wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (PAT) 2020 - BIDANG SENI TEATER (T2)

Total questions: 30

Worksheet time: 1hrs 1mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan teater?

a)

Seni persembahan lakonan di atas pentas yang melibatkan elemen teater seperti naskhah, pelakon, penonton, krew produksi, pentas dan sinografi.

b)

Seni persembahan lakonan di dalam kaca televisyen yang melibatkan elemen teater seperti naskhah, pelakon, penonton, krew produksi, pentas dan sinografi.

c)

Seni persembahan pertahankan diri di atas pentas yang melibatkan elemen teater seperti naskhah, pelakon, penonton, krew produksi, pentas dan sinografi.

d)

Seni persembahan kreatif di atas pentas yang melibatkan elemen teater seperti naskhah, pelakon, penonton, krew produksi, pentas dan sinografi.

2.

Siapakah beliau?

a)

Abdul Rahman Mohd Razali

b)

Abdul Rahim Mohd Razali

c)

Abdul Razhim Mohd Razali

d)

Abdul Razali Mohd Rahim

3.

"...keadaan tertentu yang dialami oleh watak semasa berhadapan dengan sesuatu peristiwa."


Apakah jawapan yang betul bagi definisi diatas?

a)

Peristiwa

b)

Situasi

c)

Pengalaman

d)

Imaginasi

4.

"...yang difikirkan, dilakukan dan diucapkan oleh watak dalam sesebuah adegan."


Apakah jawapan yang sesuai bagi definisi diatas?

a)

Imaginasi

b)

Penghayatan

c)

Aksi

d)

Situasi

5.

"...setiap watak mempunyai matlamat utama untuk dicapai. Matlamat ini bersifa muktamad."


Apakah jawapan yang betul bagi definisi di atas?

a)

Matlamat Kendiri

b)

Matlamat Watak

c)

Matlamat Utama

d)

Matlamat Aksi

6.

"...melakukan penyesuaian daripada sumber cerita untuk dipindahkan dalam bentuk aksi yang dilakonkan."


Apakah jawapan yang sesuai bagi definisi diatas?

a)

Penghayatan

b)

Adaptasi

c)

Imaginasi

d)

Memory Recall

7.

"...pelahiran maksud perasaan melalui kata-kata, air muka atau gerak-geri."


Apakah jawapan yang sesuai bagi definisi di atas?

a)

Penghayatan

b)

Imaginasi

c)

Ekspresi

d)

Apresiasi

8.

"...merupakan kaedah yang digunakan oleh pelakon sebagai pengganti kejadian yang hampir sama dengan situasi watak dalam lakonan."


Apakah jawapan yang sesuai dengan kenyataan diatas?

a)

Penghayatan

b)

Adaptasi

c)

Imaginasi

d)

Memory Recall

9.

"...lakonan bersahaja dalam persembahan teater yang hanya menggunakan isyarat gerak-geri dan memek muka tanpa sebarang perkataan.."


Apakah jawapan yang sesuai dengan definisi diatas?

a)

Mimos

b)

Imaginasi

c)

Penghayatan

d)

Memory Recall

10.

"...setiap watak saling menyokong antara satu sama lain serta memahami matlamat yang ingin dicapai."


Apakah jawapan yang sesuai dengan definisi di atas?

a)

Ensembel

b)

Perhimpunan

c)

Perkumpulan

d)

Imaginasi

11.

Siapakah Beliau?

a)

Mohd Rahim Abdul Razali

b)

Abdul Rahim Mohd Razali

c)

Zakaria Ariffin

d)

Ariffin Zakaria

12.

Sebelum menghasilkan sebuah naskhah, penulis sudah memiliki sumber idea seperti berikut, kecuali;-

a)

Bacaan Luas

b)

Berdasarkan Imaginasi

c)

Melihat Pemandangan

d)

Penghayatan Watak

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Meniru Dialog'?

a)

Perbuatan menyampaikan semula cerita yang didengar, dibaca, atau ditonton dalam bentuk sehari-hari.

b)

Perbuatan menyampaikan semula cerita yang didengar, dibaca, atau ditonton dalam bentuk sebulan.

c)

Perbuatan menyampaikan gerak lakonan yang didengar, dibaca, atau ditonton dalam bentuk sehari-hari.

d)

Perbuatan menonjolkan semula cerita yang didengar, dibaca, atau ditonton dalam bentuk sehari-hari.

