wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu / dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Pilih jawapan yang betul bagi menggantikan perkataan yang digariskan.


Hujan yang turun dengan kuatnya merupakan antara sebab-sebab banjir berlaku.

a)

meriahnya - sebab

b)

lebatnya - antara sebab

c)

hebatnya - antara sebab

2.

Rakyat Malaysia perlu mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke masa agar tanah air yang tercinta ini tidak dijelajah lagi.

a)

semasa ke semasa - dijajah

b)

semasa ke semasa - dijelajahi

c)

semasa ke masa - dijajahi

3.

Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan.

a)

telapak - diserahkan mereka

b)

tepak - telah diserahkan oleh mereka

c)

tampak - telah mereka menyerahkan

4.

Kerjasama di antara negara rantau ASEAN dalam bidang ekonomi haruslah diketatkan lagi.

a)

diantara - dikuatkan

b)

bersama - dieratkan

c)

antara - dikukuhkan

5.

Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai itu amat dikagumi oleh saya.

a)

profesional - saya kagumi

b)

professional - saya kagumi

c)

profesor - mengagumkan saya

6.

Pelbagai sayur-mayur dijual oleh Pak Majid di pasar tani untuk menambahkan pendapatan bagi membiayai keluarganya.

a)

Pelbagai sayuran - menjaga

b)

berbagai sayur-mayur - menafkahi

c)

pelbagai sayur - menyara

7.

Sebagai murid, kita mesti tabah merempuh segala cabaran agar supaya kita berjaya dalam pelajaran.

a)

menempuhi - untuk

b)

menempuh - agar

c)

merempuhi - supaya

8.

Untuk memastikan produktiviti syarikat bertambah, Encik Hadi berjanji memberikan bonus sebagai intensif dengan para pekerjanya.

a)

insentif - kepada

b)

inisiatif - pada

c)

imbuhan - terhadap

9.

Kempen menggalakkan orang ramai memberi darah perlu dipergiat kerana darah amat diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.

a)

menyerah - bagi

b)

menderma - untuk

c)

mendermakan - kerana

10.

Kertas kerja yang diajarkan oleh pensyarah itu di dalam simposium tersebut sungguh menarik.

a)

ditunjukkan - sewaktu

b)

dilaporkan - dalam

c)

dibentangkan - dalam

11.

Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai ke rumahnya.

a)

tertib

b)

pantas

c)

cermat

12.
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
a)
deras
b)
cepat
c)
kencang
13.
__________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
a)
budak-budak
b)
pelajar-pelajar
c)
lelaki-lelaki
14.
Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
a)
ternakan
b)
haiwan
c)
makhluk
15.
Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
a)
pelancong
b)
pendatang
c)
rakyat
16.
Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku.
a)
kami
b)
mereka
c)
kita
17.
Murid-murid diminta beratur __________ menaiki bas.
a)
sementara
b)
ketika
c)
semenjak
18.
Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.
a)
bebiri
b)
kekabu
c)
bebola
19.
Anak gadis Puan Mona _________________ minuman kepada tetamu yang datang.
a)
menghidang
b)
menghidangkan
c)
dihidangkan
20.
Perbuatan suka _____________ dinding bangunan dan telefon awam patut dihentikan.
a)
melakar
b)
menconteng
c)
menulis