Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah B2T4 KSSM

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

"Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri"

Pernyataan di atas adalah tafsiran nasionalisme oleh

(Buku teks m/s 23)

a)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

d)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

2.

Revolusi Keagungan di England adalah penentangan terhadap pemerintahan raja berkuasa mutlak iaitu

(Buku teks m/s 24)

a)

Raja Louis XVI

b)

Raja James II

c)

Raja William of Orange

d)

John Locke

3.

Revolusi Amerika 1776 merupakan penentangan orang Amerika menentang penjajahan ________________

(Buku teks m/s 25)

a)

Belanda

b)

Perancis

c)

British

d)

Sepanyol

4.

Revolusi Perancis 1789 adalah penentangan terhadap pemerintahan autokratik

(Buku teks m/s 25)

a)

Raja James II

b)

Raja William of Orange

c)

Raja Louis XVI

d)

Jean Jacques Rousseau

5.

Apakah kesan Revolusi Perancis kepada negara Perancis?

(Buku teks m/s 25)

a)

Menjadi negara republik

b)

Sistem Raja Berperlembagaan diamalkan

c)

Menjadi negara yang berpegang dengan fahaman komunis

d)

Negara berpecah kepada dua

6.

Apakah pegangan yang digunakan oleh Mahatma Gandhi untukk menggerakkan nasionalisme di India?

(Buku teks m/s 26)

a)

Dahagi

b)

Satyagraha

c)

Bushido

d)

Tiga Prinsip Rakyat

7.

Rancangan pembahagian India merupakan pembahagian India kepada dua buah negara iaitu India dan ______________

(Buku teks m/s 26)

a)

Sri Lanka

b)

Bangladesh

c)

Nepal

d)

Pakistan

8.

Siapakah Perdana Menteri India yang pertama?

(Buku teks m/s 26)

a)

Mahatma Gandhi

b)

Muhammad Ali Jinnah

c)

Jawaharlal Nehru

d)

Bipin Chandra Pal

9.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China? (Buku teks m/s 26)

a)

Dr. Sun Yat Sen

b)

San Min Chu-i

c)

Maharaja Mikado Meiji

d)

Bal Gangadhar Tilak

10.

"Sikap yang sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggungjawab terhadap ketua dan negara"


Pernyataan di atas merujuk kepada nasionalisme di Jepun iaitu semangat (Buku teks m/s 27)

a)

Kamikaze

b)

Bushido

c)

Kimigayo

d)

Nippon-Go

11.

Jose Rizal iaitu tokoh nasionalis Filipina menubuhkkan ____________

(Buku teks m/s 28)

a)

Katipunan

b)

Kalayan

c)

Parti Nasionalis

d)

Liga Filipina

12.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Katipunan untuk menyebarkan idea revolusi di Filipina?

(Buku teks m/s 28)

a)

Aguinaldo

b)

Kalayan

c)

Liga Filipina

d)

Bonifacio

13.

Isu Kasut timbul di Burma akibat perbuatan orang British memakai kasut semasa memasuki ________________ (Buku teks m/s 28)

a)

istana

b)

kuil Buddha

c)

kedai

d)

rumah

14.

Siapakah yang menjadi Perdana Menteri pertama Burma?

(Buku teks m/s 29)

a)

Dr. Ba Maw

b)

Aung San

c)

Kyaw Nien

d)

U Nu

15.

"Mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan kaum wanita"

Pernyataan di atas mmerujuk kepada nasionalisme di Indonesia yang dipelopori oleh

(Buku teks m/s 30)

a)

Soekarno

b)

Partai Nasionalis Indonesia

c)

Sarekat Islam

d)

Raden Adjeng Kartini

16.

Kongres Pemuda Indonesia mewujudkan ikrar yang dikenali sebagai ___________________

(Buku teks m/s 30)

a)

Tiga Prinsip Rakyat

b)

Satyagraha

c)

Cloche Felee

d)

Sumpah Pemuda

17.

Gambar di atas menunjukkan presiden pertama Republik Demokrattik Vietnam. Siapakah beliau? (Buku teks m/s 29)

a)

Soekarno

b)

Aung San

c)

Ho Chi Minh

d)

Jose Rizal

18.

Pemerintahan raja yang lemah membawa kepada pelancaran Revolusi Thai pada 1932 yang menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Siapakah nama raja tersebut? (Buku teks m/s 31)

a)

Raja Chulalongkorn

b)

Raja Vajiravudh

c)

Raja Mongkut

d)

Field Marshal Phibulsongkram

19.

Apakah maksud "Thailand"?

(Buku teks m/s 31)

a)

Tanah Besar

b)

Tanah Bebas

c)

Tanah Berani

d)

Tanah Bangga

20.

"Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran agama sebenar berpandukan al-Quran dan Hadis"


Pernyataan di atas merujuk kepada akhbar

(Buku teks m/s 36)

a)

Warta Malaya

b)

Jawi Peranakan

c)

Fajar Sarawak

d)

Al-Imam

21.

Siapakah pengasas Kesatuan Melayu Singapura (KMS)?

(Buku teks m/s 40)

a)

Mohammad Eunos Abdullah

b)

Mohammad Yaakob

c)

Zakaria Gunn

d)

Johari Anang

22.

Apakah nama akhbar Cina yang memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi masyarakat kelas bawahan?

(Buku teks m/s 38)

a)

Lat Pau

b)

Modern Daily News

c)

Chong Shin Yit Pao

d)

Nanyang Siang Pao

23.

"fajar telah tersinsing, bangunlah wahai bangsaku"


Pernyataan di atas merupakan seruan di dalam akhbar

(Buku teks m/s 38)

a)

Utusan Melayu

b)

Warta Malaya

c)

Fajar Sarawak

d)

Lembaga Melayu

24.

Siapakah yang menubuhkan Malayan Indian Association (MIA)?

(Buku teks m/s 41)

a)

Dr. A. M. Soosay

b)

Pandit Jawaharlal Nehru

c)

G. V. Thaver

d)

John Thivy

25.

Apakah nama akhbar yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk menyalurkan idea perjuangan? (Buku teks m/s 40)

a)

Neracha

b)

Al-Imam

c)

Majlis

d)

Utusan Melayu