NEW
Font size
WorksheetsTahun 6 - Kemahiran Proses Sains
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Menggunakan pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama merujuk kepada.......
Memerhati
Membuat Inferens
Meramal
Mengelas
Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian
Membuat Inferens
Berkomunikasi
Mengelas
Meramal
Lima ekor ikan dimasukkan ke dalam sebuah akuarium kecil berisi air mineral dan diberikan bekalan makanan dan oksigen yang mencukupi. Namun, selepas 10 minit, salah seekor ikan telah mati.
Apakah inferens yang paling munasabah bagi perkara ini?
Ikan itu telah mati akibat kekurangan oksigen.
Ikan itu telah mati akibat berlaku persaingan sesama sendiri.
Ikan itu telah mati akibat kekurangan makanan.
Ikan itu telah mati akibat keracunan air.
"Membanding masa, jarak, luas, dan isipadu dengan unit yang berkaitan"
Pernyataan di atas merujuk kepada kemahiran proses sains ___________
Membuat Inferens
Berkomunikasi
Meramal
Mengukur dan menggunakan nombor
Rajesh mahu mengetahui isi padu sebutir batu dengan menggunakan air dan silinder penyukat.
Apakah definisi secara operasi bagi isi padu batu itu?
Isi padu batu ialah beza antara isi padu air sebelum batu dimasukkan dan selepas batu dimasukkan ke dalam silinder penyukat.
Isi padu batu ialah jumlah luas permukaan didarabkan dengan ketinggiannya.
Isi padu batu boleh ditentukan dengan formula matematik.
Isi padu batu ialah saiz ruang yang dipenuhinya.
Manakah antara berikut merupakan aktiiviti yang terakhir dalam mengeksperimen?
Menyatakan persoalan bagi suatu masalah
Menentukan kaedah dan alat radas
Membuat laporan
Membuat hipotesis
Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.
Memerhati
Membuat Inferens
Meramal
Berkomunikasi
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk
mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena.
Memerhati
Mengelas
Meramal
Membuat inferens
Maklumat berikut adalah salah satu daripada langkah-langkah mengeksperimen.
[Menentukan kaedah menganalisis data]
Manakah langkah yang perlu dilakukan selepas langkah di atas?
Membuat hipotesis
Mentafsir data
Merancang eksperimen
Mengawal pemboleh ubah
Nyatakan kemahiran manipulatif berdasarkan gambar ini?
Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat
Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat
Apakah maksud "mendefinisi secara operasi"?
Mengenal pasti pemboleh ubah yang mempengaruhi suatu penyiasatan
Menyatakan apa yang dilakukan dan diperhatikan bagi satu situasi
Membuat satu penerangan berdasarkan data
Menyatakan kemungkinan bagi suatu peristiwa
Antara berikut, yang manakah pernyataan masalah?
Haba ialah sejenis serangga.
Objek panas mengeluarkan haba.
Adakah haba mempengaruhi jenis objek?
Semakin panas objek, semakin besar saiznya.
"Menggunakan pelbagai deria"
Pernyataan di atas berkaitan kemahiran proses sains __________
Meramal
Memerhati
Membuat Inferens
Mengelas
Saya membuat pemerhatian dengan menggunakan deria
penglihatan, makanan, sentuhan, rasa atau bau.
penglihatan, pendengaran, sentuhan, makanan atau bau.
penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau minuman .
penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.
Apakah kemahiran manipulatif berdasarkan gambar?
Melakarkan spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat
Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat
Membersihkan peralatan dengan betul dan selamat
Semakin bertambah aktif aktiviti murid, semakin bertambah kadar pernafasan.
Apakah pernyataan di atas?
inferens
ramalan
hipotesis
langkah
