NEW
Font size
WorksheetsUJI DIRI
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab , iaitu daripada perkataan mudun, madain dan
madana.
Apakah maksud perkataan madana?
Kemajuan lahiriah
Kehidupan bertamadun
Ketinggian budi bahasa
Penggubalan undang-undang
Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
Apakah ciri negara kota tersebut ?
Memiliki majlis perbandaran
Mempunyai jalan raya yang lurus
Memiliki tempat mandi awam
Mempunyai kubu pertahanan
Apakah sumbangan Maharaja Shih Huang Ti kepada Tamadun China?
Membina terusan
Membentuk empayar
Mengamalkan demokrasi
Menggubal undang-undang
Gambar 1 ialah binaan aqueduct.
Aqueduct merupakan binaan saluran air. Aqueduct dibina dalam
Tamadun Rom
Tamadun India
Tamadun China
Tamadun Yunani
Pada musim kemarau,kawasan sekitar Tasik Tonle Sap menjadi subur menyebabkan aktiviti pertanian masih dapat dijalankan.
Mengapakah berlaku keadaan tersebut?
Cuaca hujan dan lembap
Terdapat mendapan lumpur
Pengaliran sumber air daripada terusan
Penggantian padi sawah kepada padi huma
Apakah tujuan konsep berikut diamalkan oleh pemerintah kerajaan awal diAsia Tenggara?
Orde kosmos
Dewa - raja
Mengukuhkan kedudukan
Menjamin pentadbiran adil
Meningkatkan sokongan rakyat
Mengelakkan pemberontakan pembesar
Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib.
Apakah sebab empangan tersebut runtuh?
Diperbuat daripada tanah liat
Disebabkan banjir besar
Kejadian gempa bumi
Bencana ribut pasir
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah dikatakan mempunyai nilai moral yang rendah?
Menyembah berhala
Mementingkan keduniaan
Meminum arak, berzina dan berjudi
Memuja alam seperti pokok dan matahari
Apakah tujuan Nabi Muhammad s.a.w. meminta orang Islam berhijrah ke Habsyah?
Menyebarkan Islam
Memenuhi jemputan
Mendapatkan perlindungan
Menjalankan aktiviti jual beli
Apakah persetujuan yang dicapai dalam perjanjian berikut?
621 Masihi - Perjanjian Aqabah Pertama
I Beriman kepada Allah
II Meninggalkan amalan jahiliah
III Memerangi orang Arab Quraisy
IV Menjamin keselamatan orang Islam Makkah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah faktor yang menjamin kedudukan orang Yahudi berikut?
· Jaminan keselamatan dan kebebasan
· Mempunyai hak yang sama dengan masyarakat lain
Mematuhi Piagam Madinah
Membantu urusan pentadbiran
Membenarkan penyebaran Islam
Meninggalkan semangat assabiah
Penyataan di bawah menunjukkan gelaran yang diberikan kepada Khalifah Abu Bakar. Mengapakah gelaran tersebut diberi?
Khalifah Abu Bakar - Penyelamat Umat Islam
Memperkenalkan baitulmal
Menghapuskan gerakan al-Riddah
Membentuk angkatan tentera yang kuat
Menyebarkan dakwah Islamiah ke Rom
Apakah kepentingan kawasan berikut kepada kerajaan Bani Abbasiyah?
· Kufah
· Khurasan
· Humaimah
Pusat gerakan revolusi
Pusat kegiatan ekonomi
Pusat pentadbiran kerajaan
Pusat perkembangan intelektual
Senarai berikut menunjukkan kerajaan Islam di Asia Tenggara.
· Acheh
· Johor-Riau
Apakah persamaan kerajaan tersebut selepas Melaka ditawan oleh Portugis?
Menjalin hubungan dengan Belanda
Merupakan pusat pertanian terkenal
Mengembalikan kegemilangan Srivijaya
Menghalang penyebaran agama Kristian
Agama Islam turut mengubah akhlak masyarakat Melayu. Apakah perkara yang digugurkan dalam upacara pertabalan raja hari ini?
Protokol
Bacaan ciri
Lafaz ikrar oleh sultan
Pengendalian oleh ulama
X merujuk cukai yang dikenakan oleh pemerintah Melaka.
X - Cukai yang dikenakan kepada orang asing yang menetap di Melaka.
Apakah cukai x ?
cukai labuh batu
cukai kepala
cukai tetap
cukai diraja
Apakah faktor kemunculan bandar berikut pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Itali?
• Milan
• Florence
• Venice
Kemajuan perdagangan
Kekayaan sumber galian
Perluasan kuasa
Penggubalan undang-undang
Amalan di bawah berlaku pada Zaman Reformation.
Penjualan Sijil Indulgences
Mengapakah Martin Luther menentang amalan ini?
Pembebanan hidup golongan petani
Pengukuhan kekuasaan pemerintah
Peningkatan kegiatan jenayah
Penyelewengan dalam agama
Pernyataan di bawah berkaitan dengan pembentukan jawatan baru oleh kerajaan British di Tanah Melayu
Mac 1872 - Jawatan Pegawai Pelindung Buruh dari China diwujudkan.
Apakah tujuan jawatan tersebut diwujudkan?
Mengawal upah buruh
Menjaga kebajikan buruh
Mengawasi kemasukan buruh
Membiayai perbelanjaan buruh
Maklumat berikut berkaitan dengan syarikat Eropah yang melabur di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
· Sime Darby
· Guthrie
· Harissons and Crossfield
Syarikat tersebut melabur dalam perusahaan ?
komunikasi
perladangan
pengangkutan
perlombongan
