wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Akhir Tahun Tatabahasa Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Hafiz hidup dalam keadaan serba kekurangan. _______, dia sentiasa bekerja kuat untuk menyara keluarganya.

a)

Oleh hal yang demikian

b)

Seterusnya

c)

Tambahan pula

d)

Walau bagaimanapun

2.

Natalie sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya. _______, dia merupakan anak tunggal.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Dengan itu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Seterusnya

3.

Johny membaiki tayar basikal itu kerana _____nya telah rosak.

a)

jejari

b)

bebola

c)

kekuda

d)

bebenang

4.

Bantal yang dibuat daripada _____ itu sungguh empuk.

a)

kekisi

b)

kekabu

c)

pepohon

d)

bebenang

5.

Rumah Kim berada di hadapan rumah Kamila.

Pilih perkataan antonim bagi hadapan.

a)

antara

b)

bawah

c)

sebelah

d)

belakang

6.

Buku Panduan Khas itu dianggap mustahak oleh guru-guru Sekolah Rendah Visi.

Pilih perkataan sinonim bagi mustahak.

a)

remeh

b)

mudah

c)

penting

d)

senang

7.

Pihak sekolah _____ penjaga agar _____ bekalan makanan untuk anak-anak mereka.

a)

bersarapan ... sediakan

b)

sarapan ... kesediaan

c)

menyaran ... bersedia

d)

menyarankan ... menyediakan

8.

Sudah puas Encik Johari menasihati anaknya supaya tidak berlumba motosikal dengan kawan-kawannya itu tetapi tidak diendahkannya. Sikap anaknya itu seperti _____.

a)

telur di hujung tanduk

b)

bapa borek anak rintik

c)

mencurah air ke daun keladi

d)

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

9.

Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas ialah _____.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

d)

hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

10.

Suasana matahari _____ pada waktu pagi di kawasan sawah itu sangat indah.

a)

timbul

b)

tenggelam

c)

terbenam

d)

terbit

11.

Faiz hanya _____ kepalanya ketika disoal oleh guru tentang kerja sekolahnya.

a)

mencakar-cakar

b)

memicit-micit

c)

menggaru-garu

d)

menepuk-nepuk

12.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Puteri bongsu Raja Saul sedang beradu di kamarnya.

b)

Mangsa rompakan beradu kejadian itu di balai polis yang berdekatan.

c)

Pasukan sekolah kami telah mendapat tempat kedua dalam beradu itu.

d)

Kanak-kanak itu sedang menangkap beradu yang terdapat dalam parit tersebut.

13.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Amir tercicir bas sekolah kerana dia bangun lewat pada pagi tadi.

b)

Nama Khalid telah tercicir daripada senarai nama pemain bola sepak sekolahnya.

c)

Buah durian di atas pokok itu tercicir kerana telah masak.

d)

Adik telah tercicir di atas lantai yang basah itu.

14.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Apakah yang menyebabkan harga perabot itu mahal?

a)

Perabot itu memang cantik.

b)

Jika berminat, usah berkira tentang harganya.

c)

Perabot itu diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi.

d)

Kebanyakkan orang tidak mampu untuk membeli perabot itu.

15.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Saya akan meneruskan kerjaya sebagai pendidik selagi terdaya.

a)

Mengapakah saudara akan terus berkecimpung dalam bidang pendidikan?

b)

Siapakah yang mendorong saudara menjadi pendidik?

c)

Apakah azam saudara dalam bidang pendidikan?

d)

Mengapakah saudara memilih bidang ini?

16.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Lagu yang dinyanyikan oleh Juwita itu telah dicipta oleh Aubrey.

a)

Aubrey yang telah mencipta lagu nyanyian Juwita itu.

b)

Lagu ciptaan Juwita telah dinyanyikan oleh Aubrey.

c)

Juwita telah merakamkan lagu yang dicipta oleh Aubrey.

d)

Lagu ciptaan Aubrey yang dinyanyikan oleh Juwita itu telah menjadikannya penyanyi yang terkenal.

17.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Nani, kalau awak pergi ke pasar raya, tolong belikan ubat gigi untuk saya," kata Hasni kepada Nani.

a)

Nani hendak pergi ke pasar raya jika Hasni memesan ubat gigi.

b)

Hasni hendak membeli ubat gigi jika Nani pergi ke pasar raya bersamanya.

c)

Hasni meminta Nani membelikannya ubat gigi jika dia pergi ke pasar raya.

d)

Nani meminta Hasni membelikannya ubat gigi jika dia pergi ke pasar raya.

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

Surat aduan dari penduduk telah diterima oleh pihak pemaju perumahan tersebut.

b)

Kami akan menggabungkan tenaga bagi menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

c)

Saya sangat meminati rancangan Hawai Five-0 yang disiarkan oleh Astro.

d)

Setiap murid-murid perlu menyertai aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah.

19.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mengedar dadah ialah buatan yang salah di sisi undang-undang.

b)

Lagu permintaan ini ditujukan kepada rakan-rakan yang mengenali dirinya.

c)

Lim De Gan berasa berbangga kerana terpilih mewakili sekolah di dalam perbahasan.

d)

Setiap golongan-golongan perlu bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara.

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Oh, ambillah buku kamu semula!

b)

Amboi, manisnya senyuman gadis itu!

c)

Cis, silakan masuk ke dalam rumah kami!

d)

Aduhai, kamu berjaya dalam pertandingan ini!