wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU SEM 1

Total questions: 45

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya digunakan dalam bahasa Melayu kuno?

a)

A. Dangan, bhulan

b)

B. Merlari, niminumna

c)

C. Niparwuat, marlapas

d)

D. Sabanakna, mangujari

2.

Yang berikut ialah bahan bukti kewujudan bahasa Melayu kuno, kecuali


I batu bersurat Gandasuli

II batu bersurat Karang Brahi

III batu nisan Sultan Malikul Saleh

IV batu nisan Minye Tujuh di Acheh

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

3.

Yang manakah batu bersurat yang ditemukan di Palembang?

a)

A. Batu bersurat Gandasuli

b)

B. Batu bersurat Kota Kapur

c)

C. Batu bersurat Karang Brahi

d)

D. Batu bersurat Kedukan Bukit

4.

*Dijumpai di daerah Hulu Jambi pada tahun 1904

*Bertarikh 614 tahun Saka (692 Masihi)

*Tulisannya jenis Palava


Tiga pernyataan di atas berkaitan dengan

a)

A. batu bersurat di Kota Kapur

b)

B. batu bersurat di Bangkahulu

c)

C. batu bersurat di Karang Brahi

d)

D. batu bersurat di Kedukan Bukit

5.

Yang manakah ciri-ciri bahasa Melayu kuno?


I Tidak wujud vokal depan luas

II Bunyi [b] dalam bahasa Melayu moden ialah [w]

III Awalan ni- berubah menjadi di- dalam bahasa Melayu moden

IV Imbuhan mar- berubah menjadi ber- dalam bahasa Melayu moden

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

6.

Yang manakah batu bersurat yang menggunakan tulisan yang berasal dari bahagian utara India?

a)

A. Gandasuli

b)

B. Kota Kapur

c)

C. Talang Tuwo

d)

D. Karang Brahi

7.

Kumpulan imbuhan yang kesemuanya terdapat dalam bahasa Melayu kuno ialah

a)

A. mar-, at-, swa-

b)

B. ni-, -wan, swa-

c)

C. dwi-, mar-, pra-

d)

D. nipar-, mar-, ni-

8.

Yang manakah tulisan yang digunakan pada zaman bahasa Melayu kuno?


I Jawi

II Kawi

III Rumi

IV Nagiri

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

9.

"Tlu ratus sapulu dua" bermaksud

a)

A. Tiga ratus dua puluh

b)

B. Tiga ratus dua belas

c)

C. Tiga ribu dua ratus dua

d)

D. Tiga ratus dua puluh ribu

10.

Bahasa Melayu kuno mempunyai kaitan yang rapat dengan

a)

A. agama Islam

b)

B. bahasa Arab

c)

C. pengaruh India

d)

D. pengembara Cina

11.

Yang manakah penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik?

I . Ditulis dalam huruf Kawi

II. Banyak menggunakan ayat aktif

III. Sering menggunakan bahasa dalam

IV. Banyak menggunakan ayat songsang

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

12.

YANG MANAKAH BATU BERSURAT YANG TIDAK MENUNJUKKAN PENGARUH BAHASA ARAB?

a)

A. BATU BERSURAT DI MINYE TUJUH, ACHEH

b)

B. BATU BERSURAT DI KUALA BERANG, TERENGGANU

c)

C. BATU BERSURAT DI KEDUKAN BUKIT, PALEMBANG

d)

D. BATU BERSURAT DI PAGAR RUYUNG, MINANGKABAU

13.

Batu bersurat yang bertarikh 1303 - 1397 Masihi ialah batu bersurat

a)

A. Kuala Berang

b)

B. Pagar Ruyung

c)

C. Kedukan Bukit

d)

D. Malik al-Saleh

14.

Yang manakah contoh naskhah sastera klasik bahasa Melayu?

a)

A. Hikayat Hang Tuah

b)

B. Undang-undang Melaka

c)

C. Kisah Pelayaran Abdullah

d)

D. Undang-undang 99 Perak

15.

Perkembangan bahasa Melayu klasik sezaman dengan

a)

A. kegemilangan kerajaan Sriwijaya

b)

B. kedatangan pengaruh agama Islam

c)

C. kecemerlangan kerajaan Majapahit

d)

D. kemunculan pengaruh Eropah di Nusantara

16.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik?

a)

A. Penggunaan awalan mar- dan mang-

b)

B. Perkembangannya mengalami perancangan

c)

C. Pengaruh struktur bahasa Sanskrit sangat ketara

d)

D. Menggunakan tulisan Jawi dalam penulisan surat

17.

Yang manakah fungsi bahasa Melayu klasik?

a)

A. Bahasa pengantar

b)

B. Bahasa persuratan

c)

C. Bahasa kebangsaan

d)

D. Bahasa ilmu tahap tinggi

18.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik dalam aspek tatabahasa?

a)

A. Menggunakan abjad daripada bahasa Arab

b)

B. Tulisan Jawi menambah beberapa huruf baharu

c)

C. Ketara menggunakan ayat pasif dan ayat songsang

d)

D. Banyak kosa katanya dipinjam daripada bahasa Arab

19.

Yang manakah bukan bukti tentang bahasa Melayu klasik?


I Batu bersurat Gandasuli

II Batu bersurat Kedukan Bukit

III Batu bersurat Sungai Teresat

IV Batu bersurat Pagar Ruyung

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. II dan IV

20.

Apakah ciri utama tulisan Jawi pada peringkat pengaruh Arab?

a)

A. Menggunakan huruf vokal

b)

B. Menggunakan tanda diakritik

c)

C. Menggunakan huruf Arab gondol

d)

D. Menggunakan huruf vokal dan huruf konsonan

21.

