wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 8 Keradioaktifan 3C

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Tiga jenis sinaran radioaktif, P,Q dan R, dihalakan kepada kepingan kertas, kepingan aluminium dan kepingan plumbum. Antara sinaran berikut, yang manakah diwakili oleh P, Q dan R?

a)

P : Alfa

Q : Gama

R : Beta

b)

P : Beta

Q : Alfa

R : Gama

c)

P : Gama

Q : Alfa

R : Beta

d)

P : Gama

Q : Beta

R : Alfa

2.

Radioaktif manakah yang boleh digunakan untuk menentukan usia suatu fosil?

a)

Iodin - 131

b)

Carbon - 14

c)

Radium - 226

d)

Uranium - 235

3.

Rajah menunjukkan pesongan dua jenis pancaran radioaktif di dalam medan elektrik. Apakah jenis pancaran P dan Q?

a)

P = zarah alfa

Q = sinaran gama

b)

P = zarah beta

Q = sinaran gama

c)

P = sinaran gama

Q = zarah alfa

d)

P = sinaran gama

Q = zarah beta

4.

Salah seorang daripada pengkaji awal bahan radioaktif iaitu Marie Sklodowska telah mati akibat kesan sampingan daripada kajian yang dilakukannya. Apakah penerangan yang tepat untuk sebab-sebab kematiannya?

a)

Telah termakan makanan yang tercemar dengan bahan radioaktif

b)

Menderita penyakit kanser darah kesan pendedahannya secara langsung dengan bahan radioaktif

c)

Mati akibat letupan bahan radioaktif di dalam reaktor

d)

Mati terhidu asap yang dibebaskan oleh bahan radioaktif

5.

Mengapakah atom dalam rajah di bawah dikatakan neutral?

a)

Mempunyai bilangan neutron dan proton yang sama

b)

Mempunyai bilangan elektron dan proton yang sama

c)

Mempunyai neutron di dalam nukleus yang bersifat neutral

d)

Mempunyai elektron yang terletak di luar nukleus

6.

Mengapakah sinaran ultra ungu berbahaya kepada manusia?

a)

Menyebabkan kanser kulit sekiranya terdedah secara berlebihan

b)

Merencat pertumbuhan sel-sel kulit

c)

Menyebabkan kecacatan embrio dalam kandungan

d)

Menyebabkan kerosakan retina mata

7.

Sinaran mengion manakah yang mempunyai kuasa pengionan yang paling tinggi?

a)

Sinar -X

b)

Sinar gama

c)

Sinar beta

d)

Sinar alfa

8.

Mengapakah plumbum sesuai digunakan sebagai bekas sisa radioaktif?

a)

Mudah didapati

b)

Takat lebur yang tinggi

c)

Dapat menahan sinaran radioaktif

d)

Mempunyai separuh hayat yang panjang

9.

Apakah sinaran yang dipancarkan semasa proses pereputan radioaktif?

a)

Sinar -X

b)

Sinar beta

c)

Ultraungu

d)

Inframerah

10.

Apakah bahan radioaktif yang digunakan untuk menganggarkan usia fosil purba?

a)

Kobalt -60

b)

Karbon -14

c)

Natrium -24

d)

fosforus -32

11.

Siapakah yang menemukan sinar-X yang boleh menembusi tisu manusia?

a)

Ernest Rutherford

b)

Antoine Henri Becquerel

c)

Marie

d)

Wilhelm Conrad Rontgen

12.

semua berikut merupakan bahan radioktif KECUALI...

a)

POLONIUM

b)

HELIUM

c)

RADIUM

d)

URANIUM

13.

Bahan radioaktif bermaksud....

a)

unsur yang mempunyai nukleus yang stabil

b)

unsur yang mempunyai nukleus yang tidak stabil

c)

sebatian yang mempunyai nukleus yang tidak stabil

14.

Tiga contoh sinaran radioaktif ialah sinar alfa,gama dan beta..betul atau salah

a)

betul

b)

salah

15.

Keradioaktifan diukur dalam unit Becquerel(Bq) dan Unit Curie(Ci)

a)

benar

b)

palsu

16.

pereputan bahan radioaktif akan berlaku apabila ia bertindak balas dengan oksigen.

a)

benar

b)

palsu

17.

keradioaktifan adalah proses pemancaran sinar radioaktif secara spontan

a)

palsu

b)

benar

18.

Siapakah tokoh pertama yang menemukan sinar-X?

a)

Marie Curie

b)

Pierre Curie

c)

Wilhelm Roentgen

d)

Henri Becquerel

19.

Antara pernyataan-pernyataan berikut yang manakah merupakan ciri sinar beta?

a)

Zarah bercas positif

b)

Ianya adalah satu gelombang elektromagnet

c)

Mempunyai kuasa pengionan lebih tinggi daripada alfa

d)

Mempunyai kuasa penembusan lebih rendah daripada gama.

20.

Pernyataan manakah berikut benar tentang sinaran alfa?

a)

Mempunyai kuasa pengionan yang lebih rendah daripada sinaran beta

b)

Boleh dihentikan oleh kulit manusia

c)

Mempunyai cas negatif

d)

Merambat pada kelajuan cahaya