WorksheetsULANGKAJI SEJARAH TAHUN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Menurut Profesor Emiritus Tan Sri Khoo Kay Kim, sejarah bermaksud _______________
peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu
peradaban manusia dan perubahan-perubahan yang berlaku
peristiwa yang pernah atau sudah berlaku
proses interaksi antara masa kini dengan masa lampau
"Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu". Berikut merupakan pandangan sejarawan ______________
Ibn Khaldun
Herodotus
Dr Muhd Yusof Bin Ibrahim
E.H Carr
Sumber sejarah terbahagi kepada _____
tiga
satu
empat
dua
Sumber primer merupakan sumber pertama. Sumber primer berada dalam keadaan bentuk asal dan belum diolah. Tandakan dua contoh sumber primer
Manuskrip
Majalah
Akhbar
Fosil
Berikan maksud sumber sekunder.
Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal
Belum diolah
Dikenali sebagai sumber kedua
Contohnya artifak
Kaedah penyelidikan sejarah adalah seperti berikut KECUALI
Kaedah Lisan
Kaedah Temu Bual
Kaedah Bertulis
Kaedah Arkeologi
Sebelum Masihi (SM) bermaksud __________________
zaman selepas kelahiran Nabi Isa
zaman sebelum kelahiran Nabi Isa
zaman yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad
zaman sekarang
Mengapa kita perlu mengkaji sebab dan akibat dalam peristiwa sejarah?
Untuk memahami tentang peristiwa sejarah dengan lebih jelas
Untuk mengetahui sumber sejarah
Untuk mengenali tokoh sejarah
Untuk mengetahui kaedah penyelidikan sejarah
Berikut merupakan maklumat yang terdapat dalam dokumen sijil lahir KECUALI
nama
jantina
nama nenek
nama ibu bapa
Keluarga asas terdiri daripada
ibu
datuk
bapa
anak
Peranan ibu bapa terhadap keluarga adalah seperti berikut
Menyara keluarga
Memberikan kasih sayang
Belajar bersungguh-sungguh
Mengabaikan keluarga
Dimanakah lokasi sekolah anda?
Gombak
Cheras
Bangi
Ampang
Berikut adalah identiti sekolah KECUALI
lagu sekolah
lencana
bangunan
bendera
Organisasi sekolah diwujudkan bertujuan untuk memastikan pengurusan pentadbiran sekolah lebih teratur
Betul
Salah
Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai alamat. Maklumat yang ada pada alamat adalah seperti berikut KECUALI
nombor rumah
nama jalan
poskod
nama tuan rumah
Berikut adalah pernyataan benar tentang bentuk muka bumi pulau kecuali
aktiviti utama ialah perikanan.
sering dijadikan kawasan pelancongan.
kawasan daratan yang dikelilingi laut.
contoh kawasan Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Apakah maksud pengglasieran?
Zaman air batu
Bongkah ais batu yang besar bergerak perlahan-lahan dan mencair ke permukaan bumi
Bumi dilitupi oleh air batu disebabkan penurunan suhu bumi
Zaman yang berlaku dalam tempoh yang lama
Haiwan yang wujud pada Zaman Air Batu Akhir ialah
Mamot
Gajah
Harimau belang
Sloth
Perubahan Zaman Air Batu Akhir telah menyebabkan kepupusan _____________
manusia
haiwan
pokok
udara
Kenaikan paras air laut di ________________ berlaku akibat perubahan suhu pada Zaman Air Batu AKhir.
Pentas Sunda
Pentas Sahul
Selat Melaka
Laut Jawa
