Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 - Keluaran dan kos pengeluaran

Total questions: 25

Worksheet time: 45mins

Name
Class
Date
1.

Hukum pulangan sut menurun merujuk kepada kejatuhan

a)

Jumlah keluaran (TP)

b)

Keluaran Purata (AP)

c)

Keluaran Sut (MP)

d)

Jumlah Kos (TC)

2.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang hubungan antara Jumlah Keluaran (TP) dengan Keluaran Sut (MP)

a)

Semasa MP meningkat, TP meningkat dengan kadar bertambah

b)

Semasa MP meningkat, TP meningkat dengan kadar berkurang

c)

Semasa MP menurun, jumlah TP meningkat dengan kadar bertambah

d)

Semasa MP menurun, TP meningkat dengan kadar berkurangan

3.

Apabila Keluaran Purata (AP) maksimum, keluaran sut (MP)....

a)

Maksimum

b)

Menurun

c)

Meningkat

d)

bersilang dengan MP

4.

Hukum pulangan sut berkurangan bermula apabila

a)

keluaran sut (AP) maksimum

b)

keluaran sut(MP) menurun

c)

Jumlah keluaran(TP) maksimum

d)

Jumlah Keluaran(TP) minimum

5.

Pernyataan yang manakah tidak benar tentang kos purata (AC) ?

a)

Apabila AC menurun, MC lebih kecil

daripada AC

b)

Apabila AC minimum, MC sama

dengan AC

c)

AC meningkat apabila MC kurang daripada AC dan jatuh apabila MC lebih besar daripada AC

d)

Apabila AC meningkat, MC lebih besar daripada AC

6.

Keluk kos sut@kos marginal (MC) dan keluk kos purata (AC) bersilang apabila...

a)

Keluk AC menaik

b)

Keluk AC minimum

c)

keluk AC menurun

d)

keluk MC negatif

7.

Kos eksplisit sebuah firma

merujuk kepada

a)

kos minimum firma apabila beroperasi

b)

kos tetap (FC) yang ditanggung dalam proses pengeluaran

c)

semua perbelanjaan untuk mendapatkan faktor pengeluaran

d)

kos lepas untuk mendapatkan tambahan satu unit faktor pengeluaran

8.

Diberi fungsi jumlah kos(TC) berikut

TC= 100 +20Q


Berapakah kos purata(AC) pada tingkat keluaran 10 unit

a)

RM10

b)

RM12

c)

RM20

d)

RM30

9.

Semakin meningkat output, kos tetap purata (AVC) akan

a)

semakin meningkat

b)

semakin menurun

c)

menurun dan selepas itu meningkat

d)

meningkat dan selepas itu menurun

10.

Apakah kesan peningkatan teknologi terhadap

kos purata jangkapanjang (LAC)

a)

LAC beralih ke bawah

b)

LAC beralih ke atas

c)

Berlaku pergerakan ke bawah sepanjang keluk LAC yang sama

d)

Berlaku pergerakan ke atas sepanjang keluk LAC yang sama

11.

Kebolehan firma menikmati diskaun harga apabila membeli pada kuantiti besar adalah contoh

a)

ekonomi dalaman

b)

ekonomi luaran

c)

tak ekonomi dalaman

d)

tak ekonomi luaran

12.

Firma yang dibina dalam kawasan perindustrian akan menikmati

a)

kecekapan peruntukan

b)

kecekapan pengeluaran

c)

ekonomi bidangan luaran

d)

ekonomi bidangan dalaman

13.

Yang manakah antara berikut bukan ciri pasaran persaingan sempurna?

a)

Terdapat kebebasan keluar masuk firma

dalam pasaran

b)

Setiap firma dalam pasaran ialah pengambil harga

c)

Barang yang dikeluarkan boleh dibeza-bezakan

d)

Terdapat mobiliti sempurna

faktor-faktor pengeluaran

14.

