Font size
WorksheetsPENDIDIKAN SENI VISUAL SPM ( SENI KRAF : ANYAMAN )
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?
A. Corak bunga pada seni ukiran
B. Corak atau motif flora pada seni batik
C. Corak atau motif fauna pada seni tekat
D. Corak yang terbentuk daripada proses menganyam
Mengapakah anyaman mementingkan ketegangan semasa melakukan proses anyaman?
A. Supaya hasil anyaman muda dibawa kemana-mana
B. Supaya hasil anyaman rapat dan tidak longgar.
C. Supaya hasil anyaman mudah ditanggalkan
D. Supaya hasil anyaman mendapat sambutan pembeli
Nyatakan langkah yang ditunjukkan pada gambar berikut dalam proses penghasilan anyaman?
Membuat tikar rotan
Membuat tapak bakul rotan
Membuat bingkai bakul rotan
Mematikan bahagian tepi anyaman
Mengapakah langkah dalam gambat tersebut dilakukan dalam proses penyediaan daun untuk anyaman?
A. Membuang daun pada mempulur daun
B. Menggelakkan daun daripada patah apabila dianyam
C. Membelah daun menjadi helaian yang lebih kecil sama saiz
D. Menjadikan daun lebih lembut dan tidak bergulung
Berikut merupakan bahan-bahan digunakan untuk menghasilkan anyaman KECUALI
Mengkuang
Mempelas
Pandan
buluh
Gambar berikut adalah sejenis bahan anyaman diperbuat daripada __________
lidi
rotan
buluh
mengkuang
Seni anyaman berkait rapat dengan cara hidup tradisional masyarakat ___________.
India
Melayu
Kadazan
Seni anyaman ialah proses __________ helaian bahan yang telah diproses secara silang-menyilang sehingga menghasilkan suatu bentuk produk.
menjalin
menyelit
melipat
menganyam
Berdasarkan gambar di atas, namakan motif seni anyaman yang betul.
Kelarai Bunga Api
Kelarai Bunga Cengkih
Kelarai Bunga Melur
____________ digunakan untuk memotong dan menetak daun pokok mengkuang.
Jangka
Pisau
Parang
Anyaman yang mempunyai motif berbentuk dam dikenali sebagai ....
Sulam
Tikar
Gadas
Kelarai
Terdapat banyak fungsi seni anyaman, contohnya nyiru. Apakah fungsi nyiru?
Menampi padi
Menutup sajian
Tirai
Bakul alas
Manakah antara berikut merupakan nyiru?
Apakah nama motif kelarai ini?
Kelarai Buntut Siput
Kelarai Bunga Cengkih
Kelarai Mak Mek
Kelarai Cik Kedah Berakar
Apakah proses yang dilakukan dalam penyediaan daun mengkuang pada gambar yang ditunjukkan?
Menjangka
Menjemur
Melayur
Melurut