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan ADEGAN?

a)

Pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku pada sesuatu latar tempat yang sama tetapi pada latar masa yang berbeza-beza.

b)

Gabungan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku pada sesuatu latar tempat yang sama tetapi pada latar masa yang berbeza-beza.

c)

Bahagian daripada suatu lakonan. Dalam sesuatu babak, boleh wujud lebih daripada satu adegan.

d)

Bahagian daripada suatu lakonan. Dalam sesuatu babak, boleh wujud satu sahaja daripada satu adegan.

15.

Berikut adalah format penulisan skrip drama pentas, kecuali;-

a)

Keterangan Watak

b)

Tatacahaya

c)

Nama Penulis

d)

Dialog Watak

16.

Apakah jenis pentas di atas?

a)

Pentas Prosenium

b)

Pentas Arena

c)

Pentas Thrust

d)

Pentas Cat Walk

17.

Berikut adalah biografi ringkas Encik Hafshizan Hashim, kecuali;-

a)

Lahir pada 25 Januari 1977

b)

Kepakaran beliau adalah dalam bidang teater dan filem menerusi aspek rekaan set, pembinaan set dan props, scenic arts..

c)

Memiliki anugerah Sarjana Muda Seni Halus, UiTM (2020)

d)

Merupakan pensyarah kanan teater (Sinografi) di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM.

18.

Apakah definisi bagi SINOGRAFI?

a)

Bersifat visual yang menceritakan set, kostum, solekan, props, cahaya dan bunyi.

b)

Tatacahaya yang baik membuahkan hasil pementasan yang baik

c)

Busana yang cantik dan mahal mampu menarik perhatian para penonton untuk datang menonton pementasan.

d)

Tatabunyi wajib untuk diaplikasikan pada setiap pementasan teater.

19.

Berikut adalah jenis set dalam pementasan teater, kecuali;-

a)

Set Pegun

b)

Set Abstrak

c)

Set Anyaman

d)

Set Mudah Alih

20.

Berdasarkan gambar rajah diatas, set tersebut dikategorikan sebagai set...

a)

Set Pegun

b)

Set Mudah Alih

c)

Set Anyaman

d)

Set Abstrak

21.

Berdasarkan gambar rajah di atas, apakah jenis set tersebut..

a)

Set Mudah Alih

b)

Set Pegun

c)

Set Abstrak

d)

Set Anyaman

22.

Berdasarkan gambar rajah di atas, apakah jenis set tersebut?

a)

Set Abstrak

b)

Set Mudah Alih

c)

Set Pegun

d)

Set Anyaman

23.

Berdasarkan gambar rajah di atas, apakah jenis props tersebut?

a)

Props Tangan

b)

Props Hiasan

c)

Props Set

d)

Props Individual

24.

Berdasarkan gambar rajah diatas, apakah jenis props tersebut?

a)

Props Tangan

b)

Props Individual

c)

Props Hiasan

d)

Props Set

25.

Berdasarkan gambar rajah diatas, apakah jenis props yang tersebut?

a)

Props Hiasan

b)

Props Tangan

c)

Props Anyaman

d)

Props Set

26.

Berikut adalah elemen dalam Makyung, kecuali;-

a)

Lakonan

b)

Muzik

c)

Tarian

d)

Tatacahaya

27.

Apakah yang dimaksudkan dengan LELUCON?

a)

Perkataan Jawa yang bermaksud kelakar, jenaka atau lawak.

b)

Perkataan Kelantan yang bermaksud kelakar, jenaka atau lawak.

c)

Perkataan Tanah Melayu yang bermaksud kelakar, jenaka atau lawak.

d)

Perkataan Thailand yang bermaksud kelakar, jenaka atau lawak.

28.

Berikut adalah salah satu alat muzik persembahan Makyung. Apakah nama alat muzik tersebut?

a)

Gitar

b)

Canang

c)

Kesi

d)

Rebab

29.

Berikut adalah peralatan muzik dalam persembahan Makyung, kecuali;-

a)

Rebab

b)

Kesi

c)

Geduk

d)

Caklempong

30.

Berikut ialah ciri-ciri naskhah teater realisme, kecuali;-

a)

Watak-watak yang lebih realistik

b)

Bahasa dialog seharian

c)

Isu dan persoalan berfokus terhadap masalah sehari-hari

d)

Menggunakan Layar Putih/Kelir untuk Wayang Kulit.