wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu UPSR - Cikgu Hadiah

Total questions: 30

Worksheet time: 1hrs 29mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Razlan menitiskan air mata semasa menonton rakaman _________ cucunya yang sedang melanjutkan pelajaran di Indonesia.

a)

video

b)

filem

c)

pakaian

d)

sulaman

2.

Rahmah berasa gembira apabila melihat adiknya berucap di __________ sambil memegang piala yang dimenanginya.

a)

rostrum

b)

meja

c)

pangkin

d)

balai

3.

Beberapa ______________ langsat diletakkan di dalam bekas oleh Abang Azli yang baru pulang dari dusun.

a)

gugus

b)

biji

c)

titis

d)

buah

4.

Pak Salleh menghampar se___________ tikar mengkuang semasa berkelah di Tanjung Bunga.

a)

bidang

b)

carik

c)

buah

d)

kepal

5.

Ayah saya pergi ke Sungai Petani untuk mengambil Mykid adik yang baru siap di _________________.

a)

Pejabat Pendaftaran Sungai Petani

b)

Pejabat Polis Utara

c)

Pejabat Pos Malaysia

d)

Pejabat Pendaftaran Tadika Kemas

6.

Adik Razolawati yang sakit gigi selepas makan coklat mendapatkan rawatan daripada __________ di klinik.

a)

Doktor Maizura

b)

Sarjan Mustakim

c)

Guru Besar Tan

d)

Chef Izwani

7.

Imran membuka pintu dengan segeranya kerana ibu dan ayahnya sudah pulang dari pasar. Pilih perkataan sinonim bagi pulang.

a)

balik

b)

muncul

c)

keluar

d)

pergi

8.

Puan Nadia menasihati anak-anaknya supaya mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Pilih perkataan sinonim bagi bermanfaat.

a)

berfaedah

b)

beruntung

c)

berkhasiat

d)

berhasil

9.

Adik Imran yang kurang upaya itu mempunyai bakat istimewa, iaitu sangat pandai melukis. Pilih perkataan sinonim bagi bakat.

a)

kebolehan

b)

kelayakan

c)

kebaikan

d)

kekuatan

10.

Barisan juri sangat tertarik apabila melihat lukisan adik Imran yang sangat cantik dan kreatif itu. Pilih perkataan sinonim bagi tertarik.

a)

terikat

b)

terpikat

c)

terkejut

d)

tersentak

11.

Hubungan antara anggota keluarga Puan Mariam sentiasa erat akan harmoni walaupun mereka berlainan bangsa. Pilih perkataan sinonim bagi erat.

a)

ketat

b)

mesra

c)

dekat

d)

kemas

12.

Remy berasa gembira kerana keluarganya sentiasa bahagia, saling mengasihi dan hidup dengan harmoninya. Pilih perkataan sinonim bagi mengasihi.

a)

merindui

b)

menyayangi

c)

mengunjungi

d)

menghormati

13.

Keluarga Zakiah berkelah di se__________ air terjun yang sangat bersih dan indah.

a)

ekor

b)

buah

c)

gugus

d)

helai

14.

Kak Rohaya memasukkan beberapa ____________ daging ke dalam periuk kerana dia hendak membuat bubur untuk adik.

a)

ekor

b)

potong

c)

gugus

d)

helai

15.

Ayah menghadiahi adik tiga __________ arnab yang sangat comel semasa sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-12 tahun.

a)

ekor

b)

potong

c)

gugus

d)

helai

16.

Puan Nadia meletakkan dua ___________ anggur yang dibawanya ketika berkelah bersama-sama keluarganya di dalam bekas.

a)

ekor

b)

potong

c)

gugus

d)

helai

17.

Jamilah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya kerana _____________ mengalami tekanan perasaan.

a)

dia

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

18.

"Mari _____________ berehat sambil menenangkan fikiran di taman itu," kata Asri kepada kawan-kawannya.

a)

kita

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

19.

Masalah stres _________ kesan negatif kepada kesihatan fizikal dan mental kita.

a)

membawa

b)

mengawal

c)

mendapat

d)

menerima

20.

Adli ____________ kedua-dua belah tangannya ke bawah sebelum memulakan senaman.

a)

meluruskan

b)

meletakkan

c)

meregangkan

d)

mendepangkan

21.

Kesihatan minda kita __________________ terjaga jika kita memiliki emosi yang positif.

a)

akan

b)

hendak

c)

sudah

d)

perlu

22.

Amalan gaya hidup yang sihat ______________ membantu kita mencegah stres.

a)

dapat

b)

hendak

c)

sudah

d)

perlu

23.

Bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok dapat ______________ sel-sel otak.

a)

merosakkan

b)

mempengaruhi

c)

mendapatkan

d)

mengalami

24.

Amalan tidur secara berlebihan akan melemahkan daya ________________ seseorang.

a)

berfikir

b)

mempengaruhi

c)

mendapatkan

d)

mengalami

25.

Kesihatan mental akan ____________ kesihatan fizikal seseorang.

a)

berfikir

b)

mempengaruhi

c)

mendapatkan

d)

mengalami

26.

Pesakit yang _____________ masalah kemurungan itu sedang dirawat oleh Doktor Anis.

a)

berfikir

b)

mempengaruhi

c)

mendapatkan

d)

mengalami

27.

Kita perlu _____________ nasihat daripada kaunselor jika mengalami masalah stres.

a)

berfikir

b)

mempengaruhi

c)

mendapatkan

d)

mengalami

28.

"Marilah ________ tangani masalah ini dengan fikiran yang positif," kata Ainul kepada Mirza.

a)

kita

b)

kamu

c)

kami

d)

saya

29.

Doktor Rizal meminta murid-murid senyap kerana _______________ akan menyampaikan ceramah tentang pengurusan emosi sebentar lagi.

a)

beliau

b)

baginda

c)

dia

d)

kalian

30.

Setelah seharian mengulang kaji pelajaran, ______________ berehat di tepi pantai untuk menghilangkan stres.

a)

mereka

b)

kamu

c)

dia

d)

kalian