Jika kos sut(MC) melebihi hasil sut(MR)...

a)

Firma akan menambahkan output pengeluaran

b)

Firma akan mengurangkan output pengeluaran

c)

Firma akan berada dalam keseimbangan

d)

Firma akan memaksimumkan keuntungan

15.

Untung per unit (untung satu unit) ialah perbezaan antara

a)

Hasil purata (AR) dan kos purata (AC)

b)

Jumlah hasil (TR) dan jumlah kos (TC)

c)

Kos sut (MC) dan kos purata (AC)

d)

Jumlah hasil (TR) dan jumlah kos berubah (TVC)

16.

Firma persaingan sempurna akan menutup operasi perniagaan dalam jangka pendek sekiranya

a)

jumlah kos (TC) melebihi jumlah hasil (TR)

b)

mengalami kerugian

c)

jumlah kos berubah (TVC) melebihi jumlah hasil (TR)

d)

kos purata (AC) melebihi hasil purata (AR)

17.

Apakah kesan terhadap tingkat harga dan output sekiranya firma persaigan sempurna bertukar menjadi monopoli

a)

harga akan jatuh, output akan bertambah

b)

harga akan naik, output akan bertambah

c)

harga akan naik, output akan berkurang

d)

harga akan jatuh, output akan berkurang

18.

Pengelasan firma dalam sesuatu struktur pasaran, iaitu samada PPS, PM atau PPB adalah berasaskan ciri-ciri berikut kecuali

a)

bilangan firma dalam pasaran

b)

kebebasan firma masuk ke dalam pasaran

c)

jangkamasa pengeluaran oleh firma

d)

jenis barang yang dikeluarkan oleh firma

19.

Jika output yang dikeluarkan oleh firma persaingan sempurna melebihi output keseimbangan

a)

kos sut (MC) lebih tinggi daripada hasil sut (MR)

b)

harga lebih tinggi daripada kos sut (MC)

c)

harga sama dengan kos sut (MC)

d)

hasil sut (MR) lebih tinggi daripada kos sut (MC)

20.

Yang manakah pernyataan yang tidak benar tentang monopoli

a)

Monopoli memperoleh untung lebih normal dalam jangkapanjang

b)

Monopoli berkuasa menetapkan harga dan kuantiti keluaran

c)

Keluk hasil sut (MR) monopoli sentiasa berada di atas keluk permintaan monopoli

d)

Antara halangan firma untuk masuk pasaran monopoli ialah modal yang besar

21.

Pasaran Monopoli akan mencapai keseimbangan apabila

a)

harga sama dengan kos sut (MC)

b)

jumlah kos (TC) adalah minimum

c)

hasil sut(MR) sama dengan kos purata (AC)

d)

hasil sut (MR) sama dengan kos sut (MC)

22.

Firma monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran, pada tingkat keseimbangan kerana output dikeluarkan pada....

a)

keluk kos sut (MC) yang sedang menurun

b)

keluk kos purata (AC) yang sedang menurun

c)

keluk hasil purata (AR) yang sedang menurun

d)

persilangan antara keluk kos sut (MC) dengan keluk hasil sut (MR)

23.

Rajah di atas menunjukkan keluk hasil sut, keluk kos sut dan keluk hasil purata bagi sebuah firma monopoli. Harga dan kuantiti keluaran yang memaksimumkan keuntungan ialah

a)

OP0 dan OQ0

b)

OP0 dan OQ2

c)

OP1 dan OQ1

d)

OP2 dan OQ2

24.

Rajah di atas menunjukkan keluk kos dan keluk hasil bagi sebuah firma monopoli. Jumlah kos tetap firma ialah

a)

P3P4EF

b)

P1P3FH

c)

P1P2GH

d)

P2P3FG

25.

Berdasar kan rajah monopoli di atas, jika kerajaan menetapkan harga sama dengan kos sut atau P=MC, maka

a)

harga naik daripada OP0 ke OP2

b)

harga naik dari OP2 ke OP3

c)

kuantiti keluaran bertambah daripada OQ0 kepada OQ1

d)

kuantiti keluaran bertambah daripada OQ0 kepada OQ2