Kelompok bahasa yang paling tua dalam salasilah bahasa ialah

a)

A. filum

b)

B. rumpun

c)

C. keluarga

d)

D. subkeluarga

22.

Bahasa yang manakah termasuk dalam kelompok rumpun?

a)

A. Melanesia

b)

B. Nusantara

c)

C. Mikronesia

d)

D. Austronesia

23.

Yang manakah termasuk dalam usia kurang daripada 2500 tahun?

a)

A. Austroasia

b)

B. Nusantara

c)

C. Austronesia

d)

D. Tibet-China

24.

Yang berikut merupakan subkeluarga Sumatera, kecuali

a)

A. Acheh

b)

B. Lampung

c)

C. Melanau

d)

D. Mentawai

25.

Nusantara, Mikronesia, Melanesia dan Polinesia ialah bahasa yang termasuk dalam kelompok

a)

A. filum

b)

B. rumpun

c)

C. keluarga

d)

D. subkeluarga

26.

Perkataan "Melayu" pada awalnya merujuk kepada

a)

A. bangsa Melayu

b)

B. bahasa Melayu

c)

C. agama orang Melayu

d)

D. kerajaan awal Melayu

27.

Selain Tagalog, subkeluarga Filipina terdiri juga daripada bahasa

a)

A. Sasak, Sumbalawa

b)

B. Tomini, Tinombo

c)

C. Batak, Minangkabau

d)

D. Sulu, Bisaya

28.

Rumpun yang terdiri daripada bahasa Siam, Annam dan Burma ialah

a)

A. Austroasia

b)

B. Tibet-China

c)

C. Austronesia

d)

D. Mikronesia

29.

Rumpun merupakan kelompok bahasa yang berada dalam lingkungan usia

a)

A. 5000 tahun

b)

B. 5000 tahun dan ke atas

c)

C. 2500 hingga 5000 tahun

d)

D. Lebih rendah daripada 2500 tahun

30.

Yang manakah TIDAK tergolong dalam subkeluarga bahasa Jawa?

a)

A. Jawa

b)

B. Mandar

c)

C. Sunda

d)

D. Madura

31.

Yang manakah ciri bahasa Melayu moden?


I Bersifat dinamik

II Mengalami perancangan

III Mempunyai laras yang terhad

IV Tidak menerima pengaruh bahasa asing

a)

A. I dan II

b)

B. I dan III

c)

C. II dan IV

d)

D. III dan IV

32.

Yang manakah tokoh bahasa pada zaman pramerdeka?

a)

A. Asmah Haji Omar

b)

B. Nik Safiah Karim

c)

C. Hassan Ahmad

d)

D. Za'ba

33.

Penokok dan Penambah

Buku Ketetapan Hejaan Melayu


Siapakah penulis buku-buku di atas?

a)

A. Raja Ali Haji

b)

B. Mohd Said Sulaiman

c)

C. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi

d)

D. Zainal Abidin bin Ahmad

34.

Yang manakah tidak berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

a)

A. Bahasa pengantar

b)

B. Penciptaan istilah baharu

c)

C. Menyatukan pelbagai kaum di Malaysia

d)

D. Kewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti asing

35.

Yang manakah yang berkaitan dengan Za'ba?

a)

A. Buku Ketetapan Hejaan Bahasa Melayu

b)

B. Kitab Pengetahuan Bahasa

c)

C. Syair Singapura Terbakar

d)

D. Ilmu Mengarang Melayu

36.

Yang manakah tokoh bahasa Melayu pada zaman pascamerdeka?

a)

A. Za'ba

b)

B. Abdullah Munsyi

c)

C. Nik Safiah Karim

d)

D. Mohd Said Sulaiman

37.

Pertubuhan yang bertanggungjawab untuk merancang perkembangan bahasa Melayu ialah

a)

A. Institut Bahasa

b)

B. Universiti Malaya

c)

C. Dewan Bahasa dan Pustaka

d)

D. Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan

38.

"Mengembangkan bahasa Melayu agar dapat mencapai keadaan saling terjemah dengan bahasa moden lain"


Tujuan di atas merupakan

a)

A. perancangan taraf

b)

B. penyeragaman

c)

C. pemupukan

d)

D. pengekodan

39.

Yang manakah yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

a)

A. Bahasa pengantar pendidikan

b)

B. Bahasa perpaduan rakyat Malaysia

c)

C. Bahasa komunikasi dalam situasi formal

d)

D. Bahasa komunikasi yang difahami seluruh rakyat Malaysia

40.

Yang manakah korpus yang TIDAK terlibat dengan pengekodan bahasa?

a)

A. Ejaan

b)

B. Sebutan

c)

C. Etimologi

d)

D. Tatabahasa

41.

Yang manakah BUKAN faktor berlakunya penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu?

a)

A. Penjajahan

b)

B. Perniagaan

c)

C. Pendidikan

d)

D. Kesukanan

42.

Awalan yang manakah yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit?

a)

A. eka-

b)

B. poli-

c)

C. anti-

d)

D. supra-

43.

Perkataan daripada bahasa yang manakah yang paling awal terserap ke dalam bahasa Melayu?

a)

A. Cina

b)

B. Arab

c)

C. Sanskrit

d)

D. Portugis

44.

Cat

Gincu

Tocang


Perkataan-perkataan di atas diambil daripada bahasa

a)

A. Sanskrit

b)

B. Belanda

c)

C. Parsi

d)

D. Cina

45.

Perkataan yang berasal daripada bahasa Jawa ialah


I- enak

II- tulen

III- waras

IV- mentega

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV