wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BAB PERKAHWINAN (BAB12-15 IBADAH TINGKATAN 5 KBSM)

Total questions: 87

Worksheet time: 44mins

Name
Class
Date
1.
Keperluan kepada pasangan dan teman hidup merupakan salah satu .................. manusia.
a)
fitrah
b)
imaginasi
c)
tambahan
d)
ugama
2.
Cantum atau himpun merupakan pengertian kahwin dari sudut
a)
bahasa
b)
istilah
c)
falsafah
d)
syariah
3.
Dari sudut istilah, perkahwinan adalah 
a)
akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan
b)
akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki melakukan persetubuhan sesama lelaki.
c)
akad yang menggunakan apa sahaja lafaz yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
d)
akad menyatakan persetujuan pihak lelaki mengahwini pihak perempuan.
4.
Hukum perkahwinan secara umum adalah
a)
Harus
b)
Sunat
c)
Haram
d)
Makruh
5.
Nyatakan hukum bagi situasi berikut:
Ahmad merasa terdesak untuk kahwin dan dia mampu berbuat demikian.
a)
Harus
b)
Sunat
c)
Makruh
d)
Wajib
6.
Nyatakan hukum bagi situasi berikut:
Zul seorang yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin. Bolehkah beliau berkahwin?
a)
Harus
b)
Haram
c)
Makruh
d)
Wajib
7.
Hikmah disyariatkan perkahwinan seperti berikut kecuali:
a)
memupuk kasih sayang
b)
menjalinka hubungan silaturrahim
c)
menyemai ketenteraman
d)
menunjukkan kemegahan
8.
Ciri bakal suami atau isteri yang patut diutamakan adalah seperti berikut:
a)
kaya
b)
keturunan bangsawan
c)
cantik
d)
berakhlak mulia
9.
Faktor yang mengharamkan perkahwinan adalah seperti berikut kecuali:
a)
Musaharah
b)
Nasab
c)
Penyusuan
d)
Perhambaan
10.
Anak saudara perempuan diharamkan dikahwini atas dasar
a)
Musaharah
b)
Nasab
c)
Penyusuan
d)
Perhambaan
11.
Ibu mertua termasuk golongan yang haram dikahwini disebabkan faktor
a)
Musaharah
b)
Nasab
c)
Penyusuan
d)
Perhambaan
12.
Perempuan yang telah ditalak 3 haram dikahwini
a)
selama-lamanya
b)
sementara
13.
Langkah awal dalam memilih calon isteri yang bersesuaian adalah
a)
bertunang
b)
meminang
c)
merisik
d)
melamar
14.
Meminang adalah
a)
langkah awal dalam proses memilih calon isteri
b)
lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
c)
melihat calon isteri supaya lebih terjamin
d)
menghantar rombongan menyiasat status bakal isteri
15.
Peminangan boleh dilakukan secara "SARIH" dan boleh juga secara "KINAYAH". Istilah "SARIH" merujuk kepada peminangan menggunakan ayat
a)
jelas
b)
kiasan
c)
pantun
d)
samar
16.
Rukun nikah adalah seperti berikut kecuali:
a)
Bakal pengantin
b)
Wali
c)
Saksi
d)
Kenduri
17.
Qabul merupakan istilah yang merujuk kepada
a)
lafaz yang diucapkan oleh wali.
b)
lafaz penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami
c)
lafaz untuk menceraikan isteri
d)
lafaz untuk tujuan rujuk kembali
18.
Mahar ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri juga dikenali sebagai
a)
mas kahwin
b)
hantaran
c)
rombongan
d)
hadiah
19.
Mahar boleh dibayar tunai atau hutang
a)
Like
b)
Dislike
20.
Hukum walimatul arus adalah
a)
harus
b)
sunat
c)
wajib
d)
makruh
21.

Apakah tujuan utama perkahwinan perlu mengikut syariat Islam?

a)

Merapatkan hubungan silaturrahim

b)

Menjamin perkahwinan itu sah

c)

Mendapat ganjaran pahala

d)

Memelihara maruah

22.

*Berkeinginan untuk berkahwin

*Berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin

*Tidak dikhuatiri melakukan kezaliman terhadap pasangannya.


Apakah hukum perkahwinan di atas?

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Wajib

23.

Antara berikut, manakah implikasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga Islam.


i-Pernikahan tidak sah

ii-Nama baik keluarga tercemar

iii-Menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat

iv-Terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

24.

Pilih penyataan yang benar mengenai perkahwinan.

a)

Hukum asal perkahwinan adalah wajib

b)

Perkahwinan berlawanan dengan fitrah manusia

c)

Orang yang tidak dapat mengawal nafsu wajib berkahwin

d)

Suatu akad yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan

25.

