wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Tingkatan 3

Total questions: 18

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Fardu Ain bermaksud _____________

a)

perkara yang digalakkan untuk dilaksanakan oleh umat Islam

b)

perkara yang haram dilaksanakan oleh umat Islam

c)

perkara yang wajib ke atas umat Islam untuk melaksanakannya

d)

perkara yang sangat dituntun untuk dilaksanakan oleh sebahagian daripada umat Islam

2.

Hukum melaksanakan perkara fardu ain ialah ____________

a)

Wajib

b)

Haram

c)

Sunat

d)

Harus

3.

Individu yang meninggalkan tuntutan ilmu fardu ain hukumnya

a)

wajib

b)

haram

c)

sunat

d)

harus

4.

Ilmu fardu kifayah adalah tuntutan yang ditetapkan oleh Allah SWT ke atas setiap umat Islam secara _____________

a)

Individu

b)

Fizikal

c)

Spiritual

d)

Kolektif

5.

Fardu kifayah ialah amalan yang jika ada sebahagian umat Islam melakukannya, maka _______ kewajipan tersebut ke atas orang lain.

a)

digalakkan

b)

dituntut

c)

gugurlah

d)

bebaslah

6.

Menguruskan jenazah dan __________ adalah contoh tuntutan ilmu fardu kifayah.

a)

mengerjakan haji dan umrah

b)

solat fardu secara berjemaah

c)

berpuasa di bulan Ramadan

d)

mengeluarkan zakat bagi yang mampu

7.

Ilmu berikut adalah contoh ilmu fardu ain kecuali

a)

mempelajari kemahiran menjahit

b)

solat fardu 5 waktu

c)

mempelajari ilmu tajwid

d)

menutup aurat

8.

Antara yang berikut yang manakah bukan kesan penghayatan ilmu fardu ain dan kifayah terhadap masyarakat?

a)

membentuk masyarakat berdisiplin

b)

mendidik masyarakat bertanggungjawab

c)

melatih masyarakat mementingkan diri sendiri

d)

mewujudkan masyarakat saling membantu

9.

Hukum menguruskan jenazah menurut hukum Islam ialah

a)

wajib

b)

fardu ain

c)

fardu kifayah

d)

sunat muakad

10.

Mengingatkan agar bersangka baik terhadap Allah SWT adalah tindakan yang patut dilakukan ketika _________

a)

menziarahi pesakit

b)

menghadapi pesakit yang nazak

c)

pesakit baharu sembuh daripada sakit

d)

pesakit telah meninggal dunia

11.

Apabila menerima berita kematian seseorang muslim, kita disunatkan untuk mengucapkan lafaz ______

a)

Tahlil

b)

Takbir

c)

Tahmid

d)

Takziah

12.

Ketika menziarahi jenazah, kita hendaklah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dalam tempoh _______ daripada tarikh kematian.

a)

1 hari

b)

3 hari

c)

5 hari

d)

7 hari

13.

Antara adab menziarahi jenazah ialah ________

a)

meletakkan tangan jenazah di dada

b)

membantu keluarga si mati dalam pengurusan jenazah

c)

mengikat dagu jenazah dengan kain

d)

melembutkan sendi-sendi tulang

14.

Jenazah perempuan afdal dikafankan dengan ________ lapisan kain putih

a)

3

b)

5

c)

6

d)

7

15.

Solat jenazah dilakukan dengan bertakbir sebanyak _________

a)

2 kali

b)

3 kali

c)

4 kali

d)

5 kali

16.

ketika solat jenazah, takbir kali kedua hendaklah ______________

a)

membaca surah al-Fatihah

b)

membaca selawat

c)

berdoa

d)

memberi salam

17.

Ketika solat jenazah perempuan, imam berdiri bertentangan dengan _______________

a)

kepala jenazah

b)

kaki jenazah

c)

dada jenazah

d)

pinggul jenazah

18.

Liang lahad hendaklah dibuat pada dinding kubur sekiranya _____________

a)

tanah keras

b)

tanah lembut

c)

tanah berpasir

d)

tanah berair