Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 3 (Penilaian Akhir Tahun)
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
_____________ kah 'Bapa Kemerdekaan' negara kita?
Di mana
Bila
Siapa
Ada
_______________ kah pertunjukan tarian itu akan diadakan?
Siapa
Bila
Mengapa
Kenapa
______________ kah harga seekor ikan ini?
Di mana
Bila
Siapa
Berapa
_____________ kah Cikgu Halim memanggil kamu tadi?
Mengapa
Siapa
Bila
Berapa
Apakah ayat tanya tanpa kata tanya yang betul di bawah?
Bas itu sudah bertolak?
Saya menangis kerana terjatuh di longkang?
Ya, saya sudah makan?
Berapakah harga alat tulis ini?
Pilih DUA ayat tanya tanpa kata tanya yang betul di bawah.
Siapakah yang mengambil baju saya?
Adik sudah makan?
Mengapakah ibu memarahi adik?
Pertandingan itu diadakan pada minggu hadapan?
Yang manakah ayat penyata di bawah?
Erra penyanyi yang popular?
Abang menemani ibu ke pasar malam.
Mengapakah Mei Ling dipanggil oleh guru besar?
Amboi, cantiknya beg tangan kamu ini!
_________ , berani kau melawan kata ibu!
Wah
Aduhai
Nah
Cis
______________ , kamu berjaya mendapat markah yang tertinggi dalam peperiksaaan kali ini!
Syabas
Amboi
Oh
Eh
____________ , ambillah hadiah ini sebagai tanda penghargaan saya kepada kamu!
Eh
Wah
Nah
Aduhai
Yang manakah ayat tunggal?
Sofia mendengar lagu sambil mengemas rumah.
Ayah dan ibu melancong ke Paris.
Kamu mesti mendengar nasihat guru jika ingin berjaya.
Samila menuang jus oren ke dalam gelas.
Pilih 2 jenis kata hubung yang betul.
kerana
dari
kepada
serta
Apakah perbezaan antara ayat majmuk dan ayat tunggal?
Ayat majmuk mempunyai kata sendi manakala ayat tunggal tidak mempunyai kata sendi.
Ayat majmuk mempunyai kata hubung manakala ayat tunggal tidak mempunyai kata hubung.
Kedua-dua ayat tidak mempunyai kata hubung.
Kedua-dua ayat mempunyai kata hubung.
Pilih DUA ayat tunggal yang betul.
Maafkan saya, cikgu.
Terima kasih ibu kerana membantu saya.
Sebentar lagi kita akan memulakan kursus kita.
John dan Steven bersahabat baik.
Pilih DUA ayat majmuk yang betul.
Cuaca sangat panas hari ini.
Kamu boleh menggunakan buku atau telefon pintar sebagai rujukan.
Walaupun miskin, Ali tidak pernah meminta wang daripada ibunya kerana dia seorang anak yang baik.
Saya hendak pergi membeli air di sana.
___________ , Siew Ling! Silakan masuk.
Hai
Amboi
Nah
Syabas
Hisham telah memenangi pertandingan sajak sempena Hari Guru tahun 2020.
Apakah ayat tanya yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas?
Mengapakah pertandingan sajak diadakan?
Di manakah pertandingan itu diadakan?
Bilakah Hisham memenangi pertandingan sajak Hari Guru?
Siapakah yang telah memenangi pertandingan sajak sempena Hari Guru tahun 2020?
Pilih DUA ayat penyata yang betul di bawah.
Syabas, kamu telah dipilih sebagai peserta akhir!
Oh, rupanya kamu anak Pak Leman!
Perniagaan ayah semakin berkembang sejak dua bulan yang lalu.
Kami membeli buah mangga, pisang dan anggur di pasar raya.
Yang manakah ayat tanya yang betul?
Siapakah harga mi goreng ini?
Bagaimanakah tarikh kedai itu dibuka?
Bilakah orang yang memakai baju biru itu?
Di manakah terletaknya Pasar Raya Megah?
Cikgu Min menasihati murid-muridnya agar sentiasa fokus pada pelajaran mereka _______________ mereka boleh mendapat keputusan yang cemerlang.
supaya
atau
jika
walaupun
