NEW
Font size
WorksheetsSejarah SPM KBSM 6
Total questions: 25
Worksheet time: 15mins
T4 ms 5 (SPM 2015)
Gambar 1 menunjukkan tinggalan bandar Mohenjo-Daro dalam tamadun Indus.
Mengapakah masyarakat dalam tamadun Indus mampu membina bandar tersebut?
Negara kota bersatu padu
Wilayah pemerintahan meluas
Kemasukan unsur tamadun luar
Kegiatan pertanian berkembang
• Mohenjo Daro
• Harappa
Apakah faktor kemajuan bandar tersebut? T4 B1 ms 27 (SPMU 2016)
Rakyat Athens tidak berpuas hati terhadap golongan aristokrat kerana kuasa
mereka mengatasi kuasa raja. Apakah kesan daripada rasa tidak puas hati
tersebut?
Perampasan kuasa
Perubahan struktur masyarakat
Pemulauan pilihan raya
Pelucutan jawatan pentadbiran
Legalisme merupakan undang-undang yang tegas, tiada perasaan belas kasihan
dan penguatkuasaannya harus dipelihara. Berdasarkan pernyataan tersebut,
bagaimanakah legalisme dilaksanakan?
Hakim dibayar gaji yang tinggi
Rakyat di bawah penguasaan tentera
Raja harus memiliki kuasa yang
utuh
Juri dilantik daripada kalangan
bangsawan
Mengapakah sistem penanaman secara bergilir diamalkan pada zaman Dinasti
Tang di China?
Meminimumkan kos
Mengekalkan kesuburan tanah
Mengurangkan tenaga kerja
Menjimatkan masa
Berbentuk kubah
• Siap semasa Maharaja Flavian
• Tempat pertarungan pahlawan
Pantheon
Colloseum
Aqueduct
Acropolis
Bagaimanakah kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?
Pertahanan laut kuat
Kemerosotan hasil pertanian
Pelabuhan yang strategik
Persaingan antara kerajaan
Apakah faktor kemajuan masyarakat kerajaan maritim di Asia Tenggara?
Kekayaan hasil pertanian
Kebolehan membina terusan
Kekayaan hasil hutan
Kemahiran membina kapal
Apakah nama matawang kerajaan Melayu Terengganu tersebut?
Dinar emas
Kupang emas
Jongkong Tampang
Katun
T4 ms 248 SPM 2012
Mengapakah British membawa masuk buruh dari China dan India ke Tanah Melayu pada abad ke -19?
Memaksimumkan keuntungan
Mengimbangi komposisi kaum
Melancarkan pentadbiran kerajaan
Memenuhi desakan pelabur Eropah
Apakah ciri gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara? {T5-B1-ms.18}
Lebih radikal
Tidak berorganisasi
Menekankan kesedaran politik
Bersifat setempat
Apakah objektif utama Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1939 ? {T5-B2-ms.56}
Meningkatkan kesedaran politik orang Melayu
Menjaga kepentingan sosioekonomi orang Melayu
Mendesak British membina petempatan khas Melayu
Mengeratkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu
Persidangan Damai Paris di Perancis diadakan pada tahun 1919 selepas Perang Dunia Kedua berakhir. Apakah kesan penting persidangan tersebut? {T5-B3-ms.68}
Penyatuan Eropah Barat
Perpecahan Empayar Austria-Hungary
Penyebaran idea realpolitik
Kemunculan idea negara dan bangsa
Mengapakah British memperkenalkan Malayan Union 1946 ? {T5-B4-ms.95}
Menuntut kemerdekaan
Mengawal kuasa politik orang Melayu
Sokongan bekas pegawai British
Sikap politik Melayu yang sederhana
Apakah ciri IMP (Parti Kemerdekaan Malaya) yang ditubuhkan oleh Dato' Onn Jaafar? {T5-B5-ms.121}
Mencadangkan rundingan kemerdekaan
Menolak usaha kemerdekaan
Keahlian parti terhad untuk kaum tertentu
Kerjasama bangsa dalam sesebuah parti
Mengapakah Singapura ingin menyertai Malaysia? {T5-B6-ms.139}
Mempercepat proses kemerdekaan
Meningkatkan fahaman komunis
Mengekalkan pertahanan British
Memajukan sistem pendidikan Singapura
Apakah fungsi "Jemaah Menteri" dalam struktur pentadbiran Malaysia? {T5-B7-ms.173 & 174}
Meluluskan undang-undang
Melaksanakan arahan
Mengendalikan pilihan raya
Membuat dasar kerajaan
Apakah matlamat utama Dasar Ekonomi Baru ? {T5-B8-ms.201 & 202}
Membasmi kemiskinan bumiputera
Menyusun semula masyarakat
Membantu usahawan tempatan
Menghapuskan penjajahan bentuk baharu
Apakah ciri dasar luar Malaysia pada zaman Tunku Abdul Rahman ? {T5-B9-ms.240 & 241}
Pro-Barat
Berkecuali
Berbaik-baik dengan semua negara
Menyokong fahaman komunis
Apakah matlamat utama kuasa Barat menguasai Asia Tenggara menjelang awal abad ke-20? {T5-B1-ms.4 &5}
Menguasai bahan mentah
Mencari kawasan pertanian
Menyebarkan agama Kristian
Menguasai perdagangan rempah
James Brooke menghalang pelayaran Linggir dan kaum Iban di Sungai Saribas. Apakah tindak balas daripada Linggir? {T5-B2-ms.33}
Menguasai Saribas
Menguasai Batang Lupar
Menyerang bangunan kerajaan di Kuching
Menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar
Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour sangat menyanjungi amalan realpolitik? {T5-B3-ms.68}
Dapat menyatukan Itali
Menjamin keharmonian masyarakat
Dapat bekerjasama dengan negara Jiran
Menjamin kemakmuran ekonomi negara