Yang berikut menerangkan tentang hikmah perkahwinan, kecuali.

a)

Mengembangkan zuriat yang bersih

b)

Mengelakkan perbuatan maksiat

c)

Menjamin kebahagiaan hidup

d)

Memupuk kasih sayang

26.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menangani perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang.


i- Kerjasama dari pihak berkuasa

ii- Memberi pendedahan undang-undang

iii- Mengenakan tindakan undang-undang

iv- Memisahkan pasangan yang berkahwin tidak mengikut undang-undang

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

27.

Penyataan manakah yang tidak benar mengenai faktor pasangan berkahwin tanpa mengikut undang-undang keluarga Islam?

a)

Kerjasama dari pihak mahkamah

b)

Pernikahan lebih mudah dilaksanakan

c)

Tiada pendedahan tentang ilmu undang-undang

d)

Tidak mendapat kebenaran ibu bapa

28.

Hukum perkahwinan bagi seseorang lelaki yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri adalah...

a)

sunat

b)

harus

c)

haram

d)

makruh

29.

Perkahwinan dapat menjauhkan seseorang daripada...

a)

keluarga

b)

maksiat

c)

kawan-kawan

d)

hukuman

30.

Saiful berhasrat untuk berkahwin secepat mungkin. Beliau bimbang dirinya akan terjerumus melakukan.


Apakah hukum berkahwin bagi Saiful?

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Sunat

d)

Wajib

31.

  1. Talak yang sesuai dengan dengan peraturan syarak dinamakan talak (a)   .

32.

Talak (a)   bermaksud talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.

33.

Perkara (a)   yang dibenci Allah S.W.T. ialah talak.

34.

Hukum menceraikan isteri yang berakhlak buruk adalah (a)   .

35.

Bilangan talak yang dibenarkan dalam Islam ialah (a)   kali talak.

36.

(a)   ialah talak yang menyalahi dengan peraturan syarak.

37.

Talak bain sugra merangkumi (a)   , fasakh dan ila’.

38.

Talak juga boleh berlaku dengan tulisan atau (a)   yang difahami.

39.

Syarat sah suami yang menjatuhkan talak ialah berakal dan (a)   .

40.

Talak raj’ie ialah talak satu atau dua yang belum tamat tempoh (a)   .

41.

“Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah

Hukum talak di atas ialah

a)

makruh

b)

haram

c)

harus

d)

wajib

42.

Pilih pernyataan yang tepat mengenai talak.

a)

Talak boleh dijatuhkan sesuka hati

b)

Talak hak suami sekalipun isteri tidak setuju

c)

Talak boleh dilafazkan ketika isteri sedang haid

d)

Talak hendaklah dilafazkan di hadapan saksi

43.

Apakah erti talak menurut bahasa?

a)

Tangguh

b)

Sayang

c)

Benci

d)

Cerai

44.

Berikut adalah rukun talak, kecuali

a)

Isteri

b)

Lafaz

c)

Saksi

d)

Suami

45.

• Boleh rujuk dalam tempoh iddah

• Tidak perlu akad dan mahar yang baru



Berdasarkan pernyataan di atas, talak tersebut ialah

a)

Taklik

b)

Raj’ie

c)

Bain sughra

d)

Bain kubra

46.

Encik Abu menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan tidak disetubuhi ketika suci.

Berdasarkan pernyataan di atas, namakan jenis talak bagi situasi tersebut

a)

Bain B C Sunni D Bid’ie

b)

Raj’ie

c)

Sunni

d)

Bid'ie

47.

Encik Abu menceraikan isterinya dengan talak satu ketika isterinya suci daripada haid dan tidak disetubuhi ketika suci.

Berdasarkan pernyataan di atas, namakan jenis talak bagi situasi tersebut

a)

Bain

b)

Raj’ie

c)

Sunni

d)

Bid'ie

48.

Pilih contoh lafaz talak yang betul

a)

“Aku ceraikan engkau untuk tempoh empat bulan”.

b)

“Engkau tertalak sekiranya engkau ingkar”.

c)

“Aku ceraikan engkau sekarang”.

d)

“Perkahwinan kita dibatalkan”.

49.

Berikut adalah hikmah talak kecuali

a)

Memberi peluang kepada pasangan yang tiada persefahaman untuk memulakan hidup baru

b)

Menyedarkan pasangan tentang kepentingan menghayati ajaran Islam

c)

Menyedari kesalahan dan menginsafi kelemahan masing-masing

d)

Memberi pengalaman kepada setiap pasangan

50.

