NEW
Font size
WorksheetsLatih tubi CU01 T5
Total questions: 33
Worksheet time: 17mins
Antara berikut, yang manakah bukan kebaikan kelim belah kangkung?
Rata dan kemas.
Mudah ditekan (digosok).
Mudah dicuci dan cepat kering.
Tidak sesuai untuk kain yang nipis dan jarang.
Bahagian badan yang manakah diukur secara bengkokkan tangan dan kemudian diukur dari garis sendi tulang bahu ke pergelangan tangan?
Dada.
Leher.
Labuh lengan.
Labuh bawah lengan.
Jahitan ini merupakan jahitan asas:
• Jelujur kasar.
• Jelujur tanda.
• Jelujur tegak.
• Jelujur panjang pendek.
Berdasarkan pernyataan atas, namakan jenis jahitan asas seperti senarai di atas?
Jahitan mesin.
Jahitan sementara.
Jahitan pengemas.
Jahitan penyambung.
Berdasarkah rajah atas, namakan simbol tersebut.
Ira lurus
Tanda lipatan
Tanda imbang
Tanda pemadan
Mengapakah tanda ira penting semasa menggunting fabrik?
Menjimatkan penggunaan fabrik
Melancarkan proses memotong fabrik
Mengelakkan fabrik daripada mudah tertarik
Memastikan pola terletak pada ira fabrik yang betul
Apakah nama mesin jahit yang digunakan untuk mengemas tepi pakaian?
Mesin jahit elektrik.
Mesin jahit industri.
Mesin jahit kemasan tepi.
Mesin jahit lubang butang.
Berdasarkan rajah atas, apakah kegunaan alat ini?
Membuat garisan lurus
Mengambil ukuran badan
Membuat garis lurus 90 darjah.
Membuat dan membentuk garis melengkung
Diantara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri yang terdapat pada skirt?
Butang dan rumah butang.
Lisu pemadan di garis pinggang.
Belah zip ditengah belakang atau sisi.
Ikatan pinggang dan penyokong tali pinggang.
Manakah di antara berikut adalah garisan dasar yang perlu untuk membuat pola asas skirt?
Dada, pinggang dan pinggul
Pinggang, lutut dan labuh skirt
Pinggang, pinggul dan labuh skirt
Dada, punggung dan labuh skirt
Antara berikut, yang manakah bukan ukuran yang diperlukan untuk mendraf
pola skirt?
Dada.
Pinggang.
Punggung.
Labuh skirt.
Berdasarkan rajah atas, apakah nama kancing tersebut?
Butang
Butang katup
Cangkuk dan mata
Cangkuk dan palang
Apakah jahitan yang digunakan untuk menjahit kelepek pada skirt?
Jahitan lilit ubi
Jahitan insang pari
Jahitan jelujur halus
Jahitan silang pangkah
Yang manakah merupakan simbol apabila meletakkan pola ke atas fabrik, tanda ini diletakkan selari dengan ira lurus tepi kain.
Antara berikut, yang manakah bukan pola skirt?
Lengan.
Skirt hadapan.
Skirt belakang.
Ikatan Pinggang.
Lukisan ini boleh digunakan sebagai asas untuk satu lagi kerja seni seperti lukisan atau boleh digunakan sebagai karya seni sendiri.
Berdasarkan pernyataan atas, apakah alatan tersebut?
Crocquis.
Roda surih.
Jarum peniti.
Seterika wap.
Berapa cm yang diperlukan untuk kelepet dibahagian bawah skirt?
2
3
4
5
Berdasarkan rajah atas, namakan belahan yang bertanda X.
Belah berzip
Belah berkun
Belah slit berlapik
Belah kelepet sama lebar
Antara berikut yang manakah pernyataan yang sesuai bagi pakaian kasual?
Sesuai untuk ke majlis makan malam
Terdiri daripada baju kurung tradisional.
Direka khas untuk aktiviti bersukan atau beriadah
Diperbuat dari jenis kain yang boleh dibasuh dengan mesin basuh dan selalunya menyerap peluh.
Susunkan urutan prosedur menjahit skirt dengan betul.
i. Menjahit ikatan pinggang, kelepet dan kancing.
ii. Jahit kesemua lisu pemadan dan sediakan belahan zip.
iii. Seterika dan tekan kesemua bahagian skirt supaya rata.
iv. Jahit kemasan tepi kesemua bahagian tepi skirt kecuali di bahagian pinggang.
i, ii, iii, iv
ii, iii, i, iv
iii, ii, iv, i
iv, ii, i, iii
Yang mana diantara berikut merupakan ciri slek?
Labuh paras lutut.
Labuh paras betis.
Labuh paras peha.
Labuh paras buku lali.
Apakah belahan yang sesuai dijahit pada garis tengah hadapan slek?
Zip lurus.
Zip sorok.
Zip dan fly.
Zip dan lapik zip.
Berdasarkan rajah atas, apakah jenis kocek yang bertanda x?
Kocek tebuk.
Kocek tampal.
Kocek berbunga.
Kocek tersembunyi.
Apakah fungsi kocek pada seluar?
Menghilangkan gelembung.
Menyambungkan dua lipatan fabrik.
Memudahkan pakaian dipakai dan ditanggalkan.
Sebagai hiasan kerana ia memberi stail kepada pakaian.
Berikut adalah garisan yang perlu untuk membuat pola asas slek.
Pinggang dan labuh tengah belakang
Pinggang dan punggung dan labuh slek
Pinggang, punggung dan labuh tengah belakang
Pinggang , punggung, labuh kelengkang dan labuh slek
Berdasarkan rajah atas, apakah langkah jahitan yang ditunjukkan?
Menjahit bahagian fly dan zip.
Menjahit bahagian ikatan pinggang.
Mencamtum bahagian sisi seluar slek.
Menjahit bahagian kocek tersembunyi.
Berdasarkan rajah 13, apakah jenis pakaian tersebut?
Kasual.
Tradisional.
Mengandung.
Kanak-kanak.
Berdasarkan rajah atas, namakan jenis kolar pada pakaian tersebut?
Kolar eton.
Kolar lurus.
Kolar kelasi.
Kolar Peter Pan.
Di antara berikut, yang manakah bukan jenis penghilang gelembung yang terdapat pada blaus?
Lisu Beriring
Lisu Bertentang
Lisu Bersebelahan
Lisu Pemadan Cembung
Berdasarkan rajah atas, namakan bahagian pola blaus seperti yang ditunjukkan?
Pola kolar
Pola lengan
Pola badan belakang
Pola badan hadapan
Apakah jenis belahan yang biasa digunakan pada garis tengah hadapan blaus ?
Belah berpleket
Belah berkun
Belah berzip
Belah kelepet sama lebar
Pilih ciri-ciri lisu pemadan yang betul.
i. Rata.
ii. Tidak bergulung.
iii. Dijahit pada sebelah luar pakaian.
iv. Mata jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar.
i, ii dan iii
i, ii dan iv
i, iii dan iv
ii, iii dan iv
Di antara berikut, yang manakah jenis lengan bisyop?
Antara berikut yang manakah BUKAN ciri-ciri baju kurung tradisional?
Kekek.
Pesak.
Kolar tegak.
Garis leher berlapik
