap perlu dihadapkan kepada majistret dalam tempoh 24 jam hari bekerja

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

7.

Berumur 30 tahun

Telah menetap 12 tahun di Malaysia

Boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan

Yang manakh benar tentang pemberian taraf kewarganegaraan dalam penyataan di atas?

a)

A. Pendaftaran

b)

B. naturalisasi

c)

C. Percantuman wilayah

d)

D. Kuat kuasa undang-undang

8.

Yang manakah benar tentang hak asasi mengikut perlembagaan?

I Tangkapan oleh pihak berkuasa mestilah melalui waran tangkapan.

II Seseorang yang ditangkap mestilah diberitahu sebab penangkapannya

III Seseorang yang ditahan oleh pihak berkuasa mestilah dengan perintah majistret

IV Seseorang banduan mestilah dibenarkan untuk mengundi dalam sesuatu pilihan raya

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

9.

Yang berikut ialah perkara-perkara yang menyebabkan kewarganegaraan seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kecuali

a)

A. dia membuat permohonan kewarganegaraan dengan maklumat palsu

b)

B. ibu bapanya telah dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana terlibat dalam perbuatan mengkhianati negara


c)

C. dia tidak setia kepada raja dan negara

d)

D. dia menolak kewarganegaraannya secara sukarela

10.

Orang yang dilahirkan sebelum hari Malaysia dan sudan menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.

Orang yang dilahirkan di negara Malaysia pada Julai 1982.

Dengan cara apakah kewarganegaraan dapat diperoleh oleh kategori berikut?

a)

A. Kuatkuasa undang-undang

b)

B. Pendaftaran

c)

C. Masukan

d)

D. Percantuman wilayah

11.

Menurut Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu mesti lah

I menganut agama Islam

II bertutur dalam bahasa ibunda

III mengamalkan adat istiadat Melayu

IV dilahirkan di Persekutuan atau Singapura selepas hari Merdeka

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

12.

Yang manakah antara yang berikut benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri?

a)

A. Undang-undang persekutuan akan dibatalkan

b)

B. Undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

c)

C. Undang-undang persekutuan akan digunakan dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggahan sahaja

d)

D. Undang-undang yang bercanggahan itu akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

13.

Madhuri, seorang warganegara India berkahwin dengan Saktiseelan seorang warganegara Malaysia. Apakah syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Madhuri dapat menjadi warganegara Malaysia?

I Dia mesti bermastautin di Malaysia bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun

II Dia mendapat pekerjaan yang tetap di Malaysia

III Dia membuat permohonan melalui cara masukan

IV Dia berkelakuan baik

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. I dan IV

d)

D. III dan IV

14.

Yang manakah berkaitan dengan agama dalam Perlembagaan Persekutuan?

I Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan

II Kuasa menggubal undang-undang Islam merupakan kuasa Parlimen

III Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain

IV Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan agamanya

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

15.

Hak individu terhadap kebebasan asasi boleh dibahagi kepada dua iaitu

I Kebebasan mutlak

II Kekebasan bersyarat

III Kebebasan individu

IV Kebebasan menikmati kesamarataan

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV