wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA BAHASA MELAYU

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Suasana di dalam kelas sentiasa bising ketika ketiadaan guru kerana Shikin, Azura dan beberapa orang murid perempuan di kelas kami bagai .........

a)

lesung dengan antan

b)

murai dicabut ekor

c)

kacang direbus satu

d)

bunyi cempedak jatuh

2.

Puan Salbiah akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda drpd hasil jualan kainnya pada musim perayaan tetapi dia hanya memperoleh keuntungan yang sedikit pada hari-hari biasa seperti peribahasa ........

a)

mengaut laba dengan siku

b)

airpun ada pasag surutnya

c)

ayam disambar helang

d)

mendapat surian runtuh

3.

Encik Murad telah menggunakan keuntungan syarikatnya yang baru beroperasi itu untuk membeli barang-barang mewah. Perbuatan Murad samalah seperti peribahasa .....

a)

belum dudk telah berlunjur

b)

burung terbang dipipiskan lada

c)

baru hendak bertunas sudah dipetik

d)

mendengar guruh dilangit air di tempayan dicurahkan

4.

Phlawan-pahlawan kita sanggup berkorban nyawa demi negara yang tercinta . Bagi mereka.....

a)

biar rebah jangan roboh

b)

biar titik jangan tumpah

c)

biar mati anak jangan mati adat

d)

biar putih tulang, jangan putih mata

5.

Puan Maria gembira apabila suaminya pulang membawa daging kijag untuknya kerana dia terngin sagat hendak makan daging kijang. Hal ini dikatakan .............

a)

pucuk dicita ulam mendatang

b)

nasi sudah menjadi bubur

c)

panas tidak sampai ke petang

d)

kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

6.

Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan peribahasa ,

'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan'

a)

alang-alang mandi biar basah

b)

buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali

c)

kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

d)

bagai telur dihujung tanduk

7.

Peribahasa yag hampir sama maksud dengan burung terbang dipipiskan lada ialah

a)

seperti ayam jantan, kokok berderai derai, ekor bergelumang tahi

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

mendengar guruh dilangit, air ditempayan dicurahkan

d)

bagai belut pulang ke lumpur

8.

Pilih peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'api dalam sekam'

a)

Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

b)

Gunting dalam lipatan

c)

Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

d)

Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit

9.

Pilih peribahasa yang yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'menahan lukah di pergentingan'.

a)

Menangguk di air keruh

b)

Seperti ikan pulan ke lubuk

c)

Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya

d)

Lain yang sakit, lain yang disebat

10.

Pilih peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga'

a)

Biduk lalu kiambang bertaut

b)

Tempua bersarang rendah

c)

Ada udang disebalik batu

d)

Air dicincang tidak akan putus

11.

Pilih peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'seperti cincin lekat di jari'

a)

Tanduk bersendi gading

b)

Bagai sirih pulang ke gagang

c)

Klau takut dilambung ombak jangan berumah dtepi pantai

d)

Gagak pulang ke benua

12.

Pilih satu peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'retak menanti belah'

a)

Ibarat mencurah air ke daun keladi

b)

Seperti telur dihujung tanduk

c)

Seperti abu diatas tunggul

d)

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

13.

Pilih satu peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi'

a)

Habis madu sepah dibuang

b)

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak

c)

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah

d)

Mengata periuk belanga hitam

14.

Pilih satu peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'

a)

Seperti murai dicabut ekor

b)

Ditelan mati emak,diluah mati bapak

c)

Sudah geharu cendana pula

d)

Bapa borek anak rintik

15.

Pilih peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni'

a)

Ikan di laut, asam di darat,bertemu juga dalam belanga

b)

seperti kera kena belacan

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

usaha tangga kejayaan

16.

Pilih satu peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak'. *

a)

Bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

b)

Seperti belut pulang ke lumpur

c)

di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung

d)

Biduk lalu, kiambang bertat

17.

Pilih peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan'

a)

Seperti hujan jatuh ke pasir

b)

seperti si buta kehilangan tongkat

c)

Seperti bulan jatuh ke riba

d)

Seperti orang dagang

18.

Pilih satu peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'rambut sama hitam hati lain-lain'.

a)

bagai kaca terhempas ke batu

b)

bagai periuk besarlah keraknya

c)

belum duduk sudah berlunjur

d)

lain padang lain belalang

19.

Pilih satu peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'sebab nila setitik rosak susu sebelanga'.

a)

kerana pulut santan binasa

b)

seperti anak ayam kehilangan induk

c)

ikan sekambu rosak oleh seekor ikan

d)

seperti ular kena palu

20.

Pilih satu peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa 'sambil menyelam minum air'.

a)

Malas berdayung perahu hanyut

b)

sambil berdiang nasi masak

c)

Pandai menyelam air dangkai

d)

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya