wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

IMBANGAN: PSV TINGKATAN 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan jenis imbangan tidak simetri?

a)

Sebuah buku

b)

Kapal terbang

c)

Sebatang pokok

d)

Gasing tradisional

2.

Apakah garisan yang membahagikan dua bahagian sesuatu objek?

a)

Garisan menegak

b)

Garisan beralun

c)

Garisan paksi

d)

Garisan tebal

3.

Manakah antara berikut merupakan fungsi imbangan?

a)

Menunjukkan pergerakan

b)

Mewujudkan penumpuan

c)

Menampakkan kelainan

d)

Mewujudkan kestabilan

4.

Apakah fungsi imbangan pada cermin mata?

a)

Keselesaan pengguna

b)

Kelihatan cantik

c)

Mudah dipakai

d)

Lebih ringan

5.

Imbangan bermaksud?

a)

kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, kedudukan dan tumpuan.

b)

perbezaan dan percanggahan dari segi berat, kedudukan dan tumpuan.

c)

kesamaan dan kesepadanan dari segi warna, jalinan dan bentuk sahaja

d)

kesamaan dan kesepadanan yang akan mewujudkan pemusatan tampak bagi menunjukkan pergerakan

6.

Imbangan dapat mewujudkan

a)

suasana yang padat, berjalinan dan berirama dala msesuatu gubahan

b)

suasana yang digambarkan sebagai hasil gubahan yang mempuntai irama dan pergerakan

c)

suasana yang harmoni, stabil dan kukuh dalam sesuatu gubahan.

d)

suasana yang tenteram, nyaman dan selesa dipandang dalam sesuatu hasil karya

7.

Apakah jenis imbangan pada perabot di atas?

a)

Asimetri

b)

Simetri

c)

Paksi

d)

Axis

8.

Terdapat dua jenis imbangan, iaitu

a)

Kira

b)

Simetri

c)

Sequal

d)

Asimetri

9.

Jenis imbangan boleh ditentukan dengan melukis satu ___________ di bahagian tengah sesuatu objek itu.

a)

garisan horizantal

b)

garisan zig-zag

c)

garisan paksi

d)

garisan beralun

10.

Ciri-ciri imbangan pada alam semula jadi ialah

a)

kedua-dua bahagian kapal terbang mempunyai persamaan bentuk.

b)

burung mempunyai dua sayap yang seimbang di kedua-dua belah badannya.

c)

cermin mata mempunyai bentuk seimbang untuk keselesaan penggunanya.

d)

motif dan corak hiasan pada wau mempunyai unsur imbangan di kedua-dua bahagian sayapnya.

11.

Ciri-ciri imbangan tidak simetri pada karya seni visual ialah

a)

Karya seni ini kelihatan seimbang walaupun tidak sepadan di kedua-dua bahagian.

b)

Seni arca mementingkan keseimbangan dari segi reka

bentuk tetapi ketidakstabilan arca ini membolehkannya berdiri teguh.

c)

Kedua-dua bahagian pokok tidak seimbang dari segi bentuk tetapi kedudukannya yang stabil memberi kekuatan pada pokok untuk berdiri teguh.

d)

Kerusi yang direka dengan kedua-dua bahagian yang

tidak seimbang masih kelihatan stabil dan boleh berdiri teguh.

12.

Imbangan Simetri bermaksud

a)

Gubahan yang tidak sama antara bahagian kiri dan kanan objek atau gubahan.

b)

Gubahan yang kelihatan sama hanya pada bahagian kiri dan kanan objek atau gubahan sahaja.

c)

Gubahan yang kelihatan sama antara bahagian kiri dan kanan objek atau gubahan.

d)

Gubahan yang dihasilkan berdasarkan kepada titik permulaan sesuatu garisan

13.

Imbangan Tidak Simetri (Asimetri) bermaksud?

a)

Gubahan yang sama di kedua-dua bahagian objek atau gubahan dan mempunyai ciri-ciri yang menampakkan kesan keseimbangan.

b)

Gubahan yang tidak sama di kedua-dua bahagian objek atau gubahan tetapi masih mempunyai ciri-ciri yang menampakkan kesan keseimbangan.

c)

Gubahan yang hampir sama di kedua-dua bahagian objek atau gubahan tetapi tidak mempunyai ciri-ciri keseimbangan

d)

Gubahan yang hampir sama wujud di kedua-dua bahagian kiri dan kanan sesuatu objek atau gubahan

14.

Imbangan pada sebuah gasing adalah untuk

a)

kelihatan cantik dan kemas melalui seni ragam hiasnya

b)

memastikan gasing tersebut berpusing tanpa berhenti sama sekali

c)

stabiliti dan membolehkannya berpusing dalam jangka masa yang lama.

d)

memberikan nilai estetik dari segi reka bentuk gasing tersebut

15.

Imbangan tidak simetri pada arca keris

a)

mewujudkan nilai estetik pada rekaanya.

b)

mencerminkan nilai budaya dan taraf ekonmi penduduk setempat

c)

menentukan arah jalan yang betul disamping sebagai mercu tanda

d)

memudahkan ia dibawa dalam keadaan yang selamat dan cepat