NEW
Font size
WorksheetsKuiz 2 - SBLM1013 - Set 2
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Teks Sumber: If you cross a busy road without looking, you get whacked by a car.
Teks Sasaran: Sekiranya kamu melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan, kamu pasti dilanggar kereta.
Apakah bentuk penyesuaian (Nida, 1964) yang diupayakan oleh penterjemah dalam konteks yang dihitamkan di atas?
Pindaan
Pengguguran
Penambahan
Pinjaman
Teks Sumber: “Hagrid,” said Dumbledore, sounding relieved. “At last. And where did you get that motorcycle?”
Teks Sasaran: “Hagrid,” panggil Dumbledore dengan suara yang lega. “Sampai juga kamu akhirnya. Dari mana kamu dapat motorsikal itu?”
Apakah bentuk penyesuaian (Nida, 1964) yang berlaku dalam konteks yang digelapkan di atas?
Pengguguran
Penambahan
Pinjaman
Transposisi
Teks Sumber: ikebana
Teks Sasaran: ikebana
Teks Sumber: concrete
Teks Sasaran: konkrit
Teks Sumber: abstract
Teks Sumber: abstrak
Kenal pasti strategi terjemahan (Vinay & Darbelnet, 1958) yang diupayakan dalam contoh di atas.
Pinjaman
Penggantian
Kesepadanan
Modulasi
Teks Sumber: Fatty wasn’t there yet, so they sat down and ordered currant buns with butter, and hot coffee.
Teks Sasaran: Gemuk masih belum tiba. Mereka duduk lalu memesan teh panas dan kuih pau.
Kenal pasti strategi terjemahan (Vinay & Darbelnet, 1958) dalam konteks yang digelapkan di atas.
Kesepadanan
Adaptasi
Pinjaman
Modulasi
Teks Sumber: 'The gold ones are Galleons,’ he explained. ‘Seventeen silver Sickles to a Galleon and twenty-nine Knuts to a Sickle, it’s easy enough.’
Teks Sasaran: ‘Syiling emas ini dipanggil Galleon,' terang Hagrid. 'Tujuh belas Sickle perak bersamaan dengan satu Galleon dan dua puluh sembilan Knut bersamaan dengan satu Sickle. Mudah, bukan?’
Kenal pasti strategi terjemahan (Vinay & Darbelnet, 1958) yang diupayakan dalam konteks yang digelapkan di atas.
Pinjaman
Adaptasi
Penggantian
Kesepadanan
Teks Sumber: I wondered if it was mouse skin. She opened the purse, put her fingers in the opening, came out with a large silver coin: half a crown.
Teks Sasaran: Aku tertanya-tanya adakah ia kulit tikus. Dia buka dompet itu, masukkan jarinya ke dalam celah bukaan dompet, dan keluarkan sekeping duit perak yang besar: half a crown. (9)
-----------------------------------------------------------------------------------
(9) Half a crown bernilai dua setengah syiling ataupun 30 penny ataupun 1/8 pound.
Apakah teknik terjemahan yang digunakan dalam konteks yang digelapkan dalam teks di atas?
Penggunaan frasa ayat yang setanding makna dengan perkataan
Penggunaan perkataan sebagai definisi
Penggunaan nota kaki atau ulasan
Penggunaan pengikat kata
Teks Sumber: I watched them from the branch of my beech tree. First he showed Ursula around the garden, pointing out the rose bushes and the blackcurrant bushes and the cherry trees and the azaleas ...
Teks Sasaran: Aku memerhatikan mereka dari dahan pokok bic. Pertama sekali dia menunjukkan Ursula taman rumah, menuding ke arah belukar ros dan tumbuhan blackcurrant dan pokok ceri dan pokok azalea ...
Apakah teknik terjemahan yang diupayakan dalam konteks yang digelapkan di atas?
Peminjaman
Penggantian
Transposisi
Kesepadanan
Teks Sumber: ‘Ali is waiting for the clinic to call with his PCR Covid-19 results, so he's been like a cat on hot bricks all day.’
Teks Sasaran: ‘Ali menunggu pihak klinik menghubunginya berkenan keputusan ujian PCR Covid-19 nya. Seharian dia seperti kera kena belacan.
Apakah strategi terjemahan (Vinay & Darbelnet, 1958) yang diupayakan dalam konteks yang digelapkan di atas?
