Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 3

Total questions: 23

Worksheet time: 2hrs 55mins

Name
Class
Date
1.

Aufa mengambil pisau plastik lalu _________________ kek hari jadinya.

a)

mengiris

b)

mengerat

c)

mengupas

d)

memotong

2.

Keluarga Encik Zamani sedang makan malam di ________________.

a)

Restoran Selera Murni

b)

Dewan Sri Rompin

c)

Balai Polis Kajang

d)

Hospital Kuala Lipis

3.

Semua pihak perlu memberi ________________ untuk menjayakan gotong-royong itu.

a)

kakitangan

b)

usahasama

c)

kerjasama

d)

tanggungjawab

4.

Kutipan derma ini adalah ______________ rumah kebajikan anak-anak yatim di Selangor.

a)

demi

b)

untuk

c)

oleh

d)

kepada

5.

Aidil dan Zulhelmi bersahabat baik. ________________ pergi ke sekolah bersama-sama.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Kita

6.

Puan Yani memotong buah tembikai dengan ______________ pisau.

a)

sebatang

b)

sebilah

c)

sekeping

d)

sepucuk

7.

Puteri Rania minum segelas air sejuk kerana berasa sangat ______________.

a)

haus

b)

kenyang

c)

kosong

d)

lapar

8.

Paras air sungai semakin ______________ kerana hujan turun lebat sejak semalam.

a)

jatuh

b)

turun

c)

atas

d)

naik

9.

Karim dimarahi oleh guru kelasnya _______________ tidak menyiapkan latihan tatabahasa yang diberi.

a)

hingga

b)

tetapi

c)

kerana

d)

kecuali

10.

_______________ kah datuk dan nenek kamu akan pulang dari Arab Saudi?

a)

Bila

b)

Apa

c)

Siapa

d)

Mengapa

11.

“Ibu tidak suka kalau kamu bercakap bohong,” kata Puan Aishah kepada anaknya.


Pilih perkataan sinonim bagi bohong.

a)

palsu

b)

tipu

c)

kosong

d)

benar

12.

Pasar malam itu sangat riuh dengan suara orang yang berniaga menjual pelbagai barangan.


Pilih perkataan antonim bagi riuh.

a)

bising

b)

gelap

c)

rebut

d)

sunyi

13.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

a)

Mulut murai

b)

Berat mulut

c)

Mulut tempayan

d)

Ringan mulut

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Acara sukaneka akan diadakan pada hari Rabu.

a)

Acara sukaneka mungkin diadakan pada hari Rabu

b)

Hari Rabu akan diadakan acara sukaneka.

c)

Acara sukaneka telah diadakan pada hari Rabu.

d)

Acara sukaneka Rabu akan diadakan.

15.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Amirul tidak hadir ke sekolah kerana kakinya sakit

a)

Mengapakah Amirul tidak hadir ke sekolah?

b)

Adakah kaki Amirul sakit?

c)

Bagaimanakah kaki Amirul sakit?

d)

Siapakah yang sakit kaki?

16.

Pilih ayat yang betul.


I. Azman baru pergi ke kedai.

II. Jangan bermain di situ.

III. Baju lelaki itu paling sangat kemas.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

Semua di atas

17.

Cikgu Azhana hendak pergi (a)   (ke, di) klinik.

18.

Nenek baru tiba (a)   (daripada, dari) kampung.

19.

Bunga hiasan itu diperbuat (a)   (daripada, oleh) surat khabar.

20.

Haikal sudah tiga tahun tinggal (a)   (dengan, pada) neneknya.

21.

“Tolong belikan gula ____________________ garam,” kata ibu kepada kakak.

a)

dan

b)

atau

c)

lalu

22.

Encik Abdullah membaca surat khabar __________________ menonton televisyen.

a)

tetapi

b)

sambil

c)

atau

23.

Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

(a)