Font size
WorksheetsSAINS TING 1 BAB 2
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Antara sel berikut yang manakah bukan sel haiwan?
sel saraf
sel otot
sel pengawal
sel epitelium
Fungsi sel saraf adalah..
memusnahkan partikel asing dalam darah
mengangkut oksigen ke seluruh badan
membawa maklumat dalam bentuk impuls
"Tidak mempunyai nukleus dan berbentuk cakera dwicekung". Pernyataan ini merujuk kepada..
sel darah putih
sel darah merah
sel pembiakan
sel otot
Antara berikut yang manakah merupakan sel tumbuhan?
sel palisad, sel pengawal dan sel saraf
sel otot, sel epidermis dan sel rerambut akar
sel epidermis, sel palisad dan sel pengawal
"Stoma merupakan liang seni yang terdapat pada daun tumbuhan. Stoma terletak di antara sepasang sel pengawal". Nyatakan fungsi sel pengawal.
meningkatkan luas permukaan untuk menyerap lebih banyak air dan nutiren dari tanah
mengandungi klorofil untuk menyerap cahaya dan menjalankan fotosintesis
mengawal pembukaan dan penutupan stoma
mengurangkan kehilangan air dan membolehkan pertukaran gas
Pilih urutan organisasi sel yang betul.
sel > sistem > organ > organisma > tisu
sel > organ > tisu > sistem > organisma
sel > tisu > organ > sistem > organisma
sel > organ > organisma > tisu > sistem
Tisu - tisu yang berlainan yang bekerjasama menjalankan satu fungsi disebut sebagai..
sistem
tisu
organisma
organ
Gambarajah menunjukkan sistem badan manusia. Pilih sistem yang betul bagi gambarajah.
sistem saraf
sistem peredaran darah
sistem otot
sistem respirasi
"Menghasilkan hormon untuk menyelaraskan tindak balas dalam badan". Pernyataan ini merupakan fungsi bagi..
sistem saraf
sistem peredaran darah
sistem limfa
sistem endokrin
Mulut, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar ialah asas kepada..
sistem perkumuhan
sistem pencernaan
sistem integumen
sistem pembiakan
Gambarajah menunjukkan sejenis organisma. Nytakan kumpulan organisma ini.
unisel
multisel
Manakah antara berikut struktur yang tidak terdapat pada sel haiwan?
nukleus
sitoplasma
kloroplas
membran sel
Larutan yang digunakan untuk mewarnakan spesimen sel epidermis bawang ialah
metilena biru
iodin
Mikroskop digunakan untuk memerhatikan objek yang sangat kecil. Apakah fungsi kanta mata pada mikroskop?
memantulkan cahaya ke arah diafragma
meletakkan slaid
membolehkan kita melihat spesimen dan membesarkan saiz imej spesimen
Manakah antara berikut merupakan dua hasil fotosintesis?
air
oksigen
karbon dioksida
glukosa