Kesepadanan
Adaptasi
Modulasi
Transposisi
Teks Sumber: Honey has been used by mankind since the dawn of civilization.
Teks Sasaran: Manusia sudah menggunakan madu sejak awal peradaban.
Apakan strategi terjemahan (Vinay & Darbelnet, 1958) yang paling ketara digunakan dalam teks di atas?
Kesepadanan
Pinjaman
Adaptasi
Transposisi
Teks Sumber: I have no idea.
Teks Sasaran: Aku mempunyai tiada idea.
Apakah strategi terjemahan (Vinay & Darbelnet, 1958) yang paling ketara diupayakan dalam teks di atas?
Penggantian
Transposisi
Modulasi
Kesepadanan
Dalam konteks terjemahan komunikatif, peribahasa Inggeris ‘No garden without weeds’ sesuai diterjemahkan sebagai
Alah bisa tegal biasa.
Bertemu buku dengan ruas.
Bumi mana tidak ditimpa hujan.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan konteks organisasi dalam salah satu Kategori Budaya Newmark (1988), “Central Market" yang merupakan pusat jualan barangan kebudayaan serta keseniaan di Kuala Lumpur sewajarnya diterjemahkan sebagai
Pasar Besar
Pasar Besar Utama
Pasar Seni
Pasar Tengah Budaya
Apabila penterjemah menterjemahkan ayat “There is a cooking class organised by Mrs. Tan” sebagai “Di sana ada satu kelas yang dikendalikan oleh Puan Tan”, teks sasaran menjadi kurang tepat kerana penterjemah sebenarnya berhadapan dengan masalah
pengalaman bahasa yang tidak sama.
perbezaan leksikal yang ketara.
kesantunan berbahasa.
berlainan tatabahasa.
Pengekalan unsur asing seperti ‘kimci,’ ‘ramen,’ ‘nachos,’ dan ‘sushi’ terpaksa dilakukan apabila tiada ujaran dalam bahasa teks sasaran yang boleh mengungkap ujaran bahasa sumber.
Strategi ini merupakan strategi terjemahan budaya yang dikenali sebagai
pemindahan budaya.
pinjaman budaya.
eksotisme.
terjemahan komunikatif.
Apabila penterjemah menterjemah frasa 'Many students' sebagai 'Ramai pelajar-pelajar', penterjemah dilihat sebagai berhadapan dengan masalah
bentuk jamak.
kesantunan dalam berbahasa.
penyamaan satu lawan banyak.
pengalaman bahasa yang tidak sama.
Teks Sumber: We'll use what we have.
Teks Sasaran: Kita akan gunakan apa yang kita ada.
Dalam konteks di atas, penterjemah berhadapan dengan masalah
bentuk jamak.
penggunaan kata hubung.
leksikal yang tidak sama.
kesantunan bahasa.
Dalam konteks budaya organisasi sosial, istilah ‘Town Hall’ wajar diterjemahkan sebagai
Ceramah Umum.
Ceramah Bandar.
Dialog Awam.
Dialog Dewan
Bahasa Inggeris: ‘calladium,’ ‘elephant ears,’ dan ‘angel wings'
Bahasa Melayu: 'keladi'
Dalam konteks di atas, penterjemah berhadapan dengan masalah
banyak lawan satu.
satu lawan banyak.
satu lawan sebahagian penyamaan.
berlainan tatabahasa
"no language can exist unless it is steeped in the context of culture; and no culture can exist which does not have at its centre, the structure of natural language"
Penyataan tentang kesalingbergantungan bahasa dan budaya ini dikemukakan oleh
Jiri Lotman (1978).
Peter Newmark (1988).
Gail Robinson (1988).
Hervey and Higgins (1992).
Teks Sumber: The modus operandi of female serial killers was examined from a chronology of 58 cases in America.
Teks Sasaran: Modus operandi, yakni cara atau tabiat seseorang dalam melakukan sesuatu kerja, pembunuh wanita bersiri dikaji daripada rentetan 58 kes di Amerika.
Penterjemah petikan di atas menggantikan konsep ‘modus operandi’ dengan
menggunakan perkataan itu sebagai definisi.
menggunakan perkataan itu dalam ikatan kata.
menggunakan kata-kata itu sebagai peluasan makna.
menggunakan frasa ayat yang standing dengan makna perkataan itu.
