NEW
Font size
WorksheetsKOSASS TRIVIA BM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Berikut merupakan maksud bagi perkataan ‘benguk’ KECUALI
masyghul
hampa
murung
duka
Mak Cik Hanis memukul ular sawa yang melulur anak ayamnya malam semalam.
Apakah sinonim bagi perkataan ‘melulur’?
menelan
memakan
mematuk
memagut
Atiqah membentak adiknya yang berlari-lari di halaman rumah mereka.
Berikut merupakan sinonim untuk perkataan ‘membentak’ KECUALI
mengherdik
menengking
menghina
memarahi
Pak Man menggali lubang untuk mengebumikan jenazah yang meninggal pagi tadi.
Pilih antonim bagi perkataan ‘menggali’.
menimbus
menutup
mengorek
menampal
Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
Pilih antonim untuk perkataan ‘pujian’.
sokongan
sindiran
galakan
cacian
Pilih perkataan ANTONIM yang menggambarkan keadaan bunga di atas.
kuncup
mekar
kempis
kembung
Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.
ikat…ulas
cekak...biji
jemput…butir
rumpun…genggam
Beberapa ______ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang pendaki gunung.
batang
biji
kaki
pucuk
Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering untuk menghidupkan unggun api.
batang…helai
berkas…helai
puntung…keping
rumpun…longgok
Anis _____ di hadapan tetamu untuk menyembunyikan keperitan hidup yang sedang dialaminya.
ketawa raja
tertawa sumbing
senyum simpul
senyum sinis
Dahlia sentiasa memastikan setiap artikel yang ditulisnya diselitkan _____ demi menambahkan ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang membacanya.
lidah pendeta
lidah bercabang
lintah darat
lidah biawak
Jangan terlalu yakin dengan berita yang dikhabarkan oleh Sofea, kerana itu semua _____ sahaja.
lidah bercabang
cerita burung
lidah biawak
mulut bisa
Encik Zukarnain merotan anak terunanya kerana bertindak mengganggu gadis-gadis di kampungnya.
Pilih peribahasa yang bersesuaian dengan situasi tersebut.
Ayam berinduk, sirih berjunjung
Ayam menang, kampung tergadai
Ayam tak patuk, itik tak sudu
Seperti ayam patuk anaknya
Surya hanya mengikut sahaja kemahuan suaminya untuk beristeri dua walaupun hatinya membuak-buak perasaan tidak mahu dimadukan.
Pilih peribahasa yang bersesuaian dengan situasi tersebut.
seperti kambing putus tali
bagai kambing harga dua kupang
seperti kambing dikupas hidup-hidup
bagai kambing dihalau ke air
Pilih peribahasa yang bermaksud "berlari pantas kerana ketakutan".
Takut akan lumpur, lari ke duri
Berlari-lari anjing
Seperti polong kena sembur
Bagai ayam mabuk tahi
Pilih ejaan yang tepat.
murtabak
martabak
murthabak
marthabak
Pilih ejaan yang tepat.
Yang di-Pertuan Agong
Yang Dipertuan Agong
Yang Dipertuan Agung
Yang di-Pertuan Agung
Pilih ejaan yang tepat.
Keriting
Kerinteng
Kerinting
Keriteng
Dek kerana terlalu letih melayan tetamu ketika majlis sambutan hari jadinya, Laila terlelap dengan sangat jendera tanpa sempat menukar pakaiannya.
Pilih maksud yang bersesuaian bagi perkataan ‘jendera’.
Sepi
Tenang
Nyenyak
Penat
Kini, isu pembuangan bayi telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat.
Pilih maksud yang bersesuaian bagi perkataan ‘polemik’.
Tumpuan
Persoalan
Perbahasan
Perbualan
Sultan Johor amat berkenan dengan kaus tersebut kerana ia merupakan kurniaan daripada Sultan Brunei.
Apakah maksud perkataan ‘kaus’ dalam bahasa istana?
Kasut
Topi
Jam
Payung
“______ setinggi tahniah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena diperkenan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16”.
Menjunjung kasih
Merafak sembah
Menjunjung duli
Menjunjung titah
Lily mendapat merit kolej _____ antara rakan-rakannya.
Benar tinggi sekali
Tertinggi sekali
Amat tinggi sekali
Paling tinggi sekali
Pilih ayat dengan tatabahasa yang salah.
Suzy berkata bohong terhadap Cikgu Anisah.
Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah tersebut.
Thariq memberikan kepada Auliya sebatang pen.
Mikail sedang membaca buku di perpustakaan.
Kerajaan bercadang untuk memajukan kawasan _____ dengan menambah beberapa fasiliti baharu.
pedalaman
dalaman
pendalaman
kedalaman
