wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKBBBK:MORFOLOGI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Percakapan adik tidak dapat difahami oleh kakak kerana adik bercakap ....................

a)

telor

b)

telur

c)

laung

d)

langsung

2.

............. ayam yang berada di dalam peti sejuk itu dibeli oleh ayah pada hari Selasa lepas.

a)

Telor

b)

Telur

c)

Fasih

d)

Fasik

3.

Kawasan itu .............. daripada kunjungan pelancong selepas berlaku kes tembakan rambang yang telah mengorbankan ramai orang awam.

a)

lenggang

b)

lengang

c)

terhadang

d)

terhilang

4.

Pelancong yang bersama ahli keluarganya itu berjalan ................ menuju ke kaunter pertanyaan hotel tersebut.

a)

lenggang

b)

lengang

c)

malas

d)

malam

5.

"Hidup kita mestilah ............... agar dihormati oleh orang lain lebih-lebih lagi jika berada di tempat orang." Pesan ayah kepada abang.

a)

bersebab

b)

bersebat

c)

beradat

d)

beradab

6.

Kita mestilah ................... apabila berbicara dengan pelancong asing supaya imej negara terpelihara.

a)

bersebab

b)

bersebat

c)

beradat

d)

beradab

7.

Ayah telah .............. besi yang dibelinya semalam untuk dibuat parang yang ditempah oleh pelancong itu.

a)

membakar

b)

melentur

c)

menempah

d)

menempa

8.

Pelancong itu telah ............. kraf tangan daripada ibu untuk dijadikan buah tangan kepada kawan-kawannya apabila pulang nanti.

a)

memohon

b)

menemui

c)

menempa

d)

menempah

9.

"Buat kerja kamu dan jangan ................. sahaja," kata Cikgu Syazliana kepada murid-muridnya.

a)

sembang

b)

sumbang

c)

timbang

d)

tumbang

10.

"Suara nyanyian kamu tadi amat ..................," kata salah seorang juri kepada peserta dalam rancangan nyanyian itu.

a)

sembang

b)

sumbang

c)

sumbing

d)

sombong

11.

Kami akan ................ ke Australia pada cuti sekolah minggu hadapan.

a)

melencong

b)

melancong

c)

melawat

d)

menziarah

12.

Semalam dia tidak hadir ke sekolah kerana ................ ke tempat lain bersama dengan kawan-kawannya.

a)

melancong

b)

melencong

c)

melancung

d)

melencung

13.

............... yang ditangkap oleh ayah pada petang tadi telah dimasak oleh ibu sebagai juadah untuk makan malam.

a)

Beluk

b)

Belut

c)

Belot

d)

Belok

14.

"Sesiapa sahaja antara kamu yang ............... kepada saya, akan saya masukkan ke dalam penjara," kata Shahrul kepada pengikut-pengikutnya.

a)

belut

b)

belot

c)

becok

d)

becuk

15.

Pelancong yang menginap di hotel itu asyik melihat Pak Ali ................... pokok hiasan yang terdapat di kawasan hotel sambil berbual dengan rakannya.

a)

menetas

b)

membakar

c)

merepang

d)

menebang

16.

Pekerja bandar raya .............. pokok berhampiran hotel yang didiami oleh ramai pelancong asing.

a)

menebang

b)

merepang

c)

memangkas

d)

memangkah

17.

Kegiatan memasak secara bergotong-royong sudah menjadi ............. penduduk Taman Sungai Masin.

a)

adat

b)

adab

c)

rasmi

d)

resmi

18.

Pihak hotel itu telah menetapkan pakaian batik sebagai pakaian ............... bagi pekerja-pekerjanya pada hari Khamis.

a)

resmi

b)

rasmi

c)

moden

d)

manis

19.

Pelancong itu ............. tangan ibunya semasa melintas jalan menuju ke hotel tempat mereka menginap.

a)

menatang

b)

memaut

c)

menonton

d)

menuntun

20.

Pelancong itu sedang ............ persembahan tarian zapin yang dipersembahkan oleh penari-penari yang ditempah khas oleh pihak hotel.

a)

menuntun

b)

menonton

c)

menengok

d)

menjengok