Talak Bain Kubra bermaksud

a)

Talak yang boleh dijatuhkan sesuka hati

b)

Talak boleh dilafazkan ketika isteri sedang haid

c)

Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad yang baru

d)

Talak yang haram bekas suami mengahwini semula kecuali selepas isterinya berkahwin lain

51.

Manakah antara yang berikut bukan syarat suami yang menceraikan isteri?

a)

baligh

b)

berakali

c)

kemahuan isteri

d)

tidak dalam ihram

52.
  • -Talak yang menyalahi peraturan syarak
  • -menceraikan isteri ketika haid
  • -hukumnya haram tetapi sah


Pernyataan di atas merujuk kepada :-

a)

Talak Taklik

b)

Talak sunni

c)

Talak Raj'i

d)

Talak Bid'i

53.

Hukum talak bagi Encik Fadhil yang tidak mampu melaksanakan kewajipan kepada isteri dan anak-anak ialah

a)

wajib

b)

sunat

c)

harus

d)

makruh

54.

Pernyataan manakah yang menerangkan tentang hak isteri yang diceraikan talak satu atau talak dua?


i boleh menerima lamaran daripada lelaki lain

ii boleh berkahwin dengan lelaki pilihannya

iii dilarang keluar tanpa izin suami

iv berhak mendapat nafkah zahir

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

55.

Pernyataan manakah yang tidak menerangkan tentang syarat isteri yang dirujuk

a)

masih dalam tempoh iddah

b)

bukan diceraikan secara fasakh

c)

bukan yang diceraikan talak tiga

d)

isteri yang diceraikan secara khuluk

56.

Berikut adalah syarat-syarat isteri yang dirujuk


i masih dalam tempoh iddah

ii dijatuhkan talak tiga

iii telah disetubuhi oleh suami

iv perceraian dilakukan secara khuluk

a)

i dan iii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

57.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai idah perempuan yang bercerai dengan suaminya?

a)

isteri yang tidak hamil iddahnya tiga kali suci

b)

isteri yang belum disetubuhi tiada iddah

c)

isteri yang telah putus haid, iddahnya selama empat bulan

d)

isteri yang hamil, iddahnya hingga melahirkan anak

58.

Berikut adalah hak dan status isteri selepas iddah


i bebas menentukan kehidupannya sendiri

ii tiada hubungan dengan bekas suami

iii tidak boleh dipinang oleh lelaki lain

iv tidak berhak berkahwin semula

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

59.
  • -memberi penghormatan kepada suami yang meninggal dunia
  • -menzahirkan kepentingan dan kesucian ikatan perkahwinan


Hikmah di atas adalah berhubungkait dengan..

a)

fasakh

b)

rujuk

c)

talak

d)

iddah

60.

Yang berikut adalah sebab yang mengharuskan seseorang isteri menuntut fasakh, kecuali

a)

suami hilang

b)

suami berkahwin lain

c)

suami melakukan kezaliman

d)

suami tidak memberi nafkah

61.

Pernyataan manakah yang menerangkan tentang kesan fasakh?


i isteri berhak mendapat nafkah

ii isteri boleh menuntut harta sepencarian bersama

iii suami isteri tidak boleh rujuk dalam tempoh iddah

iv mereka boleh berkahwin semula dengan akad nikah yang baru

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

62.

Apakah maksud khuluk menurut syarak?

a)

perceraian suami dan isteri

b)

perceraian yang dituntut oleh isteri

c)

perceraian atas perintah mahkamah

d)

perceraian yang berkaitan dengan bayaran tertentu

63.

Apakah hukum khuluk dalam Islam?

a)

Sunat

b)

Harus

c)

Makruh

d)

Haram

64.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai hikmah pensyariatan khuluk?

a)

bukti penghormatan kepada isteri

b)

isteri bebas memilih pasangan hidup

c)

mengelakkan sifat ego suami yang suka menyalahgunakan kuasa

d)

mengelakkan kemungkinan isteri melakukan penderhakaan (nusyuz)

65.

Berikut adalah akibat nusyuz terhadap isteri


i tidak dimurkai Allah

ii hilang segala hak nafkah

iii tidak berhak menerima harta pusaka

iv hilang giliran bermalam jika bermadu

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

ii dan iv

66.

Antara berikut, manakah yang tidak menunjukkan isteri nusyuz kepada suami?

a)

bersikap kasar sama ada dengan perkataan atau perbuatan terhadap suami

b)

keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab munasabah

c)

ingkar perintah suami yang bercanggah dengan syarak

d)

enggan melayan suami ke tempat tidur

67.

