wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 6

Total questions: 15

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Puan Nur Alia : Assalamualaikum encik. ________ hendak sekilo udang galah, sekilo ketam dan sepotong kepala ikan merah, ________ jumlah harganya?

a)

Kami ... apakah

b)

Awak ... siapakah

c)

Saya ... berapakah

d)

Kita ... bagaimanakah

2.

Premis itu telah diserbu oleh beberapa orang pegawai penguat kuasa tempatan kerana disyaki menjual ________ tiruan kepada orang ramai.

a)

ubat-ubatan

b)

manis-manisan

c)

bunga-bungaan

d)

wangi-wangian

3.

Para peserta Kem Kembara Belantara itu perlu berhati-hati semasa melalui titi itu kerana kebanyakan kayunya sudah ________.

a)

meretak

b)

mereput

c)

merekah

d)

merapuh

4.

Bangunan Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah itu sentiasa dipulihara ________ dikekalkan sebagai khazanah ________ tatapan generasi yang akan datang.

a)

dan ... pada

b)

lalu … untuk

c)

untuk … bagi

d)

untuk ... kepada

5.

“Semua bangku di taman permainan itu ________ digantikan dengan bangku yang baharu sedikit masa lagi,” kata pegawai majlis perbandaran itu.

a)

akan

b)

telah

c)

masih

d)

pernah

6.

_________ Murid yang memperoleh 6A dalam UPSR akan menerima sumbangan lima puluh ringgit daripada Yang Dipertua PIBG.

a)

Setengah

b)

Segelintir

c)

Sebahagian

d)

Semua

7.

Pak Cik Syamsudin mengambil upah ________ kelapa di kebun kepunyaan beberapa orang penduduk kampungnya.

a)

mengait

b)

memetik

c)

mengopek

d)

membelah

8.

Putera Nazreen Shah sedang nyenyak ________ di kamarnya kerana baginda terlalu penat mengikut ayahandanya berburu semalam.

a)

beradu

b)

bertitah

c)

bersiram

d)

bersantap

9.

Banyak pelanggan terpedaya dengan tipu helah segelintir peniaga yang sanggup menjual barang tiruan pada harga yang tinggi.

Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah

a)

seperti gergaji dua mata

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti anjing menyalak bukit

d)

seperti lintah menghisap darah

10.

Saya dapat menikmati panorama indah ketika mengunjungi “Underwater World Langkawi” ketika bercuti hujung tahun lepas.

Pilih perkataan sinonim bagi menikmati.

a)

mendapati

b)

mengingati

c)

menghayati

d)

menggemari

11.

Guru besar menyampaikan amanat kepada murid-murid tahun enam ketika perhimpunan khas sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan pada pagi itu.


Pilih perkataan antonim bagi amanat.

a)

nasihat

b)

teguran

c)

renungan

d)

cadangan

12.

Pilih kata tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan dijangka berlaku pada hari minggu, dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.

a)

Bilakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku?

b)

Mengapakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku?

c)

Siapakah yang memaklumkan tentang gangguan bekalan air itu?

d)

Apakah punca berlakunya gangguan bekalan air selama lima belas jam itu?

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mereka memancing ikan di sungai itu daripada pagi hingga lewat petang.

b)

Pemain bola yang beraksi ke padang itu ialah pemain baharu kelab tersebut.

c)

Oleh kerana kos pengeluaran telah meningkat, harga barang turut meningkat.

d)

Mural pada dinding bangunan sekolah kluster itu dipenuhi dengan mutiara kata

14.

Pilih ayat yang betul.

I Beberapa daerah di Selangor akan terlibat dalam catuan bekalan air mulai hari ini.


II Para peniaga tidak berpuas hati terhadap tindakan pengguna menaikkan harga gula.


III Kita mestilah membuat perancangan yang teliti agar projek belia itu berjalan lancar.


IV Orang ramai diminta memikirkan cara yang terbaik untuk menangani masalah sosial.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Selepas menggosok almari itu dengan kertas pasir, ayah menyapunya dengan varnis.

a)

Varnis yang ayah sapu pada almari itu akan digosoknya dengan kertas pasir.

b)

Ayah menyapu varnis pada almari yang telah digosoknya dengan kertas pasir itu.

c)

Kertas pasir itu digosok oleh ayah pada almari yang telah disapu dengan varnis.

d)

Almari itu perlu disapu dengan varnis sebelum ayah gosok dengan kertas pasir.