wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 7.2 TAMADUN CHINA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China. Apakah kepentingan peperiksaan tersebut kepada seseorang individu?

a)

Menerima penghormatan

b)

Meningkatkan taraf sosial

c)

Menjadi pegawai di istana raja

d)

Melanjutkan pelajaran ke luar negara

2.

Apakah ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam China?

a)

Berasaskan falsafah legalisme

b)

Terbuka kepada calon lelaki sahaja

c)

Mengekalkan tradisi dan budaya China

d)

Berubah mengikut kesesuaian masa

3.

Sebelum peperiksaan berlangsung, calon-calon peperiksaan akan dikurung.

Mengapakah tindakan tersebut perlu diambil?

a)

Mencegah penipuan

b)

Menenangkan penipuan

c)

Menjamin kualiti peperiksaan

d)

Mengelakkan ketidakhadiran calon

4.

Dalam masyarakat China, seseorang individu boleh meningkatkan taraf sosialnya ke arah kehidupan yang lebih baik. Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?

a)

Menyertai pasukan tentera

b)

Mencari kehidupan di bandar

c)

Terlibat dalam aktiviti perdagangan

d)

Lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam

5.

Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan masyarakat China. Peperiksaan tersebut adalah berkisarkan …

a)

Salasilah kerabat diraja

b)

Sejarah negara China

c)

Sembilan Buku Suci

d)

Sistem perundangan

6.

Ganjaran seperti mendapat pangkat tinggi dalam kerajaan dan memperoleh pelbagai keistimewaan untuk diri, keluarga dan kampungnya hanya diperoleh sekiranya seseorang itu lulus peperiksaan …..

a)

Xiucai

b)

Juren

c)

Jinshi

d)

Shiji

7.

Apakah keistimewaan yang diterima oleh calon yang lulus peperiksaan tahap kedua (Juren)?

a)

Menjadi pengiring maharaja

b)

Pangkat tinggi dalam kerajaan

c)

Mempunyai kakitangan pengiring

d)

Kakitangan kerajaan peringkat rendah

8.

Bolehkah wanita menduduki peperiksan perkhidmataan awam Tamadun China?

a)

Boleh

b)

Tidak

9.

Mengapakah masyarakat tamadun China menyanjung tinggi pelaksanaan sistem peperiksaan awam ?

I mengikut arahan pemerintah

II menjadi rakyat yang patriotik

III mendapat jawatan dalam kerajaan

IV meningkatkan taraf hidup yang lebih baik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Maklumat tersebut berkaitan dengan sistem peperiksaan perkhidmatan awam Tamadun China.


Dimanakah peperiksaan Juren diadakan?

a)

Ibu kota kerajaan

b)

Ibu kota daerah

c)

Kampung

d)

Daerah

11.

Berapakah kadar kelulusan yang ditetapkan oleh sistem peperiksaan perkhidmatan awam pada tahap pertama?

a)

1 : 120

b)

1 : 25

c)

1 : 35

d)

1 : 100

12.

Berapakah tempoh peperiksaan perkhidmatan awam pada peringkat berikut?

a)

7 hari

b)

10 hari

c)

11 hari

d)

13 hari

13.

Encik X telah lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam tahap pertama.


Apakah keistimewaan yang akan diterima oleh beliau?


I - Butang keemasan

II - Majlis Santapan Diraja

III - Tanda Nama di pintu masuk

IV - Kakitangan pengiring

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Dinasti Han muncul sebagai kerajaan paling utama di China semasa pemerintahan Raja Zheng yang kemudiannya memakai gelaran Maharaja Shi Huangdi.

a)

Betul

b)

Salah

15.

Pendidikan di China telah bermula sejak zaman Dinasti Shang dan berkembang ketika zaman Dinasti Zhou.

a)

Betul

b)

Salah

16.
"Juren"
"Xiucai" 
"Jinshi"
Tiga perkataan di atasa merujuk kepada..
a)
Nama pemerintah
b)
Nama Dinasti 
c)
Tahap peperiksaan
d)
Tiada maksud
17.
Potret ini merujuk kepada Maharani Dowager Cixi. Apakah tindakan beliau terhadap sistem peperiksaan awam tamadun China?
a)
Mengasaskan peperiksaan awam
b)
Mengetatkan peraturan peperiksaan awam
c)
Menekankan aspek nilai dan etika 
d)
Memansuhkan peperiksaan awam
18.

Dua Dinasti terkenal dalam tamadun China ialah

a)

Qin & Han

b)

Tang & Zho

c)

Ling & Zhi

d)

Qin & Tang

19.

Apakah gelaran Maharaja yang digunakan oleh Liu Bang?

a)

Maharaja Han Fei Zi

b)

Maharaja Shi Huangdi

c)

Maharaja Han Wu Di

d)

Maharaja Gaozu

20.

Sistem peperiksaan perkhidmatan awam Tamadun China berpandukan kepada kandungan buku

a)

Three books & Four Classics

b)

Four books & Five Classics

c)

Five books & Six Classics

d)

The books of classics