Berikut ialah syarat sah akad ijab dan qabul dalam akad nikah kecuali

a)

Diantara ijab dan qabul tidak boleh diselangi dengan kata-kata lain

b)

Ijab dan qabul menggunakan lafaz sorih

c)

Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau tajwiz

d)

Lafaz sighah diikuti dengan masa tertentu

68.

Wali mujbir merujuk kepada

a)

Bapa sahaja

b)

Bapa dan Datuk

c)

Saudara Lelaki sahaja

d)

Datuk, Bapa dan Saudara lelaki

69.

Antara berikut yang manakah rukun nikah

a)

Mahar

b)

Meminang

c)

Sighah

d)

Walimatul Urus

70.

Maksud adil bagi wali dalam perkahwinan ialah:

a)

Tidak berlaku zalim kepada mana-mana pihak

b)

Tidak mempunyai kecacatan

c)

Tidak bersifat pilih kasih

d)

Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil

71.

Wali ialah orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang hendak berkahwin. Antara syarat wali ialah:

a)

Bertanggung jawab

b)

Berakal

c)

Berharta

d)

Jujur

72.

Ibu mertua merupakan perempuan yang haram dikahwini dengan sebab

a)

Qarobah

b)

Susuan

c)

Musoharoh (persemendaan)

d)

Nasab

73.

Ahmad menceraikan suhaila yang sedang mengandung . Beliau bercadang untuk menikahi anak tirinya (anak Suhaila). Apakah sebab yang menghalang Ahmad dari menikahi Suhaila?

a)

Faktor Keturunan

b)

Suhaila telah disetubuhi

c)

Suhaila masih gadis

d)

Suhaila belum melahirkan anak

74.

Seorang bayi hanya diiktiraf sebagai anak susuan apabila disusukan sebanyak __________ kali kenyang

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

75.
Maksud Kahwin pada bahasa
a)
Lamaran
b)
Halalkan hubungan
c)
Cantum
d)
Ijab
76.
  • mendidik dan memelihara anak-anak
  • mengekalkan kerukunan rumahtangga
  • menghubungkan silaturrahim antara keluarga


pernyataan di atas merujuk kepada________

a)

tanggungjawab isteri

b)

tanggungjawab suami

c)

tanggungjawab bersama

d)

tanggungjawab ibu bapa

77.

pilih pernyataan yang benar tentang syarat-syarat ijab?

a)

sebutan difahami oleh pengantin lelaki dan 2 saksi

b)

sebut nama bakal isteri atau ganti namanya

c)

dilafazkan oleh pengantin lelaki

d)

dilafazkan oleh wali atau wakil

78.

kabul hendaklah dilafazkan oleh suami atau _________

a)

bapa

b)

datuk

c)

wakil wali

d)

wakil suami

79.

manakah antara berikut bukan syarat saksi perkahwinan?

a)

berakal

b)

beragama islam

c)

memahami lafaz akad

d)

memiliki kelulusan tinggi

80.

melakukan upacara tepung tawar semasa walimatulurus mengandungi insur

a)

membazir

b)

khurafat

c)

maksiat

d)

bidaah

81.

Mengapakah Islam mengharuskan seseorang lelaki melihat bakal isterinya

a)

Supaya berpuas hati dengan pilihan yang dibuat

b)

Dapat membuat keputusan yang cepat

c)

Dapat menilai dengan calon yang lain

d)

Dapat mengelak berlaku penipuan

82.

· Tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil perempuan sebagai isteri.

· Pihak lelaki harus memberi hadiah kepada pihak perempuan.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

mahar

b)

merisik

c)

meminang

d)

mas kahwin

83.

Semua yang berikut merupakan rukun nikah, kecuali

a)

wali

b)

imam

c)

bakal isteri

d)

bakal suami

84.

Orang yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa persetujuan dengan syarat bakal suaminya adalah sekufu ialah

a)

wali mujbir.

b)

wali hakim.

c)

saudara lelaki.

d)

wali bukan mujbir.

85.
Apakah hukum mengadakan jamuan walimatulurus?
a)
Wajib
b)
Harus
c)
Sunat
d)
Sunat muakkad
86.

Berikut adalah contoh maksiat semasa walimatulurus dilaksanakan, KECUALI

a)

pergaulan bebas lelaki dan perempuan

b)

pendedahan aurat lelaki dan perempuan

c)

hiburan dan muzik yang keterlaluan

d)

makanan yang lazat dan mewah

87.

Pilih pasangan yang tepat, mengenai ciri wanita pilihan menurut hadis Rasulullah SAW

a)

cantik - berharta - berwibawa - solehah

b)

cantik - berpangkat - berharta - solehah

c)

cantik - berharta - berketurunan - solehah

d)

cantik - berketurunan - bekerjaya